Hi Assalamualaikum, aku Aseyn (bukan nama sebenar). Cerita aku tak adalah formal sangat yang penting baca dengan gambaran dan nada yang betul supaya dapat rasa apa yang aku rasa.
Aku berumur pertengahan 20-an mempunyai kerjaya yang agak gratis kalau diceritakan kepada kawan kawan aku, syarikat besar yang melibatkan tanah air kita dan negara luar.
Sebelum aku masuk dalam syarikat ni aku hanyalah seketul kentang yang kerja dengan bangsa cina dan selalu dicerca, alaa syarikat kereta yang orang malaysia anggap dia sampah tu Pr****.
Aku di rekomen masuk kedalam syarikat yang sekarang aku berkerja jadinya aku punya effort untuk dapat kerja tu pada pandangan orang senipis kulit bawang. Tapi kenyataanya susah!
Betul orang rekomen tapi interview sendiri yang rekomen tu cakap sahaja saya ada kawan yang boleh pakai nanti saya suruh dia datang interview. Semudah nasi goreng!!
Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa ibu aku jadilah sebahagian ahli dalam syarikat tu dan disinilah bermulanya cerita Sisi Gelap Non-Government.
Hari pertama aku masuk syarikat tu aku dah rasa ada satu vibe yang tak sama dengan vibe tempat kerja aku yang lama lama.
Vibe syarikat ni tak terlalu tegang tak terlalu ceria semuanya keep on mengata dibelakang.
Aku budak baru merisik dulu lah situasi ada dua belah pihak yang tak seiring cara pemikiran dan tanggapan. Itu dah satu hal, lama lama aku cuba untuk faham sisi apa ye semua staff dalam syarikat ni.
Rupanya ! diorang ni mengamalkan cara jaga peruik nasi sendiri. Contoh, acah acah pekerja tiptop tapi kaki MC dan acah acah kerja paling lama tapi pelupa. Haa macam tulah.
Nak jadi cerita seorang hamba Allah ni kena training dekat ibu kota jadi aku lah yang kena cover kerja dia. Tak jadi hal besar pon dah nama aku ni assitant dia jadi layankan jelah.
Dalam layan melayan tu ada satu case yang mana client mintak claim barang yang dihantar ke syarikat aku tu pecah dan ada beberapa barang hilang.
Punca hamba Allah yang pergi training tu tak check keadaan barang tu dengan betul, dalam keadaan yang bodoh aku yang kena bertubi tubi masa meeting.
Itu lah namanya jaga peruik nasi, yang bersalah dengan rasa gembira pergi menimba ilmu (bercuti) yang merana baru masuk seminggu kena hentam!
Belajar dari pengalaman setiap apa yang masuk dalam syarikat aku, akan aku belek satu per satu, lantak la berdiri tengah panas sampai hitam ke aku tak kisah.
Sampai lah satu tahap aku dah build trust dan aku dah berani nak berdepan dengan customer.
Kerja aku follow up customer untuk buat maintenance barang barang diorang jadi aku akan follow up setiap customer untuk hantar barang diorang on time.
Tapi lain pulak jadinye bila aku follow up dengan sutomer tapi customer close deal dengan orang lain, ceritanya jadi issue lagi lah !
Jadi issue yang mengatakan aku tak perform sebab semua booking tu bukan datang dari tangan aku datang dari tangan orang yang kerja 10 tahun dalam syarikat tu.
Apa aku nak buat kena lagi bertubi tubi ! ini namanya jaga periuk nasi sendiri takpayah cari, guna usaha orang nanti customer datang cakap lah dia close deal. HAHAHAHAHAH
Untuk case macam tu aku tak buat research lagi macam mana aku nak handle even sampai sekarang pon sama saja. Sikit banyak aku dah faham dah tektik jijik diorang ni jadi aku lebih berhati hati.
Dalam berhati hati aku kena jugak! tapi kalini aku memang rasa dah hilang rasa semangat nak kerja.
Syarikat aku kerja ni memang suruh ambik vaccine kalau boleh semua, nak jadi cerita aku dah dapat tarikh untuk vaccine booster,
And aku ada bagitau boss aku yang aku nak booster boss aku cakap boleh tak hari aku booster tu aku halfday saja jangan ambik fullday sebab ada meeting okay aku faham walaupun semua orang boleh ambil cuti dua hari aku saja setengahari dan sehari.
lepas aku booster aku demam so aku cuti lah macam aku cakap orang lain booster cuti dua hari sekali time aku demam tu aku cuti boss aku pergi tanya hamba Allah ni mana aku. Hamba Allah ni cakap la aku cuti vaccine.
Dan keesokkan harinya aku cuti lagi sebab aku ada symptoms covid aku pergi buat RTK negative okay la aku redha aku pergi keje esoknya tu dalam keadaan tekak sakit kepala sakit serba serbi sakit.
Badan aku lemah sangat aku malas nak gerak banyak sekali hamba Allah ni tegur aku.
“Saya tak suka orang cari awak melalui saya, saya tak boleh buat kerja semalam saya invoice satu jam saja”
Aku terangkan lah kat sini, masa aku cuti tu aku ada training online dan aku cancel sebab aku tak larat aku sakit mungkin diorang ingat aku ni sakit main main cuti sebab aku malas kerja.
Aku diam satu ayat pon tak keluar dari mulut aku sebab aku rasa kecewa dan useless.
Yela wey masa dia cuti sakit seminggu aku yang cari customer masuk aku explore system sorang sorang aku buat kerja aku secara ikhlas tapi bila aku sakit terus hilang semua bantuan aku dekat dia wey pada dia aku ni teruk lah sampai orang cari aku melalui dia,
Yang selama ni orang cari dia melalui aku tak pernah aku marah dia sebab aku tau kalau aku takde dia cover aku, kalau dia takde aku cover dia.
Selayaknya sekarang ni aku nak cakap aku dah tak ada hati yang ikhlas dah wey nak kerja.
Yang benar,
– Aseyn (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit