Dia Yang Singgah Dulu

Dia, lelaki yang aku kenal pada 2021 memberi 1001 rasa yang belum pernah aku rasakan sepanjang 30 tahun aku ini.

Perkenalan yang pada awalnya aku rasa menyampah, tak aku sangka rupanya dia yang paling lama bertahan berkawan dengan aku secara peribadi.

Dari awal aku yang acuh tidak acuh, dia tanpa jemu menghulur salam perkenalan. Akhirnya, salam perkenalannya aku sambut sebagai seorang rakan.

Setiap hari dia yang membuka hari aku dengan pesanan pesanan yang sengaja membuatkan aku rasa naik hangin, bila aku naik hangin, dia ketawa tak sudah sudah.

Bila aku tak layan, dia hantar sticker comel comel, dia kata “lepas dah bagi marah kene la pujuk balik kan”.

Untuk aku yang pertama kali berchatting dengan lelaki secara personal bukan atas urusan kerja terasa “wow” kene pujuk.

Tapi reaksi aku selalu, “tak payah pujuk pujuk, ingat orang tak tau ke taktik crocodile ni, sana pujuk sini pujuk”. Dia gelak besar.

Dia cepat membaca emosi aku, dia tahu aku tengah sedih, terlebih seronok, tengah marah, tergarang.

Padahal aku bukanlah jenis yang suka meletakkan emosi apabila berbual, lagi lagi melalui whatsapp, aku rasa cara aku macam biasa, tapi dia boleh tahu.

Akhirnya, dia berada pada tahap orang yang selesa untuk aku berkawan.

Dia juga mula bercerita tentang hidupnya, ohhh dia ada crush yang dah hampir bertahun-tahun dia simpan rasa. Hingga sekarang dia masih menaruh harapan pada gadis itu. Mereka pernah rapat dahulu.

Menjauh kerana dia rasa tak mampu nak menandingi kawan kawan lelaki gadis tersebut, dan gadis tersebut mungkin dah ada yang istimewa. Lawa orangnya.

Aku. Aku biasa sahaja. Dengan berat badan 80kg, 150cm, kulit kemelayuan.

Aku tak kata aku tak cantik, *mak aku cakap aku cantik, ayah aku cakap aku cantik, aku cakap aku cantik, cukuplah 3 orang, ramai ramai buat apa. (Ayat tiktok bagi tak tau)*

Tapi aku auto membandingkan diri sendiri dengan gadis itu… memang jauh bezanya. Lamberrrtttt lagi.

Aku bukannya mengharap dia sukakan aku. Tapi sekurang kurangnya, bila salam perkenalan dihulur, biarlah dia tiada sesiapa dihati.

Kenapa dihulur salam perkenalan pada yang lain sedangkan hati dah tau mahukan dia yang lain. Lebihlah baik berusaha dapatkan dia yang dihati. Pada aku lah.

Dia dah on mood stalker aku. Aku stalk dia habis habisan. Sebelum ni stalk sikit sikit je, sekadar nak make sure bukan laki orang, tunang orang atau boyfriend orang. Ye. Aku jumpa cara dia.

Dia memang seorang yang mesra dengan sesiapa pun. Memang dia friendly. Dia tak sweet talker, tapi dia sejenis yang ramai kawan lagi lagi perempuan dan peramah.

Bila difikir fikir, aku rasa aku dah mula tersuka pada dia. Berbulan-bulan aku dengan dia berwhatsapp, aku dah la pertama kali chatting personal dengan lelaki.

Aku tahu, aku hanya dia anggap kawan, tak lebih dari itu. Sama macam kawan-kawan dia yang lain. Aku rasa aku kene buat sesuatu untuk menyelamatkan hati aku. Biarlah bagi dia aku selfish sekali pun.

Kebelakangan ini, whatsapp dia aku balas sangat lambat, kadang kadang tak balas, dia tetap mesej walaupun aku tak balas. Mesej masih sama, masih bergaduh, perli perli dan marah marah.

Aku sudah kurang bercerita pada dia. Pada fikiran aku, aku perlu noktahkan friendship ini. Sebab nanti aku tak nak aku berlebihan dalam berperasaan.

Dan akhirnya kami disini. Aku dah putuskan hubungan dengan dia. Tidak lah block memblock. Cukup setakat stop ambil tahu hal masing masing.

Aku tahu dia tak boleh brain masa aku ajak dia stop kawan secara personal macam ni.

Ada nada merajuk, dah tu ingat aku nak pujuk ke. Dah la aku yang ajak putus kawan. Dia masih lagi menjadi penonton setia status wasap, status fb dan ig story aku. Setakat itu sahaja.

Tapi aku tak pernah menyesal berkenalan dengan sesiapa dalam hidup aku. Dia baik, sudi berkawan dengan aku tanpa melihat fizikal aku.

Menjadi mangsa yang selalu mendengar aku membebel. Cuma pagi hari ini, rasa rindu itu datang menyapa. Kejap lagi hilanglah tu.

Dia yang singgah patut aku hidang kopi, tapi terhidang starbucks.

– Manis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *