Untuk part I, (https://iiumc.com/kalau-dah-namanya-jodoh/).
Assalamualaikum pembaca sekalian. Hai, Scha again. Memandangkan aku tengah self kuarantin sekarang nih, jadi aku banyak masa nak menaip. hahahah. Aku rasa aku yang paling pantas revert for part 2.
Jatuh cinta tu mudah, tapi nak kekal cinta tu yang susah. Sebab tu, sehingga ke hari ini, aku sentiasa cari jalan untuk buatkan Abang Boss rasa yang cinta kami masih sama dan bertambah.
Ada orang yang jatuh cinta dengan kecantikan, keayuan, tapi bila menjalani percintaan tu, dia rasa bosan sbb sekadar pandang pada kecantikan.
Ada orang, dia hanya suka, tapi jatuh cinta pada watak dan kegigihan seseorang sebab dia tahu dia tak bosan. Ya, ini aku. Aku tak secantik yang lain, jadi I have to put some effort. Ada sahaja kejutan atau kegigihan yang aku buat untuk raih cinta dia.
Actually, aku tak berlawan pon dengan Ayu. sebab aku tak tahu yang Ayu pon suka Abang Boss. Masa aku tahu Ayu suka Abang Boss pon, time tu memang Abang Boss dah jatuh hati dekat aku. that’s why dalam kisah yang pertama,
Ayu keep cerita yang laki tu dah tak beria dengan dia. Ya, berkemungkinan sebab aku. Tapi on that time, aku tak tahu the real truth side Abang Boss.
Aku baca satu demi satu komen korang. Pada yang kenal, Ssshhhhh. Jangan bocor rahsia hahaha. Banyak yang minta Part 2 sebab nak tahu apa jadi dengan Ayu dan Fateh. Actually, banyak jugak part yang aku skip dalam kisah pertama sebab aku rasa dah terlalu panjang.
So, here i am. Terima kasih pada yang sudi baca cerita aku yang panjang nih. Ada yang komen dia habiskan 15 minit baca cerita aku.
Kalau ikutkan, pergi drive thru MCD pon dah kenyang dapat makan. hahaha. Tapi aku minta maaf sesiap, sebab mungkin korang perlu spent another 15 minit untuk Part 2 hahha.
Tak lupa juga ribuan terima kasih pada yang mendoakan kasih kami hingga ke Jannah. Aku turut mendoakan kalian supaya cinta hati kita sama-sama bersatu hingga ke sana Aamiin.
First of all, aku jawab dulu apa yang jadi pada Fateh dan Ayu. Ayu smpai ke sudah dia tak tahu yang kami suka orang yang sama. Aku tak nak dia rasa malu or down sebab dia cerita everything dekat aku pasal Abang Boss, padahal aku pon suka orang yang sama dia suka.
So aku just biarkan semua tu silent macam tu saja. Lepas balik dari Mcd tu, i’m not sure la apa Abang Boss confront si Ayu, sebab the next story, Ayu bagitau dia nk kawen. Dia ada met dengan one guy yang tetiba ajak dia kawen.
Let me name him Wafiy. Love at the first side. Diorang terserempak dekat kedai makan, terkebil-kebil Wafiy tu tengok Ayu. Haaaaa cantik le tewww. Kan aku dah kata, sape yang tengok Ayu, mesti jatuh hati punya.
So after that, semua conflict Ayu berkisar tentang Wafiy. Ayu pon dah selamat jadi isteri Wafiy. Diorang kahwin sehari sebelum kami bertunang. Alhamdulillah, yang pasti aku tau Ayu tak sempat kecewa dengan Abang Boss.
Aku dengan Ayu masih berkawan even until now. masih view story wasap masing-masing. Cuba bayangkan that time kalau Ayu tau yang aku pon suka Abang Boss, mesti dia kecewa dengan aku. Rupanya i’m the reason why Abang boss tak beria dengan dia dulu.
Aku ada terbaca komen cakap aku rampas pakwe saing sendiri. Honestly, tak timbul isu rampas merampas. duration time tu sangat lama ya sementara aku dipertemukan semula dengan Abang Boss. Almost setahun. Lagipun, aku dah move on dengan Fateh.
Cuma macam tajuk cerita aku, Kalau dah jodoh, tak kemana. Masa sahaja yang tentukan. Dan bila aku tau yang Ayu sukakan Abang Boss, aku officially tarik diri.
Pada Ayu, perkahwinan kami adalah jodoh. bukan sebab aku rampas Abang Boss dari dia. That’s why, aku kagum sangat-sangat dengan percaturan Allah tentang jodoh.
Kita rasa benda tu tak logik, tapi takda yang mustahil pada Dia. Percaturan Allah tu indah sangat. Terima kasih Allah.
Apa yang aku nak highlightkan dekat sini, the power of Doa.
If korang rasa impossible, dengan Allah nothing impossible. Buat apa kita minta pada tuan punya badan, sedangkan kita ada cable paling besar. Kita direct terus minta pada Pencipta tuan badan. In sha Allah.
Untuk Fateh, lepas saja kitorang break, ada jugak aku tengok status we chat dia, memang semua ayat patah hati la. tak habis-habis salahkan diri sendiri.
Walaupon masa sebelum aku met Fateh, Aku memang crush habis dengan Abang Boss, tapi bila aku getting serious dengan Fateh, totally Abang Boss bukan lagi siapa-siapa bagi aku masa tu.
Kami sama-sama bincang, after kawen nak duduk mana sebab dia keje di Johor. Semua perbincangan dan impian tu dah serious nak bina hidup bersama lepas aku habis study.
Maybe ada yang fikir, alah bagi jela Fateh peluang. Maybe sebab aku suka abang boss, then aku jadikan alasan tu untuk tinggalkan Fateh.
No, sebab on that time, aku tak tau pon Abang Boss suka aku. Aku tak terima Fateh sebab aku takleh terima dia panggil Aku pompuan murah.
To those couple out there, please kalau ada salah faham, cari tau apa punca dan masalah. dengar penjelasan dan baru buat keputusan.
Kalau tak ada bukti, then just anggap semua tu salah faham so that relationship can be saved.
Lepas kes dia hina aku, aku tak block dia pon. Just aku ignore dia. Dekat FB masih friend sampai sekarang. Cuma aku tak follow dia. hati aku sakit gila. sakit yang paling dalam sebab dia tak percayakan aku. Selepas semua yang dirancang, pasal kawen, pasal hantaran.
Family aku pon terima dia, bincang taknak letak hantaran tinggi, ala kadar sahaja. Masih lagi dia tak nampak yang aku hanya serious dengan dia sahaja. Dan dia simply hina aku. Cukup !
Aku punya maruah. Sudahlah maruah aku dipijak dengan laki yang sexual harassment aku dulu tu. Aku takkan benarkan lagi. AKU BUKAN PEREMPUAN MURAH !
After 2 years aku kawen dengan Abang Boss, Fateh ada wasap aku. Dia bagitau ayah dia baru meninggal. Ayah dia tau pasal kami dlu. Al fatihah untuk pakcik. Tapi time tu aku tak tau nak react macam mana. Sebab aku dah jadi isteri orang, dan dia pulak ada sejarah dengan aku dulu.
So aku tak balas apa-apa. Aku terus delete nombor dia dari contact list aku. Maafkan aku, tapi itu yang terbaik. And recently, aku dapat tau yang Fateh dah pon berkahwin. Ada anak laki sorang. Happy for him. Masing-masing Allah dah tentukan jodoh. Siapa kita nak cakap taknak.
Ada aku baca komen yang turn off bila part Abang Boss suka pompuan berpurdah. typical lelaki katanya. dah berjimba dengan pompuan sana sini, bab jodoh nak yang bebaik.
Hahaha aku syak dia tak pernah tengok drama pukul 7 yang babak kalau ada lelaki hot dekat kampus, perangai mesti acah-acah playboy, berduit, ada kereta, pastu hensem.
Abang Boss pon lebih kurang lah. Sebab tu aku tak habis fikir, kenapa dia pilih aku hahah. Dia ni peramah, suka tegur orang bajet cam dia dah kenal.
So bila dia bersembang dengan girl, diorang mudah jatuh hati dengan Abang Boss. Dalam kata mudah, perasan yang Abang Boss suka diorang.
Same goes to me hahahah. Perempuan kan mudah perasan. Sejahat mana pon lelaki, bab memilih ibu untuk anak-anak dia, dia mesti nak yang baik. (Aku tak kata asal berpurdah tu baik. Allah yang jaga aib kita) Salahnya pada sifat playboy dia bukan pada impian dia.
Kalau orang tu jahat, salah ke kalau dia berimpian yang baik-baik? Tak kan? So, jangan ada mindset macam ni.
Anyway, tak ada isu Abang Boss tinggalkan Ayu sebab diorang tak pernah declare. Cuma Abang Boss dah bagi harapan dekat Ayu. Sebab tu aku tarik diri. Aku buat keputusan untuk melupakan sebab pada aku takda sapa tahu tentang perasaan aku.
Abang Boss pon tak tau yang aku suka dia masa tu. Ayu pon sama. Hanya Allah saja yang tau nama Abang Boss terpahat dalam setiap doa aku. Jadi, biarlah perasaan aku berkubur macam tu sahaja. Cuma aku lupa ketika tu, Yang Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Abang boss pula, dia baru berani cerita, kenapa dia sukakan aku. haihhhh. Macam syok pulak kan, bila orang confess kenapa dia suka kita.
Katanya aku ni jenis tak mengharapkan dia. Aku pandai settlekan hal aku sendiri. Kalau aku mesej, and tak berbalas, aku tak spam mesej banyak-banyak.
Aku paham kebusyian kerja dia. Dia tak rimas nak melayan kerenah pompuan yang tak paham kerja dia. Aku akan tunggu dia reply baru ada conversation antara kami.
Aku bukan jenis yang gedik-gedik nak melekat dengan dia. Pastu aku ni macam keringggg saja. Macam takde perasaan pon ada. kene bantai ayat kasar pon, camtu saja muka aku. hahah. kene gurau kasar pon, aku steady saja.
Sebelum ni, dia tak tahu aku pakai purdah. Sebab kami tak pernah terserempak di luar kampus. Memanjang kalau jumpa di kampus, aku hanya bertudung labuh. tetiba dia tengok dp whatsapp aku, gambar pompuan pakai purdah. so dia tanya.
“Gambar dp tu gambar Scha ke?”
“Aah, kenapa?”
“Ouh, kalau tak cantik pon boleh pakai purdah ke? Bukan purdah ni untuk orang cantik saja ke, sebab taknak jatuh fitnah?”
Menyirapnyelahhhhh aku dengan soalan dia nih. Langsung tak menjaga hati tau. Ada saja bende nak menyakitkan hati aku. time ni masa masih awal lagi aku bekerja dengan dia.
“Ouh, macam tu ke pemahaman Abang Boss?”
Dia rasa aku macam marah kot.
“Errr, gurau jelahhhh”
“Saya kena sexual harassment dengan classmate saya. Jadi saya pakai purdah sebab nak jaga diri saya”
“Hah? Serious la? Saya mintak maaf. cuba bagitau sape budak tuh? biar saya lanyak dia cukup-cukup. berani dia kacau pekerja saya”
mencik tau. Salulahhhhh bagi aku cair. daripada kes haritu tau aku tak sempat nak beku, asek cairrrr saja manjang.
Masa dah jadi staf abang boss, menunggu mesej dia tu dah jadi rutin aku dah. Haha. Walaupun dia hanya balas ok saja, tu dah cukup buat aku tak tidur malam. Betapa angaunye aku.
Semua mesej bercakap soal kerja saja. Berapa tiket yang masih available, berapa harga tiket. Takde langsung mesej yang personal.
Kalau pada korang maybe boring, tapi aku suka. As long as dekat skrin telefon aku tu masuk mesej dari Abang Boss, aku rasa cam nak jerit saja. Tambah la kalau tetibe dia call. Donnia ni ana yang punya.
Pernah wehhhh. Time ni, whatsapp masih baru. Aku lebih selesa guna mesej biasa. Aku mesej, lepas 2 minggu baru dia reply. Sampai bila dia reply tu, aku dah taktau ni wasap yang mana. Scroll2 balik baru paham cerita. Ni memang aku takkan lupa.. Sampai ke harini asek kene bahan hahaha.
Korang nak tau? kenapa dia lambat balas? ahahaha adoi, kelakar plak la. Ada satu hari tu, dia bagi aku pegang telefon dia. Dia ada 3 telefon. Semua tu untuk business tiket bas.
Rupanya 2 daripada semua telefon tu dia pakai telephone NOKIA yang dulu-dulu kalau mesej masuk terlampau banyak, akan ada some text missing tu haaaa dia pakai telefon tu.
Tu pon dah berikat getah. So dia bagi aku telefon, dia suruh aku delete semua mesej yang tak penting, sebab dia memang tak sempat nak buat.
Masa aku dah delete tu tetiba nampak mesej aku yang 3 hari lepas aku mesej dia, baru masuk. Hahahahaha. So aku paham, kenapa dia lambat gila nak reply mesej. Sejenis dia, selagi boleh lenjan, dia lenjan.
Moral of the story, girl please jangan fikir bukan-bukan kalau pakwe lambat reply ya, mungkin diorang pon dalam situasi yang sama hahahah.
Sepanjang kenal kami tak pernah keluar ke mana-mana before Abang Boss confess dekat aku. Kalau keluar pon just dalam kampus sahaja atas urusan kerja.
Cuma lepas aku praktikal tu, aku macam pelik, dia macam ada saja benda yang dia create untuk jumpa aku. padahal benda tu simple saja and tak perlu jumpa pon.
Contoh, sebelum nih kalau nak passkan tiket ke ape ke, dia akan suruh Abu yang hantar dekat aku.
tapi, lepas aku naik semester last ni, beria pulak ajak aku jumpa. kata nak bagi tiket lah, nak kene discuss next schedule lah. Kalau aku persoalkan kenapa kena jumpa, sebelum ni tak payah pon. satu saja ayat dia bagi.
“You boss ke, I boss?
hmmmmm … Ayat veto dah keluar dahhh. Baik Boss. Saya hanya menurut perintah.
Aku ingat lagi, Ada satu hari tu, aku baru lepas sampai ke kampus handle bas dari Utara. ada lah beberapa student yang bayar duit tiket dekat aku. Seratus lebih jugak. So aku mesej Abu, suruh passkan duit tu dekat dia.
Dia sentap wehhhhhh ahahahahahah. lawak betol. Dia sentap sebab aku tak bagi sendiri dekat dia. Malam tu, dia wasap aku.
“Oii, dah takde tangan ke nak bagi sendiri duit nih? kenapa nak suruh Abu pulak yang bagi. Budak-budak tu bayar duit dekat kamu kan? ha, pass lah duit tu sendiri dekat saya. Dengan Abu boleh plak jumpa, kenapa tak direct saja jumpa dengan saya”
Seminggu nokkks dia merajuk. Hahahaha. Aku ingatkan sejenis cakap lepas ni tak reti merajuk. Biarin ajaaa. aku tak pujuk pon. ahahaha no point sebab time tu aku masih dengan Fateh.
Lepas kes tu, dia dinginnnn saja dengan aku. jumpa time keje pon dia palau aku. tak bercakap. Nak memanaskan keadaan, masa keje tu, phone aku letak atas meja. Tetibe ada call masuk [Capital F].
Pastu dia nampak. cepat-cepat aku silent. pastu call masuk lagi, and aku angkat. aku cakap jauh sikit dari meja kami. Elok saja aku settle cakap and datang ke meja, tetibe dia sound aku.
“Memang time keje ni boleh bergayut pon. Lepas ni saya nk masing-masing fokus dengan keje. Kalau ada kesilapan, memang siap !”
Hahahahaha. Jeles la tewwww.
Aku ni sejenis lurus bendul. Aku susah nak bezakan atau sedar yang keadaan tu sebenarnya dia tengah cemburu. Bila dikenang-kenangkan balik, ape ke bingai betul kau ni Scha. Lamberttttt sangat. hahah.
Masa Aku dekat kampus, kalau pergi mana-mana memang dengan classmate pompuan saja. Kalau tak pon memang jalan sorang-sorang. sendu kannn? hahahah.
Sebab tu aku kata, life aku hanya di studio. Dalam kisah aku yang pertama, aku cakap aku tak sempat berpakwe makwe kan? hahaha okay lah, boleh lah anggap yang tu aku tipu sebab bila dah jumpa Abang Boss, eh tetibe jadi sempat pulak akakakaka.
One day, ada classmate aku dia kata nk kluar pergi pasar malam. tapi dia sorang. kebetulan dia nampak aku jalan sengsorang. dia datang kat aku.
“Kau sorang saja ke Scha? nak pergi pasar malam eh? Aku nak join bleh?”
“Ha jom lah “
tetiba masuk mesej. TING !!
“Untung lah jalan sesama gi pasar malam”
Terus aku toleh kiri kanan cari mana dia duduk. Pastu nampak dari jauh, dia dok tersengih-sengih beli apam balik. haihhhhh. Hidup aku dah macam seram pulak diselubungi Abang Boss. Aku taktau lah, dia ni adaaaa saja di mana-mana.
Lepas dia confess, and I said yes. Baru nampak the real side Abang Boss. Dia ni sebenarnya manja, nak perhatian selalu. Kadang, aku macam confuse, dia ni manja ke mengada. Yelah, korang bayangkan, dia merajuk sebab dia rasa dia tak dipergunakan.
Contoh situasi :
Dia ada kereta. that’s why gegirl memang banyak nak melekat kat dia, senang nak ke mana-mana. Sebab kat kampus, kalau kau ada kereta, kau dikira ada advantage laa. Satu hari tu, hmm banyak betul satu hari aku nih. maaf la yeah.
aku nak keluar beli barang dekat mall. so that aku call lah teksi. time tu takde lagi Grab. mahal gak lah cas. sehala rm8 weh. pegi balik dah Rm16. duit tambang lagi mahal dari barang yang aku beli hahhaha.
Pastu dia dapat tahu yang aku keluar. I bukan sejenis yang akan mintak permission yaa nk keluar pergi memana. Selagi takde ikatan, lantak la aku nk keluar pergi memana. hahaha.
Pastu dia wasap.
“Tak boleh ke kalau nak keluar pergi mana-mana tu, just ask me for help? Saya boleh hantar kamu naik kereta. tak payah susah-susah nk cari teksi. kan dah boleh save duit. Apa gunanya ada saya kalau taknak mintak tolong “
Aku memang jenis tak reti nak mintak tolong weh. selagi benda tu aku boleh buat sendiri, buat apa nk susahkan orang. Tapi dia tak. Dia suka kalau aku mintak tolong dia. Dia rasa yang dia ada untuk aku bila aku perlukan apa-apa.
Kan aku ni sejenis pembaris, so kadang-kadang kami banyak bergaduh sebab aku tak alert. hahahahahahah. Ada satu hari, dia tanya aku. (satu hari lagi hahaahah)
‘Dah buat salah tu, tak reti ke nak mintak maaf?”
Aku macam, aku buat salah ape?
‘Yelah, masa keluar beli baju tdi, kenapa takde tolong pilihkan?’
Ahahahahahah. patutlah monconggggg aje masa keluar pergi mall tu. Rupanya dia mengharapkan yang kami happy-happy, pilih baju sesame, gelak-gelak, and masa dia tukar baju, aku tunggu kat luar fitting room nak tengok baju dia tukar tu. adoihhhh.
Tinggi sangat imagination dia nih. So aku explain, semua tu boleh buat lepas kawen saja. sebelum kawen, BIG NO ya. Kerap kali dia yang merajuk dengan aku. Hahahaha.
kadang aku terfikir, aku ke dia yang perempuan.
Dia kerap ajak aku keluar makan pon dia merajuk jugak. Sebab asek diaaaaa saja yang ajak. aku tak pernah ajak dia keluar makan. Adehhh, jadi hal jugak. Sebab tu aku kata aku confuse. Dia ni manja ke mengada hahahah.
Pertengahan 2015, ditakdirkan Abang Boss dapat tawaran untuk join satu program keusahawanan di Sabah selama 3 bulan. Dia berat nak pergi, sebab sedih nak tinggalkan aku. ahahahah gaya cam aku takde mak bapak pulak.
Aku nasihatkan dia untuk pergi sebab ni peluang dia as dia minat untuk jadi businessman. Program tu ada bagi dana RM 15k, peluang takkan datang banyak kali. Dia kata, dia dia boleh pergi. tapi dengan syarat.
“Kita tunang nak?”
masa ni, baru beberapa bulan lepas dia confess dengan aku tu. aku rasa macam terlalu awal untuk semua ni.
“Saya tak nak, lepas saya balik, tibe kamu dah ada lagi pulak orang datang merisik lagi. Cukuplah saya pernah merasa sekali. 3 bulan tu macam-macam boleh jadi”
Hahaha. Sayang bethoool dia dekat aku.
Memang bodoh la aku kalau aku pergi terima orang lain merisik aku, nak pulak aku tahu crush aku sayang aku setengah mati camni hahahaha. (gelak jahat)
Terkejut family dia, bila dia bagitau dia nak tunang before pergi sabah. takde angin takde ribut. Tapi family dia tak bantah pon sebab tau yang Abang Boss susah nk serious dengan perempuan. So bila dia sebut nak bertunang, family dia tahu yang dia betul2 serious.
Family aku mulanya macam membantah, sebab mak aku nak aku sambung degree. kena pulak time tu aku dapat panggilan Interview degree dekat USM. Lagilah macam bantahan makin menjadi jadi.
Abang Boss, masa dia tahu aku dapat Interview tu, muka dia dengan lepat basi, takde beza. Monyok saja hari-hari.
Dia ni kan sejenis yang banyak fikir. takleh nak piker positive pulak tu. hahahah dia risau kang aku jumpa orang lain pulak kat sana. padahal aku interview saja pon.
Lepas aku bincang dengan ayah aku, dia setuju bagi kami bertunang. Ayah yang banyak nasihatkan mak untuk lepaskan aku.
“Dah ada oghang nak anak kita, kalau kita tak bagi satgi, Macam kita ni nak bantah apa Allah tengah atoq kat dia pulak. Kita bukan tau kot umoq 40 taun pulak baru ada oghang nak kat dia.. Lagipon dia nak kawen dengan budak hat dia dok minat dari dulu lagi. biaq pi lah kat dia“
Tudia ayah aku. ni first hero aku. cuma gaya ayat macam anak dia tak laku sangat weh, hentam letak umur 40 tahun baru orang nak.
dan, aku tolak …
Aku tolak tawaran interview untuk ke USM. Ini antara cita-cita aku lepas aku habis study. Abang Boss masa tau aku tolak, dia macam konon buat-buat sebesalah. offer-offer ayam suruh aku pergi.
“Kenapa kamu tolak. Pergilah, kita pon tak tau kamu lulus ke IV tu“
Kalau dah memang sejak azali cakap lepas, memang tak boleh nak dibendung dah. Padahal muka tu dari tadi senyum saja suka sebab aku tolak tawaran tu.
Dan bulan 10 tahun 2015, kami bertunang. Dia nak aku ikut masa hantar dia ke KLIA. Hadehhh, kan best kalau time tu kawen terus. boleh la acah-acah menangis, peluk suami. yelah nak berpisah 3 bulan. hhahahahah gatai nohhhh.
Sebelum-sebelum ni berpisah pon sebab cuti sem saja. Tu pon time takde feeling both side. Salu akuuuuu saja rasa berpisah sorang-sorang. Kalini, rasakannnnnn. Aku dah selalu dah rasa hahaha.
Masa ni, family dia bagi tempoh 3 bulan saja bertunang. Pastu kawen. Masa ni, dia merungut.
“Kenapalah, saya tak simpan duit saya dulu. Banyak duit dihabiskan dekat motor saja. kalau tak, jangan cakap 3 bulan, esok jugak saya pergi gegar rumah Tok Kadi”
But, pertolongan Allah sentiasa bersama orang yang nak membina masjid. Kami berjaya kumpul RM50K hasil jualan tiket selama 3 bulan. Sape yang nak kawen tu, pasanglah niat. sebab Allah akan mudahkan jalan.
Masa kami dah bertunang, aku rasa cuak wehh. Risau jugak aku tengan jalan-jalan dalam kampus tetibe kene baling telur busuk dengan bebudak pompuan crush dia yang lain tu bila tau dia pilih aku yang tak cantik ni jadi tunang dia.
Overthinking kah aku?? Mesti diorang macam.. .
“Abang tu hensem dohhhh, asal tunang dia tak cantik”
ahhhhh kesah plak aku.
Kami Kawen sebulan lepas dia balik dari Sabah.
Korang boleh bayangkan tak? oranganiser tiket bas kawen macam mana? hahahahhaha. Tauke bas sponsor 2 biji bas wehhh untuk wedding kitorang. Pengantin siap naik Alphard lagi.
Riuh kampung aku bas persiaran masuk kampung. Dah la jalan sempit. RELA siap kena tutup jalan lagi takut selisih dengan kereta lain semata nak bagi bas masuk.
Ayah aku punya panggilan bukan kaleng-kaleng. Dia AJK masjid. 3000 tetamu weh datang. Kenduri dalam kampung takkan korang taktau meriahnya macam mana. 2 kampung ayah aku jemput. kang tak jemput, 7 keturunan aku dok bercerita kawen tak jemput.
Ayam golek 20 ekor digolek dengan penuh nikmat. perghhh rasa cam nk kawen sekali lagi pulak. hahaha.
Masa majlis aku tu, dia ada bawak bestfriend dia, datang sekali jadi tukang penasihat ,Aku namakan Famy.Famy cerita dekat aku ,
‘Masa first dia bawak balik kau jumpa mak abah dia, aku nampak kau dalam kereta. Aku macam, seriouslah kawan aku bawak balik pompuan pakai purdah? Kat manalah dia sangkut dengan budak nih. Aku takut dohh nak tegur kau.
Tapi ni bila sembang masa majlis, kau ni memang happening jugak kan? Gila-gila jugak, aku ingat orang pakai purdah ni pemalu’
‘Ouh, sebab tu kalau tak kenal maka tak cinta, macam aku ngan sahabat baik kau nih, dah kenal, baru dia tau sayang kat aku ‘
Hahahaha kami masing-masing gelak.
Malam tu, kami bercerita macam-macam as husband and wife. Pastu aku bagitau dia.
“Abang nak tahu satu rahsia tak?”
“Rahsia ape Sayang”
“Hah? Panggil apa?”
“Kenapa, tak boleh ke panggil sayang?”
“hahahahha, boleh saja. cuma terkejut. Sebelum ni panggil kamu-kamu saja. Macam seronok pulak dengar ada orang panggil sayang nih. hehe”
“Abang ingat tak, dulu abang pernah cakap serabut dekat sorang budak?”
“Hah? bila? kenapa abang nak serabut pulak?”
“Budak tu tanya, Bas nak balik Alor Setar naik yang mana, tetibe abang cakap : “Weh Abu, Kau tolong tengok jap bas mana budak ni naik, SERABUT aku tanya banyak-banyak kali nih”
Aku cakap sambil buat gaya dia cakap haritu. Pastu muka dia tetiba macam terkejut gila.
“Errrr. . Sayang ke budak tuh?”
“Yelah !”
Masa kejadian tu, dia bercakap membelakangi aku. So dia tak nampak pon muka. Main cakap aje.
“Lah yekeeee? ahahahahha. Sombongnya Abang time tuh. Kalau Abang tau, abang tengah bercakap dengan jodoh Abang, nak saja abang tengok muka tak berkelip-kelip. ”
Ahhh podah. Nang butinang kui butikoi.
Kalau dulu. Semua ni hanya angan-angan aku, siapa tahu yang sekarang, setiap pagi aku bangun tidur sebelah Abang Boss.
Sampai sekarang kalau tido, aku curi-curi pandang muka dia tengah tidur. Orang nilah yang aku gilakan sangat 11 tahun dulu. Hah, sekarang, kau tataplah muka dia sampai syurga. Hahaha.
Malam tu banyak dihabiskan dengan cerita kami. hahahahhaah. Masing-masing nak cerita excited betol. Orang lain sibuk bergelut basuh periuk kat luar. Ehemmm. bagi chance la raja sehari buat hal sendiri.
Good night Husband Boss. Bobok jom.
Love ,
Madam Boss (Title dah tukar)
– Scha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit