Surirumah Yang Ingin Keluar Dari Kepompong

Terima kasih andai disiarkan. Maaf kalau ada campur bahasa, saya rasa lebih personal dan tak skema cara begini. Luahan ini mungkin panjang juga, hehe.

Saya seorang surirumah berumur 32 tahun. Anak 3 dan yang bongsu belum 1 tahun lagi. Suami kerja swasta dan agak stabil.

Dah beberapa kali niat nak meluah kat sini sejak 2,3 tahun lepas. Tapi selalu terbantut dan rasa macam tak penting pun. Tapi lama-lama simpan, sesak jugak. Tambahan pula, saya nakkan solution dan tak tahu mana nak cari sumber.

Saya tak pernah berniat dan berminat pun jadi surirumah sebenarnya. Sejak kecil, saya fikir saya akan bekerja. Mungkin kerana background family yang most women bekerja. I guess, fate brings me here.

Sehingga sekarang, walaupun banyak galakan sekeliling, dengar ceramah macam-macam, mindset saya tetap tak pernah berubah.

Banyak kali dah self-talk supaya terima yang saya ni seorang surirumah. Tapi deep down inside, saya tetap in denial. Tambahan bila saya fikir balik, saya bukanlah surirumah yang baik.

Rumah bersepah saja memanjang. Dulu kemas jugak 3,4 kali sehari. Lama-lama penat. Anak main non-stop. So saya cuma pastikan bersih, tiada kotoran dan dapur bersih.

Ajar anak kemas, hasilnya ok lah even mak berletiaq nak runtuh bumbung. Letakkan border setakat mana sahaja yang toys boleh bersepah, luar kawasan saya ambil dan simpan tinggi-tinggi depan mata anak. Rasakan haha.

Bab anak pula, anak sulung saya 6 tahun, masih belum pun boleh membaca. Padahal saya sendiri kategori bibliophile (setiap bulan dalam 5 buku saya baca sambil2 dukung anak, tidurkan anak, sebelum tidur etc.) Dan saya sangat-sangat failed mengajar membaca.

Kurang kesabaran mengajar budak baya-baya tadika ni. Anak no 2 pulak 4 tahun, belum diaper-free lagi. Puas ajar, tapi dia tak reti jugak. Stress setiap hari membersihkan najis sana sini. Risau sungguh bab toharoh. Sudahnya, saya give-up dan pakaikan saja pampers.

Anak no 3, tak pastilah high need ke apa, tapi dia tersangatlah nak melekat saja dengan saya. Kadang-kadang dalam sehari, tak boleh letak langsung. Nak berdukung saja ke mana-mana.

Ada sekali tu, saya terbaca komen orang menyindir surirumah yang katanya spend masa banyak di rumah tapi anak tak pandai membaca jugak. Dipersoalkan pulak dah apa function mak duduk rumah? Saya tersentap sangat!

Selama ni bila orang kata macam-macam pasal surirumah, saya langsung tak ambil port. Sebab saya bukan jenis ambil kisah kata orang.

Saya faham jalan hidup semua orang lain-lain.

Lagipun malas nak gaduh dan terasa. Bazir masa dan tenaga. Tapi tiba-tiba komen tu buat saya sentap. Saya tak tahu kenapa. Komen tu jugaklah buat saya reflect what kind of surirumah saya ni. Dan ternyata, good-for-nothing kind.

Down betul rasa. Mungkin jugak saya masih belum betul-betul terima takdir sepenuhnya. Saya bukan jenis ibu yang eager nak buat pelbagai aktiviti dengan anak. Ada lah buat tapi bukan setiap hari. Memasak pun saya saja makan.

Anak makan siket sangat. Suami tak makan malam. So excitement nak masak tu hilang. Weekend jelah. Jadi, apa saja saya boleh buat? Tambahan dengan anak yang bergendong 24/7 ni.

Saya tak suka dengan perasaan seolah-olah saya ni tak menyumbang apa-apa. Useless.

Dulu, saya minta kerja takde satu pun lekat. Padahal I was somebody masa zaman U dulu, kiranya bab berorganisasi, social and soft skills tu ada lah, sports pun join.

Pernah saja dapat interview, tak lepas jugak. Macam-macam alasan, antaranya overqualified.

Betul-betul tak faham kenapa sedangkan saya tak demand gaji tinggi pun. Sekadar nak pengalaman sebagai fresh grad. Sedar tak sedar sekarang, dah 6-7 tahun saya grad. Tak fresh dah, basi lagi agaknya.

Sepanjang saya mengurus rumah dan anak-anak, saya ada jugak buat bisnes online. Tapi benda ni tak kena dengan jiwa. Saya jadi tak tenang kalau tak capai target.

Tak senang bila ada coaching tapi tak dapat join sebab urusan anak-anak. Kalut bila mentor macam push untuk buat sale. Emosi tak stabil. Sudahnya, saya stop. Rasa lebih tenang dan senang hidup saya haha.

Cuma lately, saya kerap terfikir takkan sampai tua saya nak jadi surirumah? SAYA TAKNAK!

*Maaf, ni bukan pasal judging ya, ini cuma DIRI SAYA. Saya sangat faham kalau ada yang memang willingly and happily jadi surirumah.

Please, go on. Be happy with what you do.

Back to my story…

Saya masih berharap untuk capai cita-cita saya iaitu untuk menjadi seorang pensyarah. Saya mungkin tak mampu mengajar anak-anak tadika tapi dengan pengalaman mengajar sekolah rendah dan menengah, I discovered that I can teach older students better.

Oh lupa mention, pengalaman mengajar saya adalah sejak lepas SPM. Kemudian sebagai guru ganti selepas grad (sebelum mula job hunting)- saya mengajar sekolah swasta dan international. Saya juga buat personal home tuition untuk sekolah menengah dan international.

Alhamdulillah berdasarkan feedback fellow teachers, students dan parents- rasanya betullah ini bidang saya.

Sekarang saya nekad untuk fokus cita-cita pula memandangkan rasanya cukuplah anak 3. So saya plan nak sambung master. Kemudian PHD sambil bekerja.

Banyak sangat soalan saya nak tanya. Basically, how do I start?

1) Masih adakah biasiswa untuk umur ini? Degree saya tidak cemerlang, pointer cuma 2.8. Bidang sains- engineering specifically.

2) I almost have no working experience, so layak ke? Resume pun berkurun dah tak update. Takde benda nak update (sobs)

3) Saving saya ada lah siket sana sini, tapi tak sampai 10k rasanya. Cukup ke untuk start?

4) Runsing juga bila fikir, masa saya belajar/kelas, saya akan hantar anak-anak ke taska/daycare. Macam mana nak cover fee daycare tu? Sedangkan belajar pun guna duit.

5) Saya tiada masalah pengangkutan sebab suami naik motor dan saya boleh drive dan ada kereta. Saya dikira independent jugak.

6) Saya suka masuk kelas tapi I do better with researching. So mungkin mix-mode lebih sesuai. Apakah IPTS/IPTA yang offer mix-mode? Saya prefer IPTA.

7) Bolehkah saya sambung bidang lain seperti pendidikan mungkin? Yang selayaknya untuk seorang bakal lecturer. Tapi saya memang suka sains. Mohon advice

8) Suami langsung tak halang saya nak sambung belajar atau bekerja. Malah dia pun sebenarnya ada cita-cita nak sambung belajar juga. So bab izin suami takde masalah.

9) Berangan jugak nak sambung ke luar negara macam UK haha tapi lagi banyak urusannya kot kalau nak bawak family, duit lagi. Atau suggestion?

10) My main concern here is financial. Berapa kos yang perlu saya ada untuk sambung master (on average)?

Ada sape-sape yang sudi guide dan jadi tempat reference saya? Tolong jangan suruh saya email mana-mana universiti atau organisasi, dah pernah buat. Berbulan baru dapat respond, itupun bukan jawapan mahupun cadangan.

Maaf kalau ayat berterabur, point merata dan typo. Saya dah cuba proofread sambil gendong anak. Setiap komen akan saya baca dan saya ucapkan terima kasih banyak-banyak in advance. Moga urusan kalian dimudahkan.

– Bakal Prof (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *