Adat Yang Menyusahkan

Assalamualaikum. Hari ni rasa nak confess dekat sini sebab dah lama simpan dan hampir hilang arah berfikir.

Aku seorang gadis dihujung 20an, bulan 3 insyaAllah aku akan bertunang.

Jadi persiapan tunang seperti beli cincin tunang adalah atas perbincangan aku dengan bakal tunang and beli cincin pun atas persetujuan bersama dan pilihan aku.

Jadi aku pilih cincin biasa yang bukan cincin batu sebab memang bukan minat aku and bagi aku harga cincin batu ni agak tak masuk akal sebab berat pada batu sahaja.

Waimah majlis kahwin pun kalau boleh aku nak buat sesimple yang mungkin, ikut kemampuan aku (majlis kecil2 sahaja)

Lepas beli cincin bersama, bakal tunang teruskan hasrat jumpa dengan mak aku. Kebetulan makcik aku pun ada.

Perbincangan berjalan lancar, kecuali soal cincin. Kata mak and makcik2, tunang kena ada dua cincin. Satu cincin tunang, satu cincin merisik.

Tapi aku tak setuju sebab bagi aku satu cincin pun dah memadai. Kenapa perlu membazir sebab banyak lagi kegunaan lain. Perbincangan berakhir disitu tanpa ada kata putus.

Beberapa minggu selepas tu, aku balik kampung. Jadi adalah perbincangan sekian2 antara mak makcik dan sepupu. Aku tidur waktu tu.

Rupanya mak dengan makcik langsung tak setuju dengan pilihan cincin aku. Katanya tunang kena cincin batu.

‘Dah lah cincin biasa je, majlis pun tak nak buat..’

Lebih kurang macam tu ayat mak aku.

Aku sedih kenapa perlu rumitkan benda yang mudah. Kenapa dengan cincin batu? Kenapa perlunya cincin batu? Kalau tak guna cincin batu, jodoh tak panjang ke?

Dah beberapa hari aku pergi kedai emas untuk cari cincin batu ikut bajet aku tapi masih belum jumpa. Aku beli atas dasar nak puaskan hati orang2 tua.

Kenapa perlu adat mengatasi segalanya?

– Lela (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *