Percayalah Pada Istikarah

Assalamualaikum semua. Nama aku Bunga berumur awal 20-an masih belum berkahwin. Tapi aku mohon doakan aku berjumpa jodoh dan berkahwin pada tahun ini yer, Siapa tahu ada dikalangan pembaca yang makbul doanya.

Baik harini aku nak bercerita tentang jawapan kepada istikarah aku.

Pada hujung tahun lalu aku telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui dating apps. Perkenalan kami biasa-biasa sahaja dan dia katanya dia merupakan off-shore.

Tetapi aku terlebih dahulu mengambil keputusan untuk tidak percaya memandang kami berkenalan melalui maya sahaja.

Genap dua minggu perkenalan kami mengambil keputusan untuk bertukar number telefon dan teruskan berhubung di whatsapp. Dan dia memberanikan diri untuk menelefon aku,

Tapi yang aku hairan baru dua minggu perkenalan sudah memaksa aku memanggilnya dengan gelaran abang. Lantas tidak aku pedulikan,

Bahkan menambah lagi keraguan memandangkan katanya kerja off-shore tapi tidak busy langsung!

Dan semenjak dari itu aku melakukan solat sunat istikarah beserta solat hajat dan tahajud mohon Allah tunjukkan kepada aku apakah dia ini benar terbaik untuk dibuat jodoh ataukah sebaliknya.

Non-stop yer kawan-kawan doa sungguh mohon pertolongan dari Allah. Dan jawapannya bukan dapat on the spot tapi seminggu selepas itu baru Allah tunjukkan satu persatu sebab mengapa dia tidak layak dijadikan pasangan hidup.

1. Penipuan tentang kerjaya. Aku tak kisah dia kerja apa sekalipun tapi yang penting kejujuran. Kalau dah kerja production di kilang kenapa perlu mengatakan dirinya seorang engineer off-shore?

Aku sudah terpempan dahlah diberitahu kerja sebenar tahu-tahu pula dah diberi notis untuk dibuang kerja gara-gara anti******** korang sambunglah sendiri.

2. Mulut suka mencarut. Marah sikit s**l, b*b* itu perkara biasa. Aku pula jenis seorang yang lembut dan cuba menjaga tutur kata sebaiknya. Kerana bagi aku sekiranya perempuan itu baik pastinya bermula dari kata-kata yang baik.

3. Racist. Dia adalah seorang yang membenci kaum dari pantai timur. Tapi duk berkawan dengan aku yang berasal dari Terengganu ini boleh pulak?

Dan suatu hari ada la aku duk bersembang dengan dia kata kalau lepas bersalin nanti aku nak balik berpantang di kampung rumah tok ki aku, Dan serta merta dia marah aku katanya aku ni jenis berpuak sebab itulah dia tak suka orang dari pantai timur.

Dia tak izinkan wei balik berpantang rumah sendiri katanya bila dah kawin dah jadi hak suami, Jadi kena ikut dia. Dia nak suruh mak dia jaga. Dekat sini memang dah nampak dia hanya nak aku bukan keluarga aku!

4. Suka demand. Suka perempuan putih taknak gemuk apa semua tu. Dia suruh aku kuruskan badan dulu sikit baru dia akan perkenalkan kepada keluarga dia. Masalahnya aku bukan gemuk pun biasa sahaja orang kata sedap mata memandang.

5. Cakap besar padahal apa pun tak ada. Cakap ada rumah tu la, Cakap ada harta ni, Kereta ada dua Civic satu Axia satu, Sekali tang Axia jer betul tu pun mak yang bayarkan!

Tanggungjawab? Entah kemana pernah aku tanya bagi berapa sebulan kat mak ayah? Tak pernah bagi satu sen pun katanya gaji dia ciput!

6. Tak bertanggungjawab. Tinggal rumah mak ayah, Kereta mak ayah bayar, Makan mak ayah tanggung, Dan pernah dia kata kalau dapat isteri kerja gomen mesti senang hidup dia.

Suruh isteri buat loan then masuk pelaburan? Sekarang ni memang tipikal lelaki tak kerja nak cari perempuan bekerjaya untuk sara hidup dia? Sungguh menjatuhkan kaum kerabat orang lelaki!

7. Suka meminta duit dari perempuan. Aku tak pernah bagi walau satu sen pun. Bagi aku seorang lelaki jangan sewenangnya suka meminta duit dari perempuan, Nampak sangat pemalas,

Kecuali kalau suami kita kena tolong itupun kalau kita nampak suami sangat struggle dan berusaha cari rezeki bukannya hidup senang lenang nak bela biawak hidup. Tak perlu! Baik bagi duit kat mak ayah lagi bagus, Hidup pun berkat.

Jadi semua petunjuk itulah Allah tunjuk satu-persatu dan membuatkan aku tidak perlu berfikir dua tiga kali untuk angkat kaki. Aku pernah ingat lagi ayat dia, “You tinggal I memang rugi, Mana nak dapat lelaki hensem macam I ni sekarang dahlah anak orang kaya”

Ya Allah kalau nak di ikutkan hati nak jer aku jawab, Tapi aku masih bersabar dan membiarkan. Berdebat dengan orang yang kurang akal hanya meletihkan kita, Baik tinggalkan biarkan dia dengan kedangkalan hidup dia.

Allhamdulillah aku sangat bersyukur Allah menjawab semua doa-doa aku, Tak sampai dua bulan perkenalan Allah tunjukan semua. Tidak perlu membuang masa bersama orang yang salah.

Para gadis sekalian, Ketahuilah Istikarah itu penting amalkan setiap hari biar Allah bimbing dan beri petunjuk pada kita.

Dan pesan aku juga jangan tinggal tahajud, hajat dan taubat setiap hari. Kerana dengan amalan itu Allah pasti menjaga dan melindungi kita sentiasa.

Untuk memilih suami kita perlukan bimbingan dan petunjuk dari Allah. Nak melahirkan zuriat soleh dan solehah pastinya bukab bermula dari kita sahaja, Tapi dari benih zuriat itu lagi. Jadi harus berhati-hati dalam memilih jodoh. Bukan mudah dan tidak juga payah.

Banyak lagi ingin aku kongsikan kisah tentang kelebihan amalan-amalan yang aku lakukan. Tapi untuk kali ini cukuplah disini sahaja dulu.

Mudah-mudahan para pembaca mendapat ilmu yang bermanfaat yer.

Sampai ketemu di lain entri lagi.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *