Sisi Gelap Industri Insurans/Takaful

Hai semua. Saya tahu apa aku tulis ni nanti akan menerima kecaman dari ramai agen insuran yang dah berjaya. Saya tak nafikan industri ni memang paling cepat boleh buat duit.

Dengan kadar ‘underinsured’ rakyat Malaysia lebih-lebih lagi bumiputera majoriti, benar kesedaran untuk memiliki perlindungan insuran/takaful ini masih rendah jika dibandingkan dengan bangsa lain.

Namun apa yang saya nak ceritakan disini adalah sisi yang tak akan diceritakan oleh leader insuran atau takaful.

Sekarang ni pun boleh nampak lambakan agen insuran di kalangan friendlist saya. Saya pun pernah terlibat dalam industri insuran/takaful ni.

Rupa-rupanya baru saya tahu komisen yang dapat pada setiap bulan itu adalah hasil dari bayaran bulanan yang dibuat oleh client. Sekiranya client tak buat bayaran, tiada komisen atau gaji untuk agen.

Dan apabila client tak bayar insuran diorang ni agent juga boleh diberhentikan sekiranya KPI tidak dicapai. (Semakin ramai client yang tak bayar bulanan mereka semakin rendah KPI agen)

Selain daripada itu, pemilihan leader untuk join industri ni juga adalah penting. Tidak semua agen yang dah berjaya ada income juta-juta tu akan bantu agen baru untuk berjaya.

Pengalaman saya, agen cuma recruit dan biarkan staff dia handle saya. Kadang-kala terkapai sendirian menghadapi masalah (maklumlah kita baru dan belum kenal sesiapa) dan staff pula kerek susah nak membantu.

Bila ditanya, jawapan mereka “nanti saya check”. Bila banyak kali saya cuba follow up, kena marah.

Dengan umur yang mungkin sama dengan emak mereka, tiada rasa hormat untuk bercakap. Sampaikan saya pun malas nak ke pejabat kerana isu lama juga belum selesai.

Belum lagi cerita mengenai plan yang syarikat insuran. Masuk training yang disediakan staff tapi perkara sama sahaja dibangkitkan. “Mana sales?” “Apa aktiviti?”

Ada juga leader ikut saya pergi jumpa client. Kemudian case yang saya dapat tu tiba-tiba didaftar bawah leader saya dengan alasan tak perasan.

Case yang didaftar bawah nama pasangan, anak leader juga ada. Tapi disebabkan leader ni sudah berjaya, tiada siapa akan percaya kata-kata agen baru seperti saya.

Bukan saya satu orang mangsa, ramai agen baru juga tertipu dengan janji manis leader ini.

Saya jadi muak dengan semua ini. Tiada apa-apa penerangan sebelum saya memulakan first sales.

Akhirnya saya give up dan fed up.

Bukan dengan industri insurans/takaful. Tapi dengan leader yang tidak bertanggungjawab ini.

Iklan untuk mencari agent baru sangat manis. Semasa jumpa juga dijanjikan training yang berpanjangan, staff yang akan membantu. Tapi sebenarnya indah khabar dari rupa.

Nasihat saya untuk sesiapa yang mahu jadi agen insurans atau takaful carilah leader yang betul-betul ingin membantu anda.

Tanya dulu dengan beberapa agen biasa dalam agensi barulah buat keputusan. Jangan tergesa-gesa kerana cerita-cerita manis dari leader.

Kita buat sales, bila kita berhenti semua komisen kita akan pergi kepada leader. Sebab tu leader pun tak kisah kalau kita berhenti.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *