Nama aku Amy, dah berkahwin dan insyaaAllah 2 minggu lagi akan timang cahaya mata sulung.
Aku asalnya daripada 8 adik beradik, aku anak bongsu dan ada 5 abang 2 kakak. Meriah rumah aku kalau semua balik sebab semua dah berkahwin. Semua dan beranak pinak. Anak 2-5 orang.
Aku tak ada masalah dengan akak-akak dan abang-abang ipar aku. Semua bagi aku baik-baik belaka.
Kadang kala aku perasan akak-akak ipar aku berebut berbuat kebaikkan bagi macam-macam pada family aku, terutama nya ibu dan Abi, dan aku sangat bersyukur mereka melayan ibu Abi seperti ibu bapa sendiri.
Nak dijadikan cerita, rumah ibu Abi naik air banjir awal tahun 2022 dan barang rumah rosak teruk.
Kereta Abi total lost. Mesin basuh, tv, rice cooker dan semua barang rosak dan ada yang hanyut dibawa arus deras banjir. Disebabkan rumah ibu Abi dekat dengan sungai, kebanyakkan barang memang tak dapat diselamatkan.
Ibu Abi stay dengan Abang Lang aku selepas kejadian banjir tu sebab Abang Lang paling dekat rumah nya tapi tak terkesan dengan banjir.
Alhamdulillah keluarga Abang Lang sangat menjaga Ibu Abi. Jaga makan pakaian semua. Kami adik beradik pun ambil cuti tolong kemas rumah ibu Abi supaya dapatlah ibu Abi kembali ke rumah kesayangan.
Masalah muncul bila akak-akak ipar aku masing-masing berebut membelikan barang rumah. Gaji mereka pun besar-besar. Pada aku awalnya memang bagus betul. Tapi tiba-tiba ada suara belakang takbir yang kita tak tahu.
Ada dalam kalangan akak-akak ipar aku yang mengatakan kami adik beradik lain tidak tolong ibu Abi kami sendiri walaupun ibu Abi ada menyatakan hasrat memerlukan barang rumah yang belum lengkap.
Pada awal nya aku tak terasa tapi bila kak mia (bukan nama sebenar) direct msg aku. Pedas juga ayat dia. Aku jadi tak sedap duduk. Aku tak pernah ada masalah dengan mereka jadi ini adalah kali pertama.
Aku termenung kejap. Aku cerita pada suami. Suami pun geleng-geleng kepala. Kepelikkan dengan gelagat mereka. Tak tahu pula selama ini mereka memerhati kan gerak geri kami adik beradik.
Kami adik beradik bukan tak mahu tolong. Sejujurnya aku dah bagi duit pada ibu Abi lebih kurang 5 ribu untuk ibu Abi berbelanja beli barang disebabkan aku tengah sarat 8 bulan (pada ketika itu perut dah besar sungguh) dan suami tiada di sisi kerja luar negeri.
Duit tu juga aku bagi untuk beli kereta second hand kalau ibu Abi mahu kan. Aku juga percaya adik beradik aku yang lain telah membantu mana yang mampu.
Duit yang aku ada sekarang pun cukup-cukup untuk kos melahirkan baby. Ibu Abi pun ok tak ada pula kata apa-apa atau terasa apa-apa. Bagi aku akak-akak ipar aku overthinking berlebihan.
Aku tahu adik beradik aku yang lain membantu tapi tak terlihat. Ibu Abi beli sendiri apa yang mereka mahu hasil duit kami berikan.
Lain cara dengan akak-akak ipar kami yang sejenis hantar barang baru ke rumah, ambil gambar tayang-tayang.
Aku tak kisah pada awalnya tapi bila ini terjadi aku mempersoalkan perlu ke menunjuk untuk membantu? Kalau kami tak beli barang memang kami tak membantu ke?
Aku stress sedikit sebab bagi aku mereka ni talam dua muka. Depan-depan sahaja baik belaka. Belakang-belakang kutuk kami adik beradik yang tak mampu.
Nasihat aku untuk pembaca, tolonglah jangan bersangka buruk dan judge ipar duai kita. Hiduplah dalam keadaan harmoni. Kita sekeluarga, bukan jiran-jiran.
Itu sahaja pesanan saya. Terima kasih.
– Amy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit