Sahabatku Seorang Psiko II

Untuk part I, (https://iiumc.com/sahabatku-seorang-psiko/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tujuan saya menulis ni sebab saya nak menjawab beberapa persoalan dari kisah yang pernah saya coretan di sini. Saya dapat macam2 feedback dengan kisah “Sahabatku Seorang Psiko”.

Berkenaan soalan apa yang terjadi selepas penipuan Kak Nur terbongkar. Selepas pecah segala tembelang, kalian percaya tak Kak Nur masih menafikan apa yang berlaku. Biarpun dah kantoi, dah ada bukti semua penipuan dia, dia masih lagi menafikan beberapa perkara.

Kak Nur memutarbelitkan pulak cerita si Amin yang kononnya mengganggu dia dengan mesej lucah. Bila ku tanya aritu kata mesej tu dari Amin, kenapa tiba-tiba cakap mesej tu dari lelaki lain bernama Ah Chong pulak? Siapa Ah Chong ni? Dah sudah.. Muncul pulak identiti lain.

Katanya Ah Chong ni kawan kepada Amin. Aik bila masa pulak kenal ni? Mereka berebutkan Kak Nur! Ah Chong nak burukkan Amin pada Kak Nur, jadi Ah Chong hantar mesej lucah gunakan nombor telefon Amin.

Tapi, Kak Nur lupa dia pernah tunjuk aku mesej tu, nombor telefon tu tak tertulis nama Amin, sebaliknya hanya nombor sahaja.

Aku pernah save 9 nombor telefon Amin ni. Aku belek satu2 nombor telefon yang ada dalam simpanan aku, takde satu pun terkait dengan nama Amin.

Kalian tahu apa jawapan Kak Nur? Dia jawab Amin tukar nombor, itu yang nama dia tak muncul bila aku dail. Mudahnya jawapan kau!

Aku tanya tentang sakitnya tu pulak katanya dia betul-betul sakit. Aku minta bukti report kesihatan dia. Katanya dia tak pegang report tu, doktor tak bagi. Aku tanya, doktor cakap kanser apa kau ni? Dia jawab kanser tulang dah tahap 4! Aku cakap biasanya tahap 4 ni memang tunggu mati dah.

Dia cakap betul dia dah nak mati. Hish masih lagi nak menafikan tu. Tak faham betul aku! Memang pelakon hebat la kau! Tapi kalau kalian nak tahu sampai sekarang dia masih hidup tau! Dah 13 Tahun dah ni belum mati lagi. Haha

Tapi, aku tak percaya dah. Aku tengok muka dia aku cakap, kalau dia kata dia nak mati sekarang pun aku tak percaya. Dah masuk kubur baru aku percaya.

Lepas tak berjaya yakinkan aku, dia cakap ayat macam ni. Tak pelah Tasya, alang-alang dah tak percaya Kak Nur lagi, biarlah Kak Nur keluar dari rumah ni.

Dia cakap saja macam tu aku terus tepuk tangan. Aku cakap sepatutnya itu lah yang terbaik supaya kau sedar diri. Terus aku beritahu dengan 2 kawan serumah kami yang dia nak keluar rumah. 2 orang kawan aku tu terus setuju bila dengar itu dari mulutnya sendiri.

Siap kawanku cakap, jangan sampai kami bertiga dengar cerita yang kami menghalau dia. Kalau kami dengar cerita tu, kami tak teragak-agak menceritakan hal sebenar. Kalau tak nak diaibkan, sila simpan aib sendiri.

Terus Kak Nur menangis dan minta tempoh dari kami hingga dia dapat tempat tinggal yang baru. Tapi, aku cakap tak boleh, aku beri masa hingga petang esok, mesti keluar dari rumah. Kami bertiga balik saja kerja, Kak Nur mesti dah keluar dari rumah ni!

Tak tahulah dari mana aku dapat kekuatan cakap macam tu, aku pun tak tahu. Esok petang tu bila balik kerja aku tengok bilik dia dah kosong. Aku tak ingin pun ambil tahu di mana dia tidur malam tu, dengan apa dia angkut semua barang-barangnya. Setitik air mata pun tak menitis masa tu.

Tiba-tiba kan semua ni terjadi. Dia kawan baik aku kot! Di daerah yang jauh dari keluarga, kawan-kawan lah jadi ahli keluarga. Alih-alih jadi macam ni. Mustahil tak sedih, tapi aku tak tahu kenapa aku tak menangis lepas dia tiada.

Beberapa bulan lepas kejadian tu, sakit telinga ku mendengar cerita dari jiran ku. Katanya, dia terserempak dengan Kak Nur, ditanya kenapa dah lama tak nampak, dia kata dia dah pindah. Jiran tu pun pelik sebab dia kenal aku dan betapa akrabnya kami.

Biasalah mulut orang nak cungkil rahsia, macam-macamlah ditanya. Boleh Kak Nur cakap, aku ni memang baik, tapi dalam baik-baik aku, aku boleh jadi sejahat-jahat orang. Siap pesan kat jiran tu suruh hati-hati dengan aku!

Amboi amboi sedapnya mulut! Terus amarah aku naik sampai aku tak boleh fokus memandu.

Kebetulan aku bertemu kawan sekerjanya beberapa hari selepas tu beritahu aku selama ni Kak Nur menumpang di rumahnya. Terkejut juga sebab rumah kawan tu selang 2 lorong dari rumah kami, tapi tak pernah terserempak.

Apalagi, tak berlengah aku ajak 2 kawan serumah ku pergi berjumpa dengan Kak Nur.

Aku masuk saja rumah, aku minta maaf pada tuan rumah sebab aku nak menjerit kat Kak Nur. Haha sempat lagi aku minta izin nak jerit!

Petang tu aku cakap kat dia aku dengan dia takde apa-apa kaitan lagi. Kalau aku dengar sebarang cerita tak benar tentang aku dan 2 kawan serumah ku, aku akan beritahu hal sebenar kepada semua orang yang bertanya. Dia merayu pegang lutut aku minta maaf.

Aku tepis tangannya cakap aku geli. Aku cakap aku sanggup kawan dengan b*bi daripada kawan dengan penipu macam dia.

Padaku maruahnya lebih hina dari selipar tandas. Betul-betul puas bila aku dapat melepaskan apa yang terbuku di hatiku. Itulah kali terakhir aku bertemu dengannya hinggalah aku dapat kerja di daerah lain.

Kisah arwah tunang, Amin, Dr Aidil, Ustaz Anas dan Ah Chong adalah rekaan semata-mata. Dia mereka-reka cerita tu sebab nak rasa sama macam yang kami ada. Cuma dia nak lebih hebat sikit itu sebab lelaki yang di imaginasi kan tu hebat, kacak, kaya dan berpendidikan.

Aku ingat lagi sebelum aku keluar dari rumah kawannya tu aku cakap, Kak Nur, biarlah kita tak cantik asalkan bermaruah. Jangan sebab kita tiada macam orang lain ada kita sanggup jadi bodoh menurut kehendak nafsu.

Kak Nur bukan tak cantik, sebab pada aku dia ok saja, walaupun bersaiz agak gempal tapi dia mudah didampingi, ramai kawan dan sebelum hal ini terbongkar ramai yang menyenanginya.

Mengenalinya buat aku lebih berhati-hati dalam berkawan. Bersederhana dalam bersahabat itulah yang terbaik.

Walaupun kisah ni dah lama berlalu, namun aku sentiasa doakan dia. Semoga dia dah berubah dan jangan manipulasikan orang lain demi nampak hebat di mata orang lain.

Apa yang aku tahu, dia masih di daerah itu di tempat kerja yang sama, masih belum kahwin dan masih belum ada kereta.. haii siapalah jadi bibik dia sekarang. Hihi.

Terima kasih admin siarkan coretan ni. Terima kasih juga pada yang bagi pendapat dan mendoakan. Buat baik berpada-pada, mengharap lah kepada Allah agar sentiasa dilindungi Nya. Sekian.

– Tasya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *