Waktu umur aku 11 Tahun (Tahun 2003) Aku dari sabah berpindah ke sebuah sekolah rendah di melaka.
Sebelum ni aku cuma dihantar ke sekolah perempuan, jadi bila pindah untuk tinggal bersama ibuku, ini lah pengalaman pertamaku masuk sekolah bercampur dengan lelaki..
Pada awalnya aku excited, curious sangat apa itu ‘kapel’, brapa hari berbalas surat akhirnya satu pagi aku dapat kapel pertama..
Ye aku tak faham apa tu kapel.. Pagi aku kapel dekat waktu balik skolah aku minta break just because aku curious nak break-up..
Aku ni membesar dengan nenek, my parents were absent during my childhood.. so mak aku cuba nak tebus balik waktu umur aku dah 11 tahun dia ajak aku tinggal bersama ayah tiriku, adik tiriku 2 orang.
Sampai lah beberapa bulan kemudian, ada seorang guru sementara @ cikgu ganti aku gelarkan saja Cikgu B. Dia berbangsa cina dan umurnya dalam 20an waktu itu.
Kira Lengzhai jugak lah cikgu B tu.. mula2 dia just rapat dengan aku dengan kawan perempuan aku yang ku gelar F.
Mulanya Cikgu B ni rapat dengan aku sebab nak pancing kawan aku ni si F. Dia kata dia jatuh cinta dengan kawan aku si F, dan mintak aku tolong ajak jalan2 diluar waktu sekolah.
Jadi pertama kali kitorang outing masa birthday aku bulan Mei.. Mak aku benarkan sebab yang ajak tu cikgu so takda prasangka apa-apa lah.. F pula alasan ke rumah aku untuk birthday aku. Mak dia izinkan..
Sebelum Party birthday aku Waktu petang, Pagi sampai tengah hari aku, kawan ku si F, Cikgu B keluar jalan2 p makan, main go kart, jalan-jalan.
Lepas beberapa kali keluar si F ni suka budak lelaki kelas lain, so dia memang dah kata awal2 dia tak minat kat cikgu B. Kemudian Cikgu B pancing aku pulak..
Cikgu B ajak aku jadi girlfriend dia. Dia kata tukang tilik dia bagitau kalau nak hubungan yang kekal kena ada beza umur 10tahun keatas baru boleh kekal.. So aku dan cikgu B seingat aku 12tahun beza umur. Aku pun setuju.
Cikgu B selalu singgah rumah aku sembang dengan mak aku, hampir tiap minggu bawak aku keluar makan.
Lepas 2-3 kali keluar jalan pertama cikgu ni dah mula pegang tangan aku, aku excited sebab aku ni membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.
Mak bapak aku bercerai since aku toddler dan bapak aku tak pernah muncul dalam hidup aku lagi masa tu..
Mak aku pertama kali nak tebus for not being there for me is that time, tapi aku still nak attention, kasih sayang tanpa berbagi perhatian dengan sesiapa pun..
Kira aku dengan cikgu B ni agak lama jugak lebih setahun kami bersama. Antara perbuatan yang pertama kali aku buat dan selalu aku lakukan bila bersama cikgu B memang agak menjijikkan.
Antaranya Frenchk*ss, Dia peluk dan raba setiap tubuh. The only part dia tak pernah sentuh ialah dalam seluar aku dan tak pernah smpai tahap tu.
Yelah dia masa tu juga sedang belajar dan praktikal dalam bidang guaman. Dia cuma jadi guru ganti kat sekolah rendah tempat aku hanya untuk beberapa bulan saja.
Mak aku tak pernah curiga tak pernah tahu perbuatan terkutuk aku bila tiap kali keluar dengan cikgu B.
Cikgu B kata dengan mak aku dia suka budak2 sebab dia ada 1 orang adik perempuan umur cuma muda sedikit dari aku, dan dia membesar agak lama sebagai anak tunggal.
So bila ada adik katanya dia mula sukakan budak. He looks sincere, dia berani jumpa keluarga aku, so it’s far from suspicion.
It all stop bila aku pindah balik ke sabah sewaktu tahun 2004, aku tahun 6 dan masa tu agak hampir dengan UPSR dah tapi ibu aku ni tak tahan nak handle perangai aku sebab aku dah 2 kali nak lari dar rumah.
(Kalau ada masa untuk ceritakan dalam penulisan lain aku akan ceritakan kisah aku kerap cuba lari dari rumah tu)
So bila aku dah dewasa, sekarang aku ada anak 2 orang. Anak sulung lelaki, anak bongsu perempuan.
Aku sangat takut dan agak sukar mempercayai sesiapa pun, aku takut anak perempuan aku akan jadi mangsa, lagi lagi dah banyak kes ngeri pedophile zaman sekarang, so lagi banyak perkara negatif dalam kepala aku yang aku tak boleh nak lupakan.
Aku pendam lama rahsia ni. even ibu aku tak tau psl hal sebenar ni sampai sekarang. Takda siapa tahu. Aku pendam which is making it even harder for me to move on.
Aku tak nak ingat perkara jijik tu tapi aku ada anak perempuan umur dah 8 tahun, makin nak dekat akil baligh aku makin risau pasal keselamatan anak aku.
Even bas sekolah aku taknak bagi anak aku naik, aku rela hantar ulang alik naik grab sebab aku takda lesen memandu, takda kereta.
Yes aku sanggup ulang alik dengan grab sejak anak aku tadika sampai sekolah rendah. Tapi since lately kelas online balik laa. Aku lega bila dia depan aku, tapi aku risau bila anak aku tak di depan aku.
Since taska aku selalu akan cek dan tanya anak aku kalau dalam seluar dia sakit ke, ada orang usik ke.
Aku tekan kan berkali kali pada anak perempuan aku tu sejak 4 tahun sampai sekarang umur 8 tahun, aku ingatkan jangan bagi orang pegang badan, jangan bagi orang nampak kemaluan.
Aku ajar anak aku buah dada dan kemaluan depan belakag itu sebagai “shame-shame”. Aku panggil bahagian tersebut sebagai shame-shame kira code words cara aku sebut pada anak aku.
Sebab aku tak boleh nak sebut prrkataan lain aku rasa sangat jijik untuk sebut, dan makin buat aku risau tahap melampau. So aku ringankan sebutan kepada code word ‘shame-shame’
Aku mangsa so aku tahu perkara ini ialah benar, dan menakutkan. Orang lain tak tahu so maybe this is never crossed their mind or maybe during my time this was almost sounds mustahil.
Kurang pendedahan punca aku tak tahu aku mangsa sexual grooming. Aku cuma ingat kalau kemaluan dirogol barulah dikira salah.
Only when i was an adult aku tahu it’s sexual grooming and aku tak bole move on. Aku takut orang lain jadi mangsa, lebih menakutkan kalau anak aku jadi mangsa aku nak semua orang tahu this thing is real and kena ambik tahu agar tak jadi mangsa macam aku.
Memang impak sangat mendalam walaupun takda unsur dera sakit secara fizikal, tapi otak dan perasaan aku sangat terganggu dan sampai sekarang tak boleh move on.
Those negative thoughts keep on coming and getting worst. Aku tak nak anak aku or siapa-siapa lagi jadi mangsa.
Si pelaku sexual grooming itu kadang tak disangka kerana mereka ialah orang yang bijak, berkerjaya, ada masa depan cerah, berpendidikan tinggi.
Pada ibu bapa penjaga sila ambil tahu dan kenal betul betul siapa yang rapat dengan anak anda walaupun cikgu atau keluarga sekalipun.. Sampai kita tahu apa yang dilakukan, sikap dan latar belakang mereka, sila waspada.
Those unexpected always happen when we put our guard down.
Pada remaja jangan percaya mudah percaya kata manis. Lebih berhati hati bila orang tersebut jauh lebih tua dari kita, ye lah mana logik budak sekolah tetiba cikgu nak ajak kapel..
Aku dulu tak sedar semua tu. Bila aku dah dewasa aku baru sedar aku mangsa dan telah dipermainkan oleh cikgu B.
Aku tak tahu nak buat apa, dan macamana nak move on. Sangat mengganggu fikiran dan emosi aku sehingga ke hari ini.
Mohon jika ada pendapat atau cadangan what i should do, so i can move on with a little bit ease to live my life at least.
Sekarang aku takut semua perkara dan overprotecting anak perempuan aku. Aku masih tak yakin dengan dunia luar untuk anak aku.
– BudakSabahSKAK03-04 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit