Hai semua pembaca dan terima kasih admin kerana menyiarkan confession aku ni.
Aku menulis di sini hanya untuk meluah dan menceritakan pengalaman aku yang sedang ikhtiar untuk hamil namun belum berhasil.
Nama aku Kenanga. Sudah masuk tahun ke 5 perkahwinan aku dengan suami namun belum nampak sebarang tanda yang aku akan hamil.
Umur aku 32 tahun dan suami 38 tahun. Namun alhamdulillah suami aku tak pernah beri tekanan pada aku dalam soal zuriat. Keluarga aku dan mertua pun sama. Cuma aku yang terlalu inginkan bayi.
Dulu masa awal-awal perkahwinan aku dan suami tak fikir sangat pasal zuriat. Aku pun pernah kata buat masa sekarang nak plan dulu.
Ketika itu aku masih belajar dan selepas tu mula bekerja. Adakah kerana aku plan menyebabkan sehingga sekarang Allah tak bagi kami zuriat?
Sebenarnya aku ikhtiar hamil ni bukan lah lama. 3 tahun. Aku berkahwin masuk tahun ke 5 namun aku ikhtiar hamil baru 3 tahun.
Tapi aku tahu di luar sana ada yang lagi lama mencuba baru dapat rezeki zuriat dan ada yang menunggu lagi lama malah lebih 10 tahun namun belum lagi dikurniakan cahaya mata.
Tapi serius aku kata, menunggu zuriat ni sangat menyakitkan. Lebih sakit dari tunggu jodoh.
Untuk pengetahuan semua, aku dan suami dah lalui semua ujian kesuburan dan semuanya normal! Suami aku juga normal. Doktor dah cek tiub aku alhamdulillah dua-dua clear.
Doktor dah ambik darah aku untuk buat ujian AMH (ujian hormon). Ya, keputusannya sangat cemerlang! Bacaan AMH aku 15 (dalam range normal). Doktor kata sangat cantik.
Kemudian doktor buat transvaginal scan dan mengesan ovum aku tak mencapai saiz yang sepatutnya untuk kehamilan.
Oleh itu penyelesaiannya doktor bagi aku ubat letrozole untuk dimakan pada hari ke-2 hingga hari ke-6 period. Aku makan dan pada hari ke 10 kitaran haid aku pergi scan telur mencapai saiz 17mm.
Kemudian doktor terus suntik hormon HCG untuk pecahkan telur tu dan perlu bersama suami sekian sekian tarikh.
Setahu aku telur yang matang adalah 18mm-25mm kan. Tapi entah lah doktor dah suntik aku HCG walaupun telur aku masih 17mm.
Doktor kata telur aku cepat membesar respon dari letrozole tu. Dinding rahim aku pun cantik dan mencapai ketebalan yang sepatutnya untuk hamil.
Alhamdulillah. Dalam pada tu aku juga makan banyak buah kiwi dan delima. Pemakanan aku jaga sejak aku ikhtiar hamil. Bmi aku ok la atas pagar. Tinggi 153cm berat 58kg.
Suami aku obes tapi alhamdullillah dia tak ada sebarang penyakit. Ujian kesuburan dia pun normal.
Dua kitaran haid aku lalui prosedur namun aku masih gagal untuk hamil. Di mana silapnya lagi.
Setiap bulan aku cek upt setiap kali itu juga lah hanya naik 1 garis. Selama 5 tahun perkahwinan tak pernah walau sekali aku dapat 2 line. Samar-samar pun tak pernah.
Kadang sampai terfikir seakan mustahil untuk aku dapat 2 garis upt. Aku pernah berurut dengan sorang tukang urut bersalin. Beliau kata rahim aku jatuh, sebab tu aku sukar hamil. Kemudian dia urut untuk betulkan rahim aku.
Kemudian selepas beberapa bulan aku jumpa bidan lain pula, bidan ni beliau tak urut, beliau seorang bidan buta yang punya kelebihan untuk ubati masalah-masalah wanita. Beliau kata rahim aku tinggi sebab tu aku sukar hamil.
Jadi beliau bagi aku air tawar untuk aku minum. Aku pun minum lah. Dan aku juga pernah berbekam. Kami suami isteri juga ada minum susu kambing blend dengan kurma, dan minum air buah zuriat.
Dan aku masih begini. Masih ulang alik pergi hospital scan tvs, ulang lagi cycle dengan letrozole namun masih begini. Upt sentiasa negatif.
Kadang aku stress. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi. Period aku setiap bulan on time tak pernah missed. Cycle period aku 28 hari.
Aku juga bukan penghidap PCOS. Kebanyakan kes sukar hamil yang aku dengar salah satunya punca adalah PCOS, tapi aku tak ada PCOS.
Cuma telur aku sedikit kecil tapi dan berjaya besar dengan letrozole. Namun tidak berjaya juga untuk hamil. Setiap hari aku dengar orang mengandung, bersalin, anak pertama, kedua, ketiga.
Yang baru kahwin pun dah mengandung. Kadang perasaan aku hancur. Bukan aku tak gembira, tapi aku sedih, bila agaknya akan tiba untuk aku mengandung juga?
Semua orang mengandung, sana sini orang mengandung, aku je tak mengandung. Ya Allah, izinkan aku dan semua yang sedang ikhtiar hamil untuk mengandung walaupun hanya sekali.
Setiap kali period mesti aku menangis semahunya kadang sampai mata aku membengkak sebab aku terlalu kecewa dan sedih. 3 hari sebelum period aku biasanya akan cek upt dengan harapan aku tak kecewa jika keputusannya -ve.
Bila dapat keputusan -ve, aku menangis juga. 3 hari kemudian aku datang period, dan aku menangis lagi. Begitulah setiap bulan bila period aku datang.
Aku dah penat sebenarnya, aku cuba untuk kosongkan fikiran aku dengan tidak lagi memikirkan tentang zuriat ni lagi, tapi aku tak mampu.
Aku masih lagi memikirkannya. Doa, sedekah subuh, aku baru je cuba. Suami aku pun buat sama. Itu saja lah usaha yang mampu kami buat sekarang.
Kadang aku terfikir apa sebenarnya dosa kami hingga kami sangat sukar untuk dapat zuriat.
Cuma sekarang aku belum cuba teknik IUI. Doktor ada cadangkan tapi aku dan suami memilih untuk cuba secara semulajadi dengan letrozole memandangkan masalah kami tidak terlalu rumit.
Cuma perlukan sedikit kos untuk buat teknik tu. Setakat ni pun dah banyak kami habiskan duit jumpa pakar swasta semata untuk hamil.
Untuk teknik IVF doktor tak cadangkan untuk kami buat masa ni.
Doakan kami dan semua wanita yang senasib agar dikurniakan rezeki hamil untuk tahun 2022 ni. Aamiin.
– Kenanga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit