Adi dan Man

Assalamualaikum. Nama aku Adi. Kawan baik aku namanya, Man. Saja bosan hujung minggu, bercerita sikit kehidupan aku dengan Man.

Permulaan perkenalan aku dengan Man adalah perkara trauma bagi aku sebenarnya. Sampai sekarang aku ingat.

Man punya teruja masa pertama kali jumpa aku dan dia pegang tangan aku lepas aku perkenalkan diri aku kat dia. I am a cold and reserve person.

Jadi bila aku jumpa orang macam Man, kalau boleh, aku nak lari. Tapi dia cerita kat aku, memang dia sengaja selalu jumpa aku, berdiri sebelah aku, lepak dengan aku, nak makan dengan aku.

Bila aku tanya kenapa, dia kata dia punya sukalah dia nak buat macam tu.

Jadinya bila dah selalu dia melepet sebelah aku, aku dah mula terbiasa dengan love language based on touch. Kalau tak, aku ni memang hampeh.

Man dulu kata peluk aku macam peluk kayu sebab aku tak akan bergerak kalau kena peluk.

Agaknya sebab tu kot mak bapak aku tak suka peluk aku. Macam peluk kayu. Hahaha. Berbanding sekarang aku dah pandai lah nak balas pelukan orang. Dah tak wujud kayu tu dah.

Kadang aku kesiankan Man. Kerja melepet dengan aku. Layan gila aku. Pernah buat kerja gila dulu aku bawak Man pergi Batu Cave, putrajaya jam 2, 3 pagi. Dah lah zaman ni takde waze. Pakej hadiah kena kejar khinzir.

Ada lagi, aku bawak Man pergi bercuti sehelai sepinggang bawak telefon, ic, lesen dan kad bank saja. Paling tak boleh blah, zaman belajar boleh jalan berdua dengan Man tengah malam pukul 12 dari canselori ke kolej.

Dah lah zaman dulu paling maju orang pakai blackberry. Aku dan Man pakai 3310, baling crush pun boleh pengsan. Jadinya, sesat dan Adi serta Man berpisah tiada. Syukur jugak masih hidup sampai sekarang.

Personaliti aku dengan Man sebenarnya beza. Man ni kalau pasang lagu, roh aku terus terbang.

Dari spesis macam Sudirman, masuk era Francesca Peter, kemudian pindah negara india utara, kadang-kadang terlepas masuk si mata sepet Andy Lau.

Beza dengan aku, yang banyak ikut bapak aku dengar lagu euro pop zaman Elvis kemudian ikut abang aku dengar metallica. Samalah macam genre cerita.

Man suka tengok cerita yang aksi, seram dan straight to the point. Aku pulak suka tengok cerita melankolik, opera dan banyak isi tersirat.

Aku pernah ajak dia tengok cerita interstellar. Man dah sampai angkasa lepas dulu sebelum cerita habis.

Kalau tengok cerita seram, memang aku kena tengok dengan Man. Nanti keluar hantu, aku menyorok belakang lengan Man. Sebab lengan Man pun dah cukup tutup muka aku dari nampak skrin.

Man ni memang terrer menyepah. Tak boleh tengok ada rak kosong atau almari kosong. Mesti nak letak apa benda entah.

Beza dengan aku yang lebih kepada minimalist. Memang mula tu aku rasa serabut betul. Tapi dah habit dia kan. Jadi caranya aku kurangkan rak kosong seminimum mungkin.

Bila Man masak maggie kari, sedap gila. Yang selain daripada itu, kita kena bersyukur dengan rezeki walaupun dapat sardin masin.

Sampai sekarang aku akan kacau Man pasal dia masakkan aku sardin masin, nasi keras kejung, cekodok minyak, kopi rasa air masak.

Seronok aku kacau Man. Dia suka kentut bunyi mercun tahun baru. Aku akan pasang vakum sedut punggung dia.

Bila Man buat lawak hambar, aku gelak sebab Man gelak dengan hambarnya lawak sendiri. Man ni kalau aku ajak hiking, dia akan ajak aku hiking shopping mall instead.

Kalau pergi bersenam, selalunya Man dan aku akan berakhir dengan kejadian 1 pinggan satay dan 1 set ayam goreng mcd.

Paling tak boleh blah, Man selalu nasihat aku berhati – hati, tapi akhirnya Man juga yang jatuh masuk lubang 3 saat selepas dia nasihat aku. Hobi Man suka tangkap gambar.

10 gambar Man ambil, 10 gambar tak layak masuk instagram. Tapi dia masih percaya hobi dia patut diteruskan.

Selain itu, Man ni suka bercakap. Cerita hari ni kat opis, dia akan cerita kat aku petang tu jugak, minggu hadapan, 2 bulan selepas itu, tahun depan dan kesekian kali.

Paling aku suka kacau bila Man tidur. Man ngigau dan berdengkur. Jadi, aku akan selalu layan ngigau dia. Kadang tu, dia dengkur, aku saja pergi main-main tiup atau pura-pura bersin supaya Man marah ngigau.

Lagi aku galak, aku suka tanya Man, berapa banyak sayang dia kat aku atau aku duduk kat dalam hati dia belah mana. Man akan biol nak jawab, dan aku akan gelak sebab tengok Man pening.

Dah 12 tahun kau jadi kawan baik aku, Man. Selalu aku cakap, kalau kau bosan dengan aku, jangan selindung atau hint. Beritahu saja terus.

Tapi macam biasa kau tetap cakap kau seronok dengan aku. Walaupun banyak tahi, bendul, bumper dalam hubungan kawan baik ini, aku bersyukur sebab kau masih di sisi aku and both of us are improving.

Our relationship is getting better. Terima kasih buat aku percaya yang kita nak jadi antara golongan yang dilindungi arasy. Kau tahu apa aku dah beri untuk kau. And just by you knowing that, it is enough for me.

Aku tak pernah doa untuk dapat kawan baik. Sebab aku rasa aku tak perlukan kawan. Tapi Tuhan hadirkan juga. Dalam rezeki, ada ujian.

Dalam keburukan, ada rahmah. 12 tahun dengan kau, aku sedar, aku manusia. Tak lengkap, tak sempurna but not broken. Just perfectly imperfect.

Terima kasih sebab tak penat ambil gambar walaupun tak layak masuk instagram. Terima kasih sebab tak jemu nak peluk tangan aku.

Terima kasih sebab banyak jadi hambar. Terima kasih sebab layan soalan aku duduk kat hati bahagian mana walaupun tak ikut skema.

Terima kasih sebab teman aku pergi couple therapy. Your presence helps my ptsd and mdd. I hope I wont relapse and my addiction wont come again.

But if it will, I pray, at that moment, you have a husband, a very good husband who can replaced my shoulder for you to stand, cry, laugh and hold onto. I’m rooting for you and will always be. I love you as usual.

Jadi, Man, cheers to our 12 years of friendship. Happy birthday to you, Man. May Allah bless.

Buat readers, terima kasih sebab baca.

– Adi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *