Hai semua. Banyak kali baca tentang confession crush zaman sekolah, aku pun ter trigger pulak nak cerita pasal aku jugak. Lagi-lagi sekarang tengah musim SPM, lagilah segar kenangan tu dalam ingatan.
Aku Tanjung, umur 30an dan of course masih single. Kalau dah kahwin cerita pasal crush ni memang tempah kecam saja lah. Benda dah lama jadi tapi eh taklah lama sangat pun sebenarnya,haha. Sebenarnya sedang terjadi pun dan aku dalam fasa membaiki keadaan.
Dulu aku sekolah asrama, sekolah campur, sekolah biasa. Tapi aku jenis yang pemalu, tak bercakap dengan lelaki walaupun sekelas, haraaaaamm, haha.
Bukan sebab haram tu, sebab aku memang pemalu. Kalau terserempak mana-mana pelajar lelaki waktu aku jalan sorang-sorang rasa macam nak sorok kepala dalam tanah macam burung kasawari tu hah. Tak taulah kenapa jadi gitu. Tapi aku gila-gila dengan kawan-kawan perempuan.
Gila-gila tapi bukan bising sangat, tu pun dengan certain orang saja. Kiranya walaupun aku ni pemalu, aku seorang yang happy go lucky, senang masuk dengan semua orang. Orang tak kenal aku kata aku ni serius dan sombong especially budak-budak lelaki lah,ada aku kesah?!.
Sampai sekarang aku masih malu kalau terjumpa kawan-kawan sekolah yang lelaki, kalau yang perempuan pulak kalau tak biasa aku tak pandai borak. Tapi kalau jumpa geng, boleh kiamat dunia!
Aku ni biasa-biasa saja kat sekolah, tak menyerlah apa pun, kaki bangku. Main semua tak tau. Belajar pun biasa-biasa saja tak lah pandai sangat tapi taklah bodoh juga. Aku masuk kelas paling pandai kat sekolah tu dan akulah yang paling corot dalam kelas pandai tu,tension betul, haha.
Dalam aku rope ini pun rupanya ada yang crush jugak kat aku. Oh lupa nak bagitau, aku ada jawatan lah kat sekolah, tu saja yang aku boleh up diri sikit kot. Yang lain-lain hadoo. Mungkin sebab tulah ada orang nampak kewujudan aku kat sekolah.
Nak jadi cerita, form 5 aku ada crush yang berani nak approach tapi tak berani reveal nama. Main teka teki gitulah. Pagi-pagi aku dapat nota atas meja.
Nota tu dia conteng dalam buku jurnal aku. Bagus jugak trick tu, jadi kawan-kawan sekelas aku tak perasan langsung aku dapat nota dari peminat.
Aku ni kalau kena gossip memang jatuh lah saham baik aku. Aku ni dikenali sebagai seorang gossipless dan aku maintain status tu sampai habis sekolah. Kawan baik aku pun tak tau cerita ni sampai sekarang. Aku cukup malu kalau ada yang tau aku ada peminat.
Aku minat orang pun tak seorang kawan aku tau jugak. Malu nya lahai kalau orang tau jugak siapa yang aku minat, jadi semuanya pendam-pendam sajalah.
Dua tiga hari jugaklah aku dapat nota tu. Takde apa pun yang dia tulis, saja tulis takde hala tuju. Tak jugak nak berkenalan ke apa, cuma nak bagitau kat aku kot, yang privacy aku dah diceroboh. Lama-lama aku sakit hati, dahlah takde nama, tak de isi jugak nota tu tapi aku tak balas mula-mula tu.
Aku ni boleh tahan talent detektif conannya. Aku tak tau macam mana dapat hint dari classmate aku, aku pun siasat kelas mamat tu dan bingo, sama pulak tulisan tangannya. So diam-diam aku dah tau siapalah malaun yang kacau aku ni. Tapi aku tak confirmkan pun, malu kot kalau dia tau aku dah tau.
Nota ke tiga tu baru aku balas , aku tanya siapalah yang menyibuk tulis-tulis dalam jurnal aku ni, nak apa? Lebih kurang cam tulah, ringkas saja aku tulis tu sampai cikgu pun masuk campur tulis sekali kat situ tapi tak ingat pulak cikgu tulis apa.
Kali ni dia balas balik dia kata, jurnal aku tak menarik, bahasa lintang pukang dan dia offer diri nak tolong ajar bahasa kat aku, poyo kan. Aku geram, aku bawak balik asrama jurnal aku tu. Masa ni aku dah mula ada rasa suka kat dia.
Yelah kan, kita dah tau dia siapa, cuma dia yang tak tau kita dah tau. Aku namakan dia Said lah ye. Said ni kalau tengok luaran pemalu juga, tapi terkenal sebab dia atlet selalu champion kalau sukan tu.
Tapi sebab aku ni tak berapa minat sukan, aku taklah mengikuti perkembangan dia. Said pun ada jawatan kat sekolah sama macam aku.
Bezanya dia dahlah terkenal, ramai pulak peminatnya. Jadi bila aku tau dia ada peminat juga, aku rasa malas dah nak lebih-lebih angau kat dia. Lagipun bila terserempak takde pulak dia tunjuk macam minat ke apa, dia buat muka poyo, donno saja sampai aku pun confuse, betul ke Said orangnya.
Asbab aku bawak balik jurnal tu ke asrama, Said marah. Esoknya aku dapat satu nota panjang luahan kekecewaan dia. Dia kata dia nak tolong aku tapi aku tak appreciate pulak jadi itulah nota terakhir yang aku dapat dan dia tak kan kacau aku lagi.
Tetiba aku rasa frust dan sedih, lepas ni aku dah tak dapat nota daripada Said, huhu. Hati dah mula bunga-bunga tapi terpaksa layu di tasik madu lah nampaknya. Padan pun muka, jual mahal sangat, sendiri yang rugi, eh rugi ke ek? Haha. Nota tu aku simpan , lama dalam simpanan aku sampai reput.
Sepanjang sesi persekolahan tu adalah terserempak dengan Said sekali dua saja dan bila terserempak tu dia buat tak pandang, aku seorang jelah jelling-jeling malu gitu. Jadi kekeliruan aku tu terus berpanjangan hinggalah tiba satu ketika.
Fast forward cerita zaman sekolah pun terkubur, masing-masing buat hal sendiri dan lupalah antara satu sama lain. Tapi sebenarnya aku tak pernah lupakan Said pun. Kadang-kadang bila aku belek-belek terjumpa nota tu aku teringatlah kat dia.
Tapi dia tentulah tak kot. Itu anggapan aku sampailah tahun lepas. Dalam bulan Julai macam tu aku dapat mesej daripada seseorang.
Daripada gambar profile tu aku kenallah. Dia tak banyak berubah pun.
Tak sangka Said masih ingat dan contact aku pulak. Tak taulah dari mana dia dapat nombor aku. Aku pulak tak letak gambar, aku letak nama aku saja.
Perasaan aku? Suka sangat. Yelah, aku dah jadi crush dia sejak zaman sekolah yang dia tak tau. Dalam banyak-banyak peminat aku, (haha..nak kabo aku ada peminat lain juga) Said yang paling aku suka.
Buktinya nota tu aku simpan sampai aku tahun tiga di universiti tapi surat-surat peminat lain aku koyak dan buang masa dapat tu jugak.
Tapi diorang tak taulah. Kesian kot kalau diorang tau. Cuma diorang tau aku tak berminat saja lah sebab aku tak balas apa-apa. Berbalik pada Said, aku tau Said sekarang dah berkeluarga.
Jadi, perbualan tu sangat biasa dan pendek-pendek saja. Aku cuba tak tunjuk lah perasaan aku pada dia macam mana sebab malulah kalau dia tau selama ni aku sukakan dia.Tapi lama-lama Said semakin berani.
Mula mengimbau kenangan waktu sekolah, waktu dia mula-mula sukakan aku dan sebagainya. Dia puji-puji aku dulu dan sekarang. Tapi aku tak balas apa-apa. Aku baca saja. Malu kot nak respon lebih-lebih.
Aku masih ingat lagi status kami berdua, aku single, dia dah berkeluarga. Tak terniat langsung kalau nak jadi penyondol, naauzubillah.
Walaupun macam tu dia tak kerap pun mesej aku tapi bila dia mesej dia mesti mengimbau peristiwa zaman sekolah dan akhirnya dia memang betul-betul confess tentang nota tu. Jadi baru nilah aku yakin memang betullah dia.
Lepas 20 tahun tinggalkan sekolah baru aku confirm memang betullah Said ni crush kat aku. Aku tak terkejutlah sebab aku kan dah siasat siap-siap. Semua perkembangan aku dalam tempoh 20 tahun ni Said tau. Sampai aku putus tunang 2 kali pun dia tau.
Malu aku. Bila bersembang tu rasa bahagia sangat. Yelah kan, orang yang kau suka, ajak kau bersembang pulak yang kau dah lama pendam.
Lama-lama Said macam bagi harapan kat aku. Aku jadi confuse, Said ni masih sukakan aku ke dan waktu yang sama macam mana dengan keluarga dia. Satu hari aku mesej panjang-panjang kat dia. Tanya tentang hala tuju perhubungan ni. Tapi aku tak tanya directlah.
Aku masih malu kot. Aku tanya kenapa dia contact aku balik, kenapa semua perkembangan aku dia tau padahal dia bukan suka aku pun lagi, aku bukan cinta pertama dia pun sampai nak dijejaki kembali. Said trigger kot dengan mesej aku tu.
Sebelum tu aku nak bagitau, kitorang tak pernah jumpa, call pun tak pernah. Dan setiap mesej tu bukan aku yang mulakan. Aku hanya tunggu mesej daripada Said saja.
Pernah Said try call aku tapi aku tak angkat sebab takut campur malu. Aku memang tak pernah bercakap dengan lelaki tanpa tujuan , kalau kerja tu biasalah.
Dalam mesej balasan Said, Said bagitau aku janganlah dikenang perkara yang lepas, dia cuma anggap aku kawan yang baik dan dia contact aku balik hanya untuk berkongsi cerita zaman sekolah. Dia sayang keluarga dia dan dia tak nak luka kan hati orang-orang yang dia sayang.
Selfish kan.. Aku rasa malu sangat dengan jawapan Said. Nampak benarlah aku yang perasan terlebih. Said takde apa-apa pun terhadap aku.
Tapi cara Said dah buatkan hati perempuan aku terusik. Dia yang contact aku dulu, dia yang selalu mengimbau cerita-cerita manis antara kitorang dan akhirnya dia jugak yang kata jangan nak perasan lebih-lebih.
Aku cuma balas terima kasih saja pada dia sebab sudi ingat aku balik dan sudi offer friendship kat aku. Ada juga aku bagitau dia, bila mesej tu janganlah lebih-lebih sangat sebab perempuan ni sangat sensitif dengan perasaan.
Sebenarnya aku expect dia akan jawab, dia masih sukakan aku tetapi sebab status dia sekarang dia tak boleh dah nak suka aku macam dulu. Ha.. kalau dia tulis macam tu aku takkan rasa sakit hati dan sedih sangat kan. Hmmm, lelaki semuanya sama! Tiber, haha.
Tak lama lepas tu Said kata ‘bersambung’ dan putuskan conversation. Daripada susunan ayat tu nampak macam dia marah. Hairan aku, kenapa nak marah pulak? Dia mungkin tak expect aku akan rasa macam tu.
Dia mungkin nak seronok-seronok saja mengisi masa lapang dan test market, hangguk betul lah. Alahai perempuan pun, mudah sangat perasannya.
Lepas Said ghosting aku tu untuk beberapa minggu, aku terus delete nombor dia. Aku sedih jugak. Aku rasa bodoh sangat. Kenapalah aku boleh rasa macam ni. Kalau Said masih sukakan aku sejak dulu, mesti dia dah cari aku pun. Tak perlu tunggu 20 tahun. Tapi dah memang takde jodoh kan.
Kalau aku terkahwin pun dengan dia tak tentu aku bahagia macam sekarang pun. Macam-macam cara aku buat untuk lupakan dia.
Perbuatan aku seolah-olah boleh buang dia dari dari hidup aku tapi otak aku ni dah biol, asyiklah teringatkan dia. Walaupun aku dah delete nombor dia, tapi aku masih berharap satu hari nanti dia contact aku balik, apalah kau ni Tanjung oi.. laki orang tu!
Malangnya, pada musim banjir hari tu Said tiba-tiba mesej aku lagi bertanya khabar. Dia kata dia teringatkan aku dan dia minta cepat-cepat delete mesej dia. Dia cuma nak tau aku ok atau tidak. Kali ni aku sangat bersedia. Aku tak merapu langsung, aku jawab serius saja. Dia pun sama.
Aku betul-betul jaga hati dan fikiran aku. Dan kali terakhir dia mesej lagi bertanya khabar sebelum cuti Tahun Baru Cina tempoh hari. Kali ni nampak dia betul-betul nak end our conversation.
Aku yakin lepas ni aku dah takkan dapat lagi mesej dia. Said dah buang aku daripada ingatan dia. Tapi tu lah, susah betul nak menidakkan perasaan aku ni.
Entahlah, struggle sungguh nak lupakan dia. Sampai sekarang aku masih cuba berpijak di bumi yang nyata. Selalu aku katakan pada diri, Said tak pernah sukakan aku lagi. Aku kena sedar diri. Jangan berharap pada yang tak sudi.
Pantun pinggan tak retak nasi tak dingin tu selalu aku ulang-ulang supaya aku ada maruah untuk dipertahankan. Tapi tula otak aku masih susah nak control. Ingatan ni payah betul nak buang.
Kalaulah Said tau aku masih teringatkan dia lagi sebulan dua ni, manalah aku nak tanam diri aku ni supaya dia tak boleh nampak, haha.
Wahai jodoh, kenapa liat sangat nak singgah? Kalau aku dah kawin aku yakin aku boleh lupakan dia sepenuh hati. Kalau korang ada cara atau doa nak lupakan orang tolong komen eh..
aku tak suka perasaan ni, aku rasa malu, hina nya lah suka suami orang. Mudah-mudahan aku berjaya lalui ujian ini. Lupakan Said sepenuhnya dan janganlah dia muncul-muncul lagi sampai bila-bila. Doakan aku kuat ye.
– Tanjung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit