Anak Lelaki Bongsu Manja?

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya luahan saya disiarkan. Saya mohon maaf andai ayat saya ada yang kurang difahami.

Saya dah berumur 30 tahun. Berkenalan dengan seseorang yang muda 2 tahun dari saya. Alhamdulillah, dia ada niat mahu mengahwini saya. Kedua-duanya sudah pun berjumpa keluarga masing-masing.

Tidak saya nafikan, kawan saya baik sangat sebab dia boleh terima saya yang serba kekurangan.

Tapi, saya perasan ada 1 hal yang dia kurang senang pada saya yang saya juga kurang senang dengan dia. Kalau saya hati tisu, dia pula seorang yang pemarah dan sentiasa mahu menang.

Mungkinkah disebabkan dia anak bongsu? Si bongsu yang selalu dimanjakan dan dimenangkan. Hm. saya pun tidak pasti. Kadang perasan saya ini lagi lelaki dari dia.

Lumrah wanita, ingin dipujuk. Tapi sayalah yang selalu memujuknya walaupun terkadang dia yang membuat saya berkecil hati.

Ketika dia menegur apa yang saya perlu perbaiki, saya akur dan berterima kasih kerana menegur. Ketika saya menegurnya pula, dia akan melenting dan seolah ada hal lain yang tengah dia fikirkan.

Mengikut pemerhatian saya, dia cuma memberi alasan kerana tidak suka ditegur dan meminta maaf. Sebab hal yang sama terjadi setiap kali saya menegurnya.

Belum pernah lagi dia menerima baik teguran saya. Akan ada dia ciptakan satu masalah lain yang diputarbelitkan dan menyebabkan seolah saya punca masalah.

Pernah sekali saya tegur elok-elok siap bagi contoh untuk memahamkan dia. Dia melenting dan dia laburkan duit kahwin kami.

Saya katakan pada dia kalau tidak boleh terima apa yang saya katakan, tidak perlulah sehingga membuat satu tindakan yang bodoh.

Katanya tindakan itu untuk buat saya rasa bersalah kerana menyakiti hati dia. Begitu juga apa yang terjadi sekarang ini. Ada yang dia korbankan semata untuk buat saya rasa bersalah kerana menegurnya.

Saya selalu membayangkan bagaimanakah keadaan kami selepas perkahwinan nanti. Adakah dia akan terus membuat tindakan bodoh sekiranya tidak dapat menerima teguran saya?

Macam mana kalau tindakan dia beri kesan kepada anak? Adakah dia boleh berfikir sejauh itu?

Terkadang saya rasa tertekan dan sedih. Kehadiran saya tidak membantu apa-apa dalam kehidupan dia apa lagi personaliti dia. Malah terasa saya ini hanya merosakkan kehidupan dia.

Rakan sekerja saya selalu berpesan untuk move on kerana saya punya kerjaya lebih baik dari dia.

Tapi satu hal yang menyebabkan saya susah untuk move on. Saya tidak rasa ada orang lain yang mahu terima saya kerana fizikal saya yang kurang cantik, tak cerah dan kurus.

Ditambah lagi umur sudah mencecah 3 series. Istikharah telah saya lakukan. Namun saya belum jumpa petunjuk.

Andai dia adalah jodoh saya, doakan kami berdua boleh menjadi hamba yang lebih baik dan bertanggungjawab. Andai dia bukan, doakan saya boleh move on.

Mohon cadangan dari kalian.

Yang kebuntuan,

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *