Dia Bukan Jodohku

Assalamualaikum.. tujuan aku menulis di sini sebab aku pun tak pasti isi hati aku sendiri. Cuma untuk meluahkan perasaan agar tak terbuku di hati. Ok untuk permulaan aku kenalkan serba ringkas tentang diri aku..

Seorang gadis yang baru melangkah 32 tahun, bekerja dan masih belum berkahwin (pstt : bf pun tak pernah ada hehe)

Aku anggap diri aku ni takdela menarik sangat tapi ada la orang cakap aku ni comel mungkin sebab saiz aku yang kecik & renek.

Sepanjang hidup aku, aku tak pernah menjalinkan hubungan dengan mana2 laki, kawan2 tu ada la tapi tak ramai.

Entah la, nak kata aku pemalu, kadang2 aku ramah saja menyembang ngan orang, nk kata aku memilih, aku ni pun apa saja yang ada kan haha. Mungkin hati aku belum terbuka kot.

Zaman belajar dulu ada jugak seorang dua yang approach aku, mula2 as a friend, tapi bila aku perasan yang dorang cuba jadi lebih dari kawan, i freaked out.. aku jadi takut & cuba jauhkan diri sampai la lama kelamaan hubungan tu terputus macam tu saja.

Masa sekolah dulu aku ada jugak berkawan dengan seorang laki ni..dia classmate aku yang aku rasa ok, jenis tak merapu & agak bijak orangnya. Kami berkawan biasa2 saja tapi lepas habis form5 dia kerap mesej aku (masa tu tak ada whatsapp bagai lagi).

Aku pun menyembang saja tapi setiap hari sebelum kami stop sembang, dia akan bagitau yang dia sayang sangat kat aku. Aku plak diamkan saja sebab aku tak rasa pun dia serius, biasa la remaja laki selalu main2 & ayat2 pompuan.. macamtu la aku rasa.

Sampai la masuk ke universiti, kami still contact tapi dah berkurang sebab masing2 sibuk dengan kelas.

Tapi dia pernah bagi hint kat aku kalau dia sukakan aku, cuma aku tulikan saja sebab aku masih tak yakin, bukan dengan dia tapi dengan diri aku. Aku tak rasa ada orang akan suka dengan aku.

Aku tak pernah respond & aku akan cuba tukar tajuk konon2 tak faham. Dia jugak penah bjanji akan tunggu aku sehingga aku ready.

Jauh dalam hati aku, aku sayangkan dia, aku pernah bayangkan hidup kami bersama cuma aku masih tak yakin dengan diri aku sendiri.

Kadang rasa takut, kadang rasa diri ni tak layak untuk sesiapa, kadang rasa mcm aku saja ke yang perasan lebih, macam2 la yang bermain di fikiran aku.

Sampai la akhirnya masuk ke alam pekerjaan, kami semakin jarang berhubung sehingga makan masa bertahun2. Sehingga satu hari tu aku dapat mesej dari dia bertanya khabar.

Dalam hati aku happy sebab dia la satu-satunya kawan laki yang aku luahkan macam2, kenal perangai perengus aku, gila2 aku rupanya masih ingatkan aku. Tapi tak lama selepas tu dia kirimkan aku jemputan kahwin.

Yes, aku mengaku aku sayangkan dia walaupun kami dah tak berhubung bertahun2. Tak pernah ada orang lain yang aku bayangkan melainkan dia setiap kali aku berdoa kepada Allah untuk kurniakan jodoh yang baik untuk aku.

Aku tahu ini semua salah aku & berpunca daripada aku. Tapi aku masih tak pasti adakah sayang ni hanya sekadar kawan atau cinta sebab aku tak pernah bercinta. Aku keliru.

Aku ucapkan tahniah kepada dia, tapi peliknya aku tak terlalu sedih seperti orang putus cinta yang selalu aku tengok. Jadinya aku anggap ini bukan cinta tapi sayang disebabkan dia attached dengan aku agak lama.

Aku terima segalanya dan hidup aku berlalu seperti biasa. Tak ada adegan menagis2 peluk bantal or bawak diri pergi pantai ke apa.

Tapi aku hairan sebab walaupun aku tak pernah ingat atau kenang dia, kadang2 dia akan masuk dalam mimpi aku.

Aku geram dengan diri aku sendiri sebab umpamanya aku masih berharap dengan dia walhal dia dah bahagia dengan anak dan isteri dia.

Aku tak pasti samada aku masih terikat dengan janji yang pernah dia buat dulu.

Aku pun tak pernah kisah dengan status aku yang bujang & aku tak pernah rasa perlunya aku kawin walaupun kawan2 aku semuanya ada yang anak dah bersekolah.

Aku cuma berharap aku boleh move on terutamanya di alam fantasi.

Aku tak mahu lagi dia masuk dalam mimpi aku sebab di alam nyata aku tak pernah lagi fikirkan dia. Kalau la aku boleh kawal mimpi aku, dia adalah orang pertama yang aku akan block with no entry sign (selain hantu).. hahaha.

Jadi aku mohon tolong doakan aku untuk lupakan dia buat selamanya. Aku doakan dia bahagia dengan isteri & anak dan aku dapat menjalani hidup aku seperti biasa.

Menikmati hari2 aku dan inshaAllah jika berpeluang, aku nk travel ke tempat2 yang aku idamkan.. doakan aku murah rezeki dan aku doakan semoga doa ini berbalik kepada kalian. Assalamualaikum.

– Ceklat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *