Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya seorang ibu kepada 5 orang anak, jarak usia mereka lebih dari 4 tahun setiap seorang,
Saya dan suami berkerja biasa sahaja dan tiada masalah untuk menyara anak – anak, apa yang anak mahu, jika tidak melebih lebih, saya akan turutkan, biasanya anak nak makan yang viral, nak bercuti, dan pakaian..
Tapi kalau gadjet baru anak tak pernah minta kerana saya dah tanamkan dalam kepala anak – anak, yang ibu dengan ayah bukan banyak duit dan tiada keperluan untuk beli handphone baharu.
Tiap kali sambutan hari jadi mereka, saya akan sambut dengan membeli kek pilihan mereka dan hadiah seperti kasut jalan, jam tangan, dll.
Kiranya kami suami isteri bukanlah jenis mengabaikan anak,
Anak – anak boleh diharap dan rajin membantu kerja – kerja dirumah apabila disuruh. Biasalah, sikit – sikit ada juga datang malasnya, tapi bila diminta buat, mereka tetap buat walaupun paksa rela.
Buat pengetahuan semua, rumah saya tiada siaran tv kerana kami memang jarang tengok tv, tetapi saya belikan anak permainan game jenis zaman dulu yang ada super mario dan tetris,
Tujuannya supaya anak tidak terlalu boring bila berada di rumah. Anak – anak lebih mengadap telefon berbanding tv,
Apa yang saya ingin luahkan di sini berkaitan dengan anak perempuan sulung saya, berumur 13 tahun pada tahun ini,
Sama seperti ibu – ibu lain, saya beri kebenaran untuk mempunyai telefon bimbit sendiri yang asalnya digunakan untuk PDPR sahaja.
Cumanya, saya tidak benarkan anak mempunyai akaun sosial seperti Fb, Ig, tik tok jauh sekali,
Youtube saya limitkan masa kerana saya fikir anak saya akan mudah terpengaruh dan saya risau dia akan menggunakan akaun sosial tersebut untuk mencari cerita – cerita yang tidak elok, lucah terutamanya.
Awal tahun lepas, dia berwasap dengan seorang budak lelaki yang dia kenal dalam group wasap ‘borak – borak’,
Mulanya hanya ingin berkenalan, tetapi tidak sampai seminggu dah bercouple, bersayang, berbaby, gurau – gurau ingin ikut mandi bersama, saya sejenis paranoid,
Seminggu sekali saya akan periksa telefon anak – anak untuk tahu apa yang mereka borakkan dengan kawan – kawannya.
Jika tiada adab dalam berborak, saya akan tegur elok – elok. Jika menjurus kepada bercinta – cinta, saya akan tegur kerana belum masanya lagi untuk mereka bercinta, fokus kepada pelajaran sahaja nasihat saya.
Tetapi yang sulung saya ini kelihatan inginkan perhatian dari lelaki – lelaki. Dia melayan semua wasap – wasap yang ingin berkenalan dengannya, sampai lah terkantoi dengan saya.
Kali pertama dia minta maaf bersungguh sungguh dan berjanji tidak akan ulangi.
Saya pegang telefon dia sehingga lah PDPR bermula semula, saya pulangkan kembali telefon, tidak lama kemudian, kejadian yang sama berulang.
Saya betul – betul marah sehingga naik tangan, hanger 2 batang jenis tebal patah saya kerjakan dia.
Suami tidak masuk masuk campur kalau saya sedang marah, cuma suami pesan kepadanya, ini adalah last warning, lepas ini ayah akan halau keluar rumah (sekadar ugut mulanya).
Dan sama seperti yang pertama dulu, dia minta maaf bersungguh sungguh,
Kali ke 3 dia ulang semula perbuatan dia semalam, seolah – olah tiada penyesalan. Itu pun terkantoi dengan saya, dan apa yang ayahnya ugut memang ayahnya buat,
Ayahnya halau dia keluar rumah berserta pakaian dan duit, memang betul – betul marah kerana si sulung betul – betul buat dia kecewa setelah beberapa kali berjanji dan minta maaf.
Tetapi hati seorang ayah, jam 2 pagi dia pergi jenguk anaknya diluar, dan suruh masuk ke rumah. (anak tidak berani keluar jauh, dia berbaring di porch kereta sahaja).
Kami sebagai ibu ayah, kami terlalu risau jika dia terlalu percaya kepada lelaki – lelaki dalam wasap tersebut sehingga boleh menjatuhkan maruah nya.
Apa yang perlu kami lakukan supaya dia boleh menjaga maruahnya dengan baik?
Solat dia memang kami pantau, sentiasa kami ingatkan. Cuma mengaji, khatam sahaja Quran semasa darjah 6, dia mula tidak mengaji dan silap kami juga tidak terlalu menekan bab mengaji.
Adakala saya desak, baru lah dia akan mengaji. Kadang – kadang kami terfikir ingin bawa dia kepada orang yang pandai berubat, untuk lembutkan hati dia.
Saya mohon nasihat dari ibu bapa diluar. Dimana kekurangan yang perlu kami perbaiki untuk mendidik anak – anak yang kian membesar, dan banyak cabaran dalam dunia sekarang.
Adakah kami ini ibu bapa yang terlalu mengongkong?
TERIMA KASIH.
– Ibu risau. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit