Aku Yang Serba Kekurangan

Salam guys! Entah la dah banyak kali type delete type delete. Aku wanita yang berumur di pertengahan 30an. Masih single dan harapnya tak jadi andartu lah hehe. Dah tua dah sis..

Nak mula cerita pun taktahu dari mana dan patut ke nak cerita takut orang tak lalu nak baca. Tapi nak pendam tak mampu sebab sedih menikam-nikam diri.

Aku ni lahir memang sejak azali kulit gelap. Gelap dia sampai nurse ingat mak aku salah anak tau! Tu okay la takpe sebab baby nanti dah besar kulit boleh berubah.

Ditambah pulak hidung aku ni kembang. Badan pulak gemuk. Gigi aku berterabur. Jari, kuku aku tak runcing. Rambut aku nipis macam jarang-jarang. So body & face shaming ni dah memang jadi kawan baik aku :’)

Bila masuk sekolah rendah, aku jadi gemuk mendadak pulak dah. Tadi gelap, ni tambah gemuk pulak. Sampai cikgu penah marah aku. Siap dia cakap “dah tahu badan gemok lari lari!”

Yaallah weh aku ni macam lari lari anak sebab aku tolong cikgu hantar buku dan rushing nak masuk kelas.

Sekolah pulak masa tu tangga kayu. Memang bunyi begegar kena pulak aku macam anak gajah, sikit lagi saja nak runtuh sekolah tu kot.

Masa tu umur aku darjah 5. Betapa pedihnya kata yang keluar dari mulut cikgu tu sampai tinggalkan luka dalam diri aku ni sampai sekarang.

Lepastu pulak, kawan-kawan pun banyak pinggirkan aku. Sampai sekolah menengah, sambung diploma. Aku dijadikan pilihan terakhir dalam group belajar ke presentation ke.

Cikgu pun memang nampak sangat pilih kasih. Yang lawa semua ok, tang aku saja mesti kena denda.

Ada saja tak kena. Sedih betul cikgu pun nak bodyshaming aku.

Fast forward, dah anak dara mesti la terasa nak berkawan dengan orang kan? So bila aku suka dekat orang, orang akan reject on the spot.

Sebab selalu aku guna fb untuk communicate (dulu fb saja ada) so komen gambar kelas gitu la. Tapi dia taktahu aku siapa. Tapi bila dia tahu, dia terus pesan dekat kawan kelas aku suruh bgtahu yang dia dah ada girlfren!

Memang weh time aku lalu kelas dia, dia terus mesra dengan awek kelas tu. Hampeh!!!!!

Paling teruk aku kena bila ada sorang ni cakap aku tak sedar diri. Tapi apa salah aku buat? Rupanya dia marah sebab aku suka dia. Semua sebab aku buruk. Aku suka dia dah bertahun tapi pendam saja la dah orang ludah kan.

Masa kerja, 2 tahun tu aku banyak ingatkan diri yang aku ni banyak kekurangan. Jangan gatal nak suka orang.

Belum dalaman aku yang kuat sentap, emosi lagi. Sebab aku dapat rasa kalau aku bercinta mesti aku jenis emo tak tentu pasal sebab kekurangan diri sendiri.

Kadang aku terfikir. Dalam dunia ni memang orang pandang kecAntikan saja ke? Apa aku kena buat sebab allah dah jadikan aku macam ni.

Aku bersyukur sebab sempurna cuma rupa aku kurang. Aku juga bersyukur sebab bila aku ni sedar diri aku buruk, takde pun aku nak kutuk orang lain. Sentiasa rasa diri ni takde yang special pun.

Aku tak pernah buat jahat, aku baik dengan semua orang, aku memaafkan orang,

Aku tak pernah ambik hati kalau orang gurau aku ni hidung macam babi (sebab lubang hidung besar). Orang panggil aku badak sebab hitam dan gemuk. Aku maafkan dorang.

Tapi kenapa orang kena tabur kebencian dekat aku? Apa salah aku? Sebab aku buruk orang benci ke? Aku ni tak pernah nak tonjolkan diri.

Aku terlalu takut, aku sangat rendah diri nak bercakap pun malu sebab gigi aku berterabur.

Nak buat braces aku tak mampu. Banyak lagi benda penting nak bayar.

Aku tak mintak balasan kebaikan aku buat cuma kenapa orang tak hargai aku?

Banyak yang aku jumpa baik kawan laki atau perempuan, dorang datang untuk ambik kesempatan, mintak tolong lepastu blah takde ucapan thankyou pun. Aku dicari hanya bila dorang susah.

Keluarga pun sama selalu jadikan aku bahan lawak sebab aku paling bangang dan buruk. Aku hilang self confident. Aku tak mampu nak beranikan diri pun.

Aku sedih sangat bila tengok cermin. Lagi lagi time raya. Paling aku benci!!! Orang tegur aku macam gajah bas badak.

Lepastu aku pernah la bercinta. Dapat kenal seorang lelaki yang tak pandang kekurangan aku. Awal awal memang indah macam pasangan lain. Bila dah setahun, perasaan insecure mula terbit dalam diri aku.

Aku jadi takut kalau dia tinggalkan aku sebab dah berapa kali orang tipu aku cakap ikhlas rupanya… Dan akhirnya memang aku kena tinggal kah!

Sebab insecure, sebab kekurangan diri, aku jadi macam ni. Lelaki yang cintakan aku pun annoying sebab aku selalu takde confident.

Aku selalu takut dia akan berpaling dan jumpa wanita yang perfect. Semua sebab kekurangan aku. Aku tak salahkan dia, sebab yang salah memang diri aku sendiri.

Lelaki mana yang nak layan awek sikit sikit sedih sikit sikit nangis. Tapi macam mana aku nak ubah? Aku dah berjaya kuruskan badan tapi kerana pengalaman diejek dulu tinggalkan kesan yang sangat dalam.

Hilang beb semua keberaniaan aku walaupun aku dah kurus dan boleh melawa. Tapi sebab ada lagi kekurangan yang tinggal muka macam kena tebuk sebab banyak lubang parut. Gigi jangan cakap masih ke utara selatan.

Hanya kerana kekurangan dan dibayangi masa silam yang selalu dipinggirkan, aku jadi macam ni. Aku jadi tak percaya orang dah.

Banyak lagi yang tak terluah sebab dah panjang sangat ni aku cerita. Sebab semua kesedihan aku tangisan aku, hanya pada allah aku ceritakan.

Hanya allah tempat aku bersujud dan menangis.

Cuma pesan aku, jagalah mulut kita sebab tak semua orang yang kita gurau ejek persendakan kekurangan tu akan lupa kata kata tu.

Pedihnya torehan kata manusia, kesannya terpahat sampai bila bila :’)

– Laila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *