Aku Juga Dalam Perkahwinan Yang Membosankan

Assalamualaikum salam sejahtera. Terbaca confession mengenai perkahwinan yang membosankan, (https://iiumc.com/perkahwinan-yang-membosankan/) dan aku pun tak dapat lari dari compare dengan diri sendiri.

Aku juga dah setahun lebih berkahwin dengan aturan keluarga. Aku ni jenis kurang contact dengan orang, hatta keluarga sendiri.

Keluarga besar menyebabkan aku jarang meluahkan isi hati dan selalunya hanya berdiam sahaja. Dengan kawan pun jarang aku keep in touch.

Nak kata introvert, aku suka ja keluar jumpa orang baru. Cumanya bukan jenis yang keep in touch dan kongsi hal peribadi.

Perkahwinan ini pada mulanya aku dah reject tapi sebabkan melibatkan keluarga, aku terima sahaja.

Kenduri kecil, hanya jiran dan rakan sekerja dan hingga kini dalam socmed tak ada satu pun gambar kenduri yang aku upload. Susah untuk aku terima dan untuk buka hati.

Sesungguhnya aku dah give up tapi aku sangat takut nak cakap dengan family.

Pasangan aku ni sangat busy. Asalnya aku kerja di perak dan pada masa itu, ada tekanan di tempat kerja menyebabkan aku terima untuk berkahwin dan mohon untuk pindah ke negeri pasangan.

Hampir setahun kami pjj dan sangat jarang berjumpa lagipun masa itu PKP.

Sebabkan tugas aku menjaga anak-anak orang, jadi aku kurangkan berjumpa dengan orang luar untuk elak dari membawa jangkitan.

Pasangan pula bekerja di industri yang terdedah kepada warga asing dan banyak bergerak. Jadi aku memberi alasan tersebut untuk elak dari pulang ke tempatnya. Dia juga jarang datang kerana kerja.

Sepanjang setahun lebih perkahwinan, aku dan dia masih belum bersama.

Kami tidak pernah honeymoon, dan setiap kali berjumpa pasti balik ke rumah keluarga menyebabkan kami masing2 tidak pernah kearah itu.

Malam nikah dan kebanyakkan masa kami berjumpa, aku mesti tengah period. Macam petanda pulak.

Then, aku berjaya bertukar tempat bertugas dan kebetulannya berdekatan dengan rumah mak mertuaku.

Disebabkan aku ada kucing dan mak mertua pula allergi pada kucing, aku nyatakan hasrat untuk menyewa rumah sendiri.

Memang pasangan pada mulanya tidak bersetuju kerana takut tinggalkan MIL seorang di rumah kerana dia kerja sampai malam dan kadang-kadang ahad pun dia kerja.

Yang ada di rumah kami berdua dan kerap kali abang ipar singgah rumah.

Rasa macam aku lebih rapat dengan abang ipar pulak sebab terlalu kerap berjumpa. Lama-lama mula rasa tidak selesa jadi aku firm untuk sewa luar.

Aku bagi masa untuk pasangan carikan tapi endah tak endah. Kakak aku pulak yang banyak cari melalui internet dan end up aku sendiri yang cari dan decide rumah.

Deposit segala bagai memang aku saja yang settlekan. Lori pindah barang dari perak ke rumah baru semua pun aku yang atur. Dia satu apa pun tak tanya. 100 percent duit dan barang rumah ni aku yang punya.

2 minggu pertama pindah, sekali pun dia tak balik sini. hati yang konon berbunga kononnya kami ada masa dan ruang untuk berubah jadi sekosong-kosongnya. Sampai aku sendiri tiada hati nak balik rumah MIL.

And yes, kami memang jarang berhubung. Mesej dan call memang sangat jarang.

Yang aku tahu dia memang busy sangat kerja sebab masa duduk rumah MIL pun dah nampak pattern dia kerja. Cumanya aku tak sangka sampai dia taknak balik rumah sewa ni.

Aku sebenarnya sendiri pun tak tahu apa yang aku mahu dalam perkahwinan ni. Aku pun tak tahu apa yang dia nak jugak sebabnya kami tak pernah ada masa untuk sit and talk.

Aku pernah terluah pada MIL yang pasangan tak balik rumah dan kat rumah ni tiada katil sebabnya di rumah lama dahulu, aku guna katil single yang disediakan.

Sehingga kini pun aku tidur sofa. Banyak kali bagi hint suruh pasangan belikan tapi sebulan lebih tak ada juga. Sebab half gaji aku sendiri guna untuk rumah ni.

Dia cuma bank in 300 sebulan. Barang rumah dia tak pernah beli sebab dia pun tak balik sini so memang aku beli sendiri ja apa aku nak makan dan guna.

Since pindah nov aritu, cuma 1 kali dia balik tidur rumah ni. Itu pun balik dalam keadaan mengamuk masalah di tempat kerja. Dia luahkan masalah tapi dalam keadaan bermaki-makian dan agak racist.

Aku turn off sungguh orang macam ni. Kebetulan tengah buat kerja dan kejar date line. Memang aku tak bagi tumpuan pun.

Aku tahu salah aku tapi sungguh aku tak boleh terima. Esok pagi dia dah pergi kerja. Minggu lepas ada balik kejap sebab nak angkat masuk parcel katil yang dia beli online. Yeah katil without tilam.

So tunggu tilam ni mau bulan depan pulak baru dapat kut. Katil tu pun tak pasang lagi. Tersadai lah di situ.

Aku kalau cuti panjang memang aku balik rumah family di perak. Sebab aku dah tak ada hati tunggu dia punya plan. Baik aku buat plan sendiri ja. Before kahwin pun aku dah biasa gerak solo.

So semalam balik lah aku ke rumah ni semula lepas seminggu cuti. Nak kata dia kerja, CNY lepas cuti sehari. Katil tak pasang juga. Masih elok dalam kotak.

Sekarang memang aku dah tak letak harapan apa-apa pada perkahwinan kami ni. Ada orang suruh aku sit and talk, tunjuk effort, change and all tapi sungguh hati ni dah tak ada.

Aku tahu banyak kekurangan dan salah aku sendiri tapi aku tak ada secebis perasaan pun. I just want to get out from this misery.

Sit and talk biasanya aku akan kalah, sebab aku dah kalah since mula aku kenal dia. How i wish i can turn back time. To reject myself from giving out my number at the time.

Aku pernah fikir untuk lari bawa diri, tapi aku kerja kerajaan nak lari mana? Anak bulus nak makan. Dan paling teruk aku pernah terfikir untuk cederakan diri sendiri.

Banyak kali dah drive kat kawasan bukit dengan harapan accident. Tapi bila teringat kat family and dosa yang menggunung, aku tarik balik niat.

I still love my life, i just hate this marriage because i felt trapped. Aku rasa bersalah kat family, kat pasangan tapi aku lagi bersalah kat diri aku sendiri.

Apa patut aku buat?

– Yen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *