Salah Guna Tiket OKU

Thank you admin siarkan confession aku. Aku tertarik dengan artikel, (https://iiumc.com/oku-penglihatan-tak-senonoh/).

Sebelum tu aku perkenalkan diri aku sebagai pelajar ijazah disebuah universiti awam. Ada seorang mamat ni yang menggunakan tiket OKU dia untuk tak buat kerja.

Mamat ni OKU penglihatan yang boleh nampak lagi tapi terhad. Ada masalah kulit sensitif sikit tak boleh kena panas nanti jadi macam udang bakar.

Tapi mamat ni kaki games satu hal. Boleh pulak main games tu kerja grouping tak pernah buat awal. Last minute baru hantar sampai dah habis due date. Alasan mata dia tak nampak sangat.

Dia ni sepatutnya senior tau tapi tah la kenapa masuk batch aku.

Dia ni cerdik gila bab tu memang bagus dah. Duduk seat paling depan tanya macam-macam soalan memang bagus la kan tapi selalu daftar subjek lambat dan menyusahkan kawan-kawan yang lain.

Sebab apa? Kita dah ada groupmate dah cukup. Kerja dah jalan. Dia baru masuk.

Pensyarah suruh saja masuk garoup random. Masuk saja grouo aku, kerja dah siap. Dia dapat markah sama. Adil ke?

Pensyarah kesian sebab dia OKU so dia free free dapat markah sama macam kita yang struggle dari awal sem.

Pernah tau berazam nak try jadi best student pergi duduk kerusi depan. Tapi pelik kenapa tak ada orang lain duduk area depan tu, rupanya sebab mamat ni duduk situ.

Kita yang tengah semangat nak tanya soalan macam-macam ni eh mamat ni tiba-tiba datang nak sembang dengan kita.

Dah ganggu fokus kita baru nak jadi best student ni. Start dari sini aku elak awal-awal duduk dekat dengan dia. Buat tak tahu saja kalau dia cari group last minute dalam group WhatsApp. Rasa kesian tu terus lesap.

Bila cakap dekat pensyarah bla bla bla rupanya pensyarah dah masak dengan perangai dia tu. Yang tak pernah berdepan dengan dia saja yang tertipu dengan rasa kesian sebab dia OKU tu.

Pernah dalam kelas dia tanya soalan bodoh dekat pensyarah. Mula-mula pensyarah layan lagi sebab macam nak bergurau.

Sekali dia tanya “Dr macam mana nak kira angin?” pensyarah buat tak tahu saja. Sikit sikit cukup la.

Kesian tu memang kesian sebab dia tak nampak pensyarah tulis dekat depan. Dia guna kamera zoom tulisan dekat depan. Pernah dia daftar lambat satu subjek ni. Orang dah belajar berbab bab dah dia baru masuk first day.

Lepas tu aku yang baik hati ni bagi lah buku rujukan kut dia nak study kejap ke sebab waktu tu tengah kuiz tapi pensyarah tak masuk kelas.

Dah bagi buku dia cakap tulisan kecil sangat dia tak nampak.

Bagi slide yang di print dia cakap dia ambik masa lama nak baca balik ni takut pinjam lama lama nanti aku nak guna tak boleh.

Lepas tu dia cakap takpe kan kalau dia tak jawab kuiz hari ni sebab first day dia hari ni. Dari ikhlas nak tolong dia jadi tak ikhlas dah.

Makin cerita pasal mamat ni makin menyampah pulak. Tapi kat sini nak highlight yang OKU bukan tiket untuk kau dapat keistimewaan yang begitu.

Boleh saja kawan-kawan OKU yang lain siap jadi atlet dekat Universiti. Semua tu atas diri masing-masing.

Nak orang lain layan kau sama adil tapi kau ambil kesempatan atas budi kawan-kawan kau. Doakan aku dan mamat tu habis belajar dengan cemerlang supaya dia tak susahkan junior aku pula lepas ni. Terima kasih.

– Duri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *