Tersentap Dengan Luahan Anak Isteri Kedua

Salam warganet, saya terbaca confession dari anak isteri kedua, (https://iiumc.com/mangsa-poligami-dari-sudut-anak-isteri-kedua/).

Saya gadis berumur 20an dan hampir ke 3 series, sudah ada pekerjaan tetap dan jawatan yang bagus serta pendidikan yang membanggakan kedua ibu bapa saya.

Rezeki saya mudah dan mempunyai keluarga yang bahagia tetapi saya belum direzekikan dengan rezeki jodoh.

Sentiasa jumpa dengan orang yang salah sampai satu tahap saya dah selesa hidup sendiri dan keluarga sentiasa risau saya tiada jodoh kerana belum ada dalam keluarga anak dara tua yang belum berkahwin.

Sejujurnya ramai yang ingin mendekati tetapi yang datang itu bukanlah yang bujang. Sampai saya tertipu beberapa kali dengan suami orang.

Setiap kali saya tau saya akan terus block mereka. Pernah dikecewakan sebab org ketiga dan saya taknak sakitkan hati perempuan lain.

Confession saya kali ni saya tersentap dengan confession anak isteri kedua kerana walaupun ramai yang saya tepis, tapi sekarang saya berkenalan dengan suami orang juga,

Dan setiap hari saya memikirkan adakah family saya terima dan masyarakat terima serta isteri dia terima saya kerana saya bersedia untuk jadi yang kedua dengan hubungan yang halal.

Hampir lama kenal dan rasa selesa dengan dia baru dia mengaku dia suami orang dan baru berumah tangga beberapa bulan. Saya rasa dunia ni gelap sekejap kenapa yang mendekati semua suami orang.

Saya hanya mampu confess disini dan sedia untuk dikecam sebab takde orang pun yang akan sokong bila berhubungan dengan suami orang.

Tersentap dengan confession anak kedua mungkin ini petunjuk untuk saya tinggalkan huhungan terlarang ni walaupun rasa selesa dan serasi dah ada.

Kenapa susah lelaki bujang nk mendekati atau mungkin saya tertarik dengan lelaki yang lebih matang dan tidak mengada2?

Kenapa orang lain mudah jalan jodohnya kenal terus kahwin dan saya masih jumpa orang yang salah?

Sejujurnya saya sedih melihat kawan-kawan yang sudah berumah tangga kerana saya sangat sukakan budak-budak.

Saya tidaklah cantik tapi ramai yang puji dan tak percaya setiap kali saya mengaku saya masih tiada siapa2. Atau mungkin orang ingat saya sudah berpunya. Betul rezeki orang lain-lain. Ujian orang pun lain-lain.

Terima kasih sudi baca.

– Moon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *