Hi Salam. Terima kasih sebab sudi nak baca luahan hati aku. Dah tak tahu nak luahkan dekat mana so aku amik keputusan untuk luahkan dalam ni. Sorry gais kalau amik masa lama ya.
Btw, aku nama aku Ri. Aku pernah heartbroken dengan ex pertama (1st love) dari zaman sekolah sampailah ke zaman universiti. Ye tak pernah bertukar pasangan sebab aku setia betul.
Nak jadikan satu cerita titik noktah kami berdua, aku dan si dia pernah terlanjur banyak kali dan akhirnya percintaan kami tu hanya berhawakan nafsu sahaja.
Oh, pernah aku nak end kan relationship ni dengan cara gertak si ex aku cakap aku dah ada orang lain. Dia perginya text mak aku dan bagitahu segala benda apa kami dah buat. Sangat lah tak tahu aku nak cakap apa atas perbuatan dia.
Dia bekerja sebagai rider sahaja dan sepanjang perkenalan kami, dia tak pernah keluarkan duit dia even RM1 untuk aku. Ya, aku tanggung dia. Bodoh kan? Takpa. Aku tetap support dan doakan dia dapat pekerjaan yang tetap.
Akhirnya dia dapat pekerjaan yang berpangkat di sebuah market popular sebagai ‘Manager’ dan selepas tu, bila dia dah senang. Akhirnya dia bertemu orang baru dan terus menikah dengan wife dia sekarang. Aku jaga jodoh orang selama 7 tahun ya.
Aku? Aku patah hati lah semestinya. Tapi aku ada pengganti juga. Inilah permulaan cerita aku sebenarnya yang aku nak luahkan dekat kau orang semua. Jeng jeng jeng.. hehehe
Okay, aku namakan dia sebagai Boy. Dia ni seorang yang softspoken, handsome, tinggi, kurus, rambut panjang, baby face yes dia memang perfect dari segi rupa.
Perangai dia lagilah, dia layan aku lain sangat dari Ex aku sebelum ni. Awal2, aku tak suka dia sebab dia ni bekas ex kawan aku 7 tahun lepas.
Memang reject awal2 lah, tapi masa tu sebabkan dia kawan lama aku zaman lepasan SPM dulu. Kami berjumpa atas alasan ‘long lost friend’ dan kami pon dah lost contact 7 tahun juga. Padahal masing-masing follow je each other dekat media sosial..
Chapter : The Sweet Moment
Nak pendekkan cerita, aku ni kan dalam fasa2 heartbroken. Jadi dia lah sentiasa ada dengan aku. Sampai satu tahap, dia betul-betul nak berkenalan dengan aku. Dia ni patutnya dah nak bertunang, tapi dia ditinggalkan oleh tunang dia.
Cincin pon dah ada. So aku ni pula menggedik lah tanya dia boleh ke aku nak cuba? Sebab masa tu kan perasaan nak kahwin dengan ex tak dapat, so ingat nak lepaskan rasa teringin tu dengan cara menggunakan peluang yang ada je ni lah.
Jadi satu malam ni, kami pon berjumpa dan sebelum dia nak sarungkan cincin tu sempat pula dia bergurau dan berkata kalau cincin ni muat, tandanya aku jodoh dia.
Yes, sangat casanova. Tak cair pon aku time tu, rasa geli geliman adalah. Rasa nak tampar-tampar je bila dia kata begitu.
So aku pon hulurkan je lah jari tu (dah start feeling2 ex sarungkan) then tak muat! Hahaha cuba pula sebelah kiri. Mengucap aku, muat dengan sempurnanya!!
Aku terpesona, cantik sangat cincin tu. Idaman setiap wanita. But, i have to wake up and realize that this is not belongs to me. Hati aku masih belum menerima orang baru.
Chapter : Greeting Moment
Setelah hampir berminggu kami berkawan. Dan kami selalu berjumpa, mama dia nak jumpa aku sangat-sangat sebab mama dia curiga Boy selalu sangat handsome and wangi-wangi bila keluar.
Jadi aku pon okay je lah nak jumpa sebab bukan atas dasar bercinta pon, hanya atas dasar kawan.
Inilah kali pertama aku berjumpa mama Boy di kedai mamak berdekatan rumah dia dan sangat tak sangka mama dia suka sangat dengan aku sampai jemput aku ke rumah dia untuk borak-borak lagi. Aku pon excited lah kan. Sudahnya sampai di rumah mereka.
Tanpa disangka, mama dia keluarkan cincin yang pernah Boy sarungkan dan mama dia minta aku untuk pakai atas persetujuan untuk aku berkawan dengan anak lelaki dia.
Dan aku pon bersetuju untuk berkawan dengan Boy sebab aku dah happy + teruja + dah tak tahu nak jelaskan macam mana dengan perkataan.
Aku tengok je muka Boy waktu ni, happy dia. Aku pon happy.
Bila dah diaarungkan cincin tu, Boy layan aku sama macam princess, sampai satu tahap mama dia bekalkan makanan untuk aku dan aku pon masakkan dan bagi untuk keluarga dia.
Dia selalu datang rumah aku, dan aku pon selalu datang rumah dia. Semestinya lah ada mama dia dan mami aku. Bukan berdua-duan ya! Awas..
Percintaan aku dan Boy terlalu indah, sebabkan Boy ni boleh dikatakan idaman setiap perempuan lah dari segi layanan dia. Setia pon ye, plus handsome pula tu. Aih, untungnya aku.
Chapter : The Conflict
Dan bermulalah bercintaan kami ni dengan pengetahuan family dia dan family aku. Kami satu family masing-masing agak rapat ye.
Alhamdulillah family dia dapat terima aku dan percintaan kami sangat manis selama 10 bulan. Lalu bermulalah fasa-fasa ni menjadi conflict buat aku dan Boy.
Sedih aku nak cerita, tapi itulah realiti yang aku hadap sekarang ni. Waktu sweet moment kami, semuanya memang indah sahaja.
Masing-masing pon takda jadual yang ketat sebab time ni aku menganggur dan dia freelancer. Boy ni seorang yang berbakat dalam menjual barang, apa sahaja barang dia jual memang laku je sentiasa.
Sampai haritu aku berniaga kerabu maggi dan pulut mangga pon dia tolong support dan memang habislah terjual licin! Jadi aku pon bagilah cadangan untuk dia suruh dia bekerja sepenuh masa, dan waktu tu pon dia selalu je kata nak halalkan aku.
Tapi masalahnya family aku ni pula tak boleh lepaskan aku dengan orang yang tidak mempunyai kerja tetap. Yerlah, mestilah mak ayah nakkan yang terbaikkan untuk anak-anak dia.
Jadi hari demi hari, mak aku akan tanya, Boy kerja apa? Dia buat apa? Dan sampailah satu tahap ayah aku pula bertanyakan soalan yang sama sampai aku jadi serba salah nak jujur. Takut kena reject calonnya. Tapi aku beranikan diri juga jujur tentang pekerjaan Boy.
Alhamdulillah, mereka tak terus reject tapi sentiasa bagi aku nasihat tentang pekerjaan tetap. Sampaikan satu tahap, aku rasa makin lama makin nampak mendesak sampaikan aku bergaduh dengan Boy pasal pekerjaan.
Masing-masing cari kerja tak dapat sebab pandemik. Memang susah nak cari, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Akhirnya, Boy dapat pekerjaan yang tetap. Tetapi..
Inilah kisah yang sangat tak terduga. Aku akan sambung confession part II.
Chapter : Love or Career
– Ri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit