Bursa Bawang

Akhir-akhir ini bila ramai memperkatakan tentang hukum Forex, aku rasa nak ceritakan sedikit pengalaman aku, sebagai stock trader.

Sebenarnya aku masih lagi terlalu baru dalam dunia trading. Setahun jagung betul-betul setahun jagung.

Sebenarnya ada banyak financial instruments yang boleh didagangkan contohnya stocks, futures, forex, crypto, NFT dan lain-lain.

Aku hanya terlibat dengan saham, dan hanya trade Bursa sahaja buat masa ini.

Apabila terdedah dengan komuniti saham Bursa ni, aku perasan yang komuniti ni saling tak tumpah macam rewang makcik-makcik bawang.

Terlalu ramai orang poyo dan macam-macam penyakit sosial muncul. Ini hanya pemerhatian aku, nak tahu boleh teruskan baca. Tak minat boleh skip saje confession ni.

Nak bagi mudah aku kelaskan manusia-manusia ni dalam kumpulan-kumpulan tertentu.

1. Buycall addict. Pergilah mana-mana group buycall mesti ada nama dia.

2. Buycall addict feeder. Mula-mula kasi signal free ok la nampak macam ikhlas nak share. Kumpul crowd pastu start minta comitment fee.

Pastu buat group premium. Pastu dari premium boleh up lagi masuk group VIP pulak.. Kenyang tak payah trade. Script pun copy paste orang lain punya saja.

3. Kaki claim. Semua yang hijau hari tu dia akan gali post-post lama dan mengaku kajian dia menjadi padahal dia tak masuk pun. Yang tak menjadi dia buat-buat lupa.

4. SS untung tak masuk akal punya percentage, tapi kasi blurr lot. Kalau 1 lot pun bukan orang tahu. Lagi parah kalau curi SS orang pastu buat modal kelas.

5. Kelas kayangan scam marketing sampah. Kesian woo siapa terpedaya..

6. Kaki kompang 1001 analisis tahap petala tujuh punya teknik padahal dia ada dalam tengah tunggu masa nk jual.

7. Penunggang agama. Ni mana-mana komuniti mesti ada.

8. Group yang suka mengata aliran lain dan bagi gelaran-gelaran buruk pada sifu yang tak sealiran dengan mereka.

9. Peminat kaunter penny n fintec yang tak habis-habis promote MOUs dia. Rasanya memang dorang hire cybertrooper menyelinap dalam group-group public. Entahlah..

10. Orang yang betul-betul ikhlas berkongsi pun ada. Mengajar ilmu percuma dan sentiasa merendah diri.

Bagi aku ini semua sebenarnya noise yang boleh mengganggu seorang trader dalam membuat keputusan.

TA (technical analysis) ni ada disiplin ilmu yang dah pun dibangun ratusan tahun lalu. Ia sentiasa berkembang tapi masa yang sama prinsip asasnya sentiasa releven dan kalau dikuasai, boleh buat duit.

Tapi untuk buat duit kita hanya perlukan 30% strategy. Selebihnya 70% adalah faktor psikologi.

Semua cakap-cakap makcik bawang ni boleh lemahkan kita dari segi mental dan akhirnya dengan TA paling advanced pun, kita boleh hilang duit sedangkan pada yang sama orang lain buat untung dengan kaunter yang sama.

Kalau betul caranya nak buat untung taklah susah sangat. Yang payah adalah untuk konsisten profit dan untuk bertahan dalam pun keadaan market.

Jangan ambik jalan pintas, belajar asas sampai kukuh dulu. Amalkan dan belajar dari setiap kegagalan. Barulah cari teknik kayangan (kalau betul lah kayangan kan).

Komuniti ni tak besar pun. Dalam main market hanya ada 616 kaunter syariah. Ace market ada 110 saja. Trader bukan bumi pulak mendominasi lebih 70% dari jumlah trader.

Berapa kerat sangat orang kita dalam komuniti ni sebenarnya. Kita ni minoriti dan ramai yang baru bertatih. Hentikan budaya membawang yang sebenarnya tujuannya tak lain tapi to feed our ego. Cukuplah scam orang..

Itu sahaja terima kasih..

– 12345ABC (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *