Salam and hi semua. Saya doakan semua berada dalam afiyah dan payung kasih sayang dan rahmat Dia. Terima kasih baca. So yeah, let’s get started…
Sebelum tu nak perkenalkan diri. Saya wanita, berumur 28 tahun, happily single haha dan bekerja sebagai jurutera di syarikat GLC.
Fizikal badan agak berisi, berat 80kg, tinggi 158cm, kulit gelap serius gelap, takde jerawat cuma parut2 saja dan comel hehe.
Anak kedua dari 5 orang adik beradik, 2 perempuan dan 3 lelaki, yang bongsu lelaki SPM tahun ni.
Tujuan menulis hanya ‘out of curiosity’ dan perlukan pandang readers kat luar sana. Saya dilahirkan dan dibesarkan dengan kasih sayang yang cukup, alhamdulillah.
Harapan keluarga. Saya selalu anggap diri saya anak sulung. Something happened to my older brother that I’d rather not share. Kami sekeluarga hidup sederhana, mewah makanan alhamdulillah.
So, alhamdulillah after habis study, dapat kerja. Mula dari kerja bawah matahari sampailah sekarang.
Beli kereta comel saja, loan semestinya, untuk mudahkan ulang alik cari rezeki. Berkat doa umi abah. Umur 26 tahun, rezeki Allah pinjamkan.
Selama ni kami menyewa, abah masih bekerja. Saya lulus loan untuk rumah, memang niat untuk umi dan abah duduk di kampung. Saya percaya saya tumpang rezeki mereka. Recently, settle hutang study, alhamdulillah.
My curiosity is that… Saya takde pengalaman bercinta, kira noob lah bab ni. Pernah tersuka, terpatah hati all sort of that. Tapi sebenar benar bercinta tak pernah huhu.
Jadi 2 tahun lepas saya pernah confess pada A, tujuan confess cuma nak bagitahu. Dan tiba2 A bagi feedback positif.
Bermula lah kisah BBNU. Juga untuk I’d rather not say. Cuma ringkasnya, A belum bersedia. Saya minta breakup selepas 5 bulan walaupun dia tak nak awalnya. Dan kami masih berkawan baik sehingga sekarang.
Dalam masa sama, B muncul. B dah lama pasang umpan. Ada juga kawan zaman study yang tunggu saya (cewah perasan). Cuma saya tak layan.
Baru breakup kan, patah hati huhu. Saya tak mahu jadi kan B, C, D rebound. Saya nampak kesungguhan B, umi juga berkenan dengan B.
Saya cuba bagi peluang dengan ‘kalau serius, datang jumpa umi abah’. B nak jadi kan saya isterinya dan sudah beritahu ibu saudaranya (B yatim piatu).
Sementara saya sebelum ni belum terfikir nak berumahtangga dah mula berfikir disebabkan B.
B datang jumpa umi dan abah seorang diri untuk kenal2. Walaupun saya dan B tak pernah berjumpa sebelum ini. Cuma berhubung atas urusan kerja.
Bekerja di satu syarikat. Cuma lain jabatan. Pernah berselisih, cuma saya tak perasan B sebelum ini. Sebelum ni B agak ragu2 kerana kami berbeza jawatan dan tangga gaji.
Tapi pada saya bukan masalah, semua yang sifatnya pinjaman. Saya juga lahir bukan dari keluarga senang.
Kami berkongsi minat yang sama. Nak buka perniagaan menternak dan berkebun satu hari nanti. B agama agak strong, saya pula jahil. Solat berterabur, tudung makin singkat tapi masih tutup dada.
Wallahi, saya sedih dengan diri sendiri. Saya nak kembali pada Dia. Saya rindu majlis ilmu.
Kami berdua memang susah nak serius. Ada saja bahan nak digelakkan. Sampai kadang2 confuse mana yang serius dan gurau.
Jadi sebelum ni, B pernah gurau agak kasar. Mengejek fizikal saya. B minta saya belajar makeup dan sebagainya. B agak ada rupa dan putih melepak hmm.
Beza dengan saya. Saya terasa dan dia minta maaf lepas itu. Selepas daritu, saya sentiasa insecure dengan diri sendiri. Kadang2 terlepas juga gurauan yang sama.
Saya gelak tapi selepas itu saya insecure. Officemate dan kawan2 yang dah berkahwin pun lagi cantik dari saya huhu.
Saya pernah warn B untuk jumpa saya dulu, baru fikir untuk jumpa family. Tapi dia terima katanya.
Jadi, selepas bertemu dengan family dan saya. B sedikit berubah. Dulu, ada sebut soal kahwin awal tahun depan, sekarang tak sentuh langsung bab itu. Saya mempersoalkan keseriusan B.
Saya tak mahu push B, mesti tak selesa. Baru2 ini kami jumpa, sebelum saya pulang ke kampung, dia check kan kereta saya, isikan minyak, siap bagi duit belanja sebab nak jalan jauh ke utara.
Saya confuse. Nak jadi realistik tapi insecurities tu tak boleh nak kawal. Serius kah dia?
Saya saja ke overthinking.. Saya memang tak berpengalaman. Perlukan nasihat tuan puan.
Saya ada dengar ceramah kena perbaiki diri what so on. Saya sedang perbaiki solat saya, belajar memasak, bersenam juga sikit2, belajar juga untuk hias diri.
Saya gembira dengan diri saya, saya tahu saya comel. Cuma bila insecure tu datang, Allahu.
Saya tahu saya bukan wanita yang baik, saya ada banyak aib, saya cuba untuk jadi yang terbaik. Siapa pun dia. Doakan saya jadi anak solehah dan isteri solehah. Mohon nasihat semua ya.
Insecure, Me..
– Intan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit