Family Yang Toksik

Assalamualaikum semua. Saya cuma nak meluah je, saya tak ada tempat nak mengadu. Saya Dee, 18 tahun dan bakal ambil SPM dalam 2 minggu sahaja lagi.

Masalah terbesar yang saya hadap sekarang adalah family saya sendiri. Family saya jenis hidup berpihak pada nasib, pada takdir. Tak ada usaha langsung nak ubah nasib kehidupan.

Saya anak bongsu dari 2 beradik. Abang penganggur, ayah pun penganggur. Maksud saya pengganggur jenis tak bekerja. Biawak hidup lah senang cakap.

Mak pula sakit, 100% bergantung pada orang. Saya tak kisah pun, Insyaallah hingga akhir nyawa saya akan jaga mak.

Saya ada buat business online. Dengan duit itu lah saya beli alat tulis, buku rujukan dan barang2 keperluan saya.

Boleh kira berapa kali saya minta duit dekat ayah. Duit sekolah pun saya jarang minta. Kalau minta, 2@3 minggu kemudiannya baru ayah bagi.

Tapi lately ni, saya stress. Dengan makanan harian, barang2 mandian semua saya yang tanggung.

Semua orang dalam rumah ni ingatkan saya berduit. Sedangkan saya ikat perut dekat sekolah, menggigil sebab lapar kenangkan kat rumah beras dah nak habis dan lauk yang kena beli.

Paling malang sekali apa yang saya buat semuanya tak bermakna kat mata orang. Tiap kali saya bantu mak ayah saya yakin, yang Allah akan balas dalam bentuk kebaikan yang lain.

Tapi ayah selalu cakap benda2 buruk pada anak2 dimana perkataannya pun saya tak sanggup nak tulis kat sini.

Baru2 ni terkejut tengok bil api air tertunggak. Macam mana lah saya nak bayar.

Saya tertekan sangat tengok kehidupan saya sekarang. Ayah abang nampak tenang sahaja, tidur bangun makan tengok tv dan tidur balik.

Kadang2 rasa cemburu tengok kawan-kawan bercerita nak sambung pelajaran lepas spm nanti. Saya pun ada cita-cita. Tapi saya tak yakin.

Jasad ada depan meja belajar, tapi telinga dengar suara mak ayah bergaduh. Hm…

Banyak lagi perkara nak luah. Tapi tak apalah.

Doakan saya ye semua. Doakan saya kuat untuk berdikari. Doakan mak saya sihat selalu. Doakan saya diberi kekuatan untuk menjawab SPM nanti. Doakan saya tak akan putus asa.. Aaminn..

– Dee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *