Reply: (https://iiumc.com/kaunter-ada-10-yang-buka-2-saja-pernah-dengar/).
Assalamualaikum admin. Thank u sebab sudi siarkan luahan aku. Aku cuma terpanggil nak ulas pengalaman kawan kita yang pernah praktikal dengan gov.
Aku pun tak tau nak mula dari mana. Cuma apa yang adik tu confess tu sejujur-jujurnya 80% adalah benar-benar belaka. Tapi cuma aku harapkan korang jangan pukul rata untuk salahkan semua perangai penjawat awam begitu.
Bukan semua jabatan yang mana manusia2 yang bekerja disitu boleh masak-masak dan makan-makan.
Ianya tidak terjadi di jabatan kesihatan dan cikgu-cikgu disekolah. Kau orang sendiri boleh nilai dan tengok macamana Kkm punya orang berperang masa time pandemik.
Dan aku harap sangat kau orang tak salahkan semua orang dalam gov perangai semua sama. Dan aku harap korang tak salah paham dengan cerita aku ni.
Aku ada ramai kawan yang sangat-sangat bertanggungjawab sampai nak cuti sebab bapak sakit pun tak sampai hati sebab tak cukup orang kat tempat kerja.
Dan aku ada sorang bos yang bila dia pencen semua orang termasuk aku menangis teruk dan sampai sekarang aku rindu kat dia sebab dah susah sangat nak jumpa bos macam tu.
Yang tak makan kipas, tak cari salah orang, selalu appreciate anak buah dan tolenrasi jika ada anak buah ada masalah peribadi.
Pada aku, ni semua adalah atas sikap individu itu sendiri. Bila kau tak amanah dengan kerja yang diberikan, kau takda integriti, empathy dan tanggungjawab dalam diri kau,
Kau kerja la kerajaan ke swasta ke pasti perangai kau sama dan kau memberi masalah kepada semua orang disekeliling kau dan yang berurusan dengan kau.
Latar belakang aku, aku seorang penjawat awam taraf spm je dan baru bekerja 10 tahun dalam penjawat awam. Pernah bekerja beberapa tahun di beberapa buah syarikat swasta sebelum aku diserap masuk ke dalam gov.
Dan aku ada pengalaman bekerja di bahagian kaunter berdepan dengan public dan aku sendiri pun selalu berurusan dengan kaunter gov
Jadi aku paham sangat apa yang membuat rakyat jelata marah sangat ke gov,
Dan aku sendiri sebagai penjawat awam pun tak boleh nak deny 100% kalau ada seseorang yang menghambur kemarahan di kaunter disebabkan urusan yang mengambil masa terlalu lama dikaunter.
Ok, paham urusan gov memang lama sebab orang ramai. Kadang sehari suntuk kena tunggu. Aku pernah kena selalu.
Tapi kalau dah ambik masa sehari suntuk esok pun kena datang lagi, minggu depan pun kena datang lagi, memang tak patut la lagi-lagi kalau dunia sekarang dah makin canggih.
Semua ada data dan sistem jadi celah mana yang sampai menyusahkan hidup orang tu?
Aku ni bukan lah baik, perfect sangat nak cerita keburukan orang. Tak ok tak!
Tapi bila kau masuk dunia pekerjaan ni, lagi2 gov kau akan jumpa manusia yang dia sorang jela ada masalah.
Dia sorang jelah nak pam susu, nak keluar amik anak dari sekolah means kul 11 dah keluar, nak balik awal sebab terlupa tutup api nasik. Dan dia sorang jela yang bernasib malang selalu ditimpa masalah setiap kali masuk kerja.
Tu baru masalah dia, bab keluar makan lain plak ye. Yang paham tu paham la ye.
Tapi dia sempat baca novel, sempat khatam drama korea, sempat belek kuku di tempat kerja.
Dan muka dia sorang jelah yang asyik nak ambik cuti, dia sorang jela mc, dia sorang jelah yang kontak rapat dengan positif covid sebab nak dapat cuti kuarantin!
Kau bayangkan baru sorang perangai macam tu. Bayangkan kalau ada ramai perangai macam tu kat tempat kau bekerja. Kau bayangkan kalau orang tu partner group kau. Bayangkan kalau tu bos kau…
Pengalaman aku, kita dah duduk berjam-jam kat kaunter, nak bangun kencing pun tak boleh. Public ramai.
Partner kita selamba keluar berjam-jam tinggal kita terkontang-kanting yang muka dah macam apa kena tahan berak 1, kena tahan maki hamun public pun ye jugak.
Soalan public Malaysia seperti, 10 kaunter ada kenapa 2 juga buka?’ tu biasa. Muka apa pun aku tak tau nak bagi dah.
Sebab tula, aku kalau berurusan di kaunter-kaunter even dengan cashier pasaraya sekalipun kalau muka dia macam taik, selagi dia mempercepatkan urusan aku, dia memudahkan urusan aku, aku consider dia tengah tahan berak.
Mungkin dalam hati dia tengah maki hamun partner dia sebab dia tak boleh tinggal kaunter untuk pergi toilet. Sebab aku dah biasa ada pengalaman macam tu.
Dan aku tak terasa hati pun kalau public dah gelarkan gov ni 10 kaunter tutup 2 kaunter je bukak sebab aku pecaya yang 2 kaunter tu salah sorangnye aku. So kau tak perlu nak sentap kalau kau tau kau buat kerja!
As simple as that!
Mungkin orang akan cakap, apasal takde penyelia ke yang kawal semua ni? Takde bos ke kau boleh panggil and komplen?
Well, kalau penyelia pun lebih kurang perangai macam tu, bahkan hilang terus tak dapat dikesan dari radar kau ghaseee???
Macam aku cakap dari awal tak semua ok, tak semua.
Kenapa tak sound direct? Kenapa tak bawak benda ni ke pihak atasan?
Kalau dah benda tu berakar umbi jadi 1 penyakit macam barah, susah kau nak ubah. dia sound kita balik, kau dah brapa tahun kerja? Kau dah berapa tahun pengalaman?
Well, kalau dah 40 tahun pengalaman tapi tin kosong. Masuk angin keluar asap!
Alih-alih esok lusa nak jumpa muka dia jugak. Tin kosong tu jugak la yang nak isi markah kita. Haha! Hadap jelah.
Jadinya bila keadaan tidak diubah, dari atas sampai ke bawah, berlanjut-lanjutlah membarah.
Tu baru attitude ye, belum masuk yang kaki kipas, yang r4suahnya dan sebagainya.
Aku tak nafikan, gov ni dia tak menekan sangat pekerja macam swasta.motto dia Kita kerja berkumpulan. Sama-sama penat, sama-sama-sama rehat.
Means, kerja kau tu boleh dibawak berbincang lagi-lagi kalau kau ada emergency pasal hal peribadi. Tapi bila dah muka yang sama je ada masalah peribadi, yang ambik kesempatan berkali-kali, kau ingat orang lain tak sakit hati?
Lepas tu jadilah budaya toxic yang membarah kat tempat kerja. Balas membalas.
Lepastu kau tak yah marah kalau public jadikan gurauan dan buat perbandingan antara negara.
Tak yah ok takyah. Tarik nafas hembus!
Muhasabah diri.
Macam yang aku cakap mula-mula, ni semua sebab attitute diri sendiri. Tak kiralah brapa gred kau. Dari gred atasan sampai bawahan kalau sikap tak boleh diubah dia akan membarah sampai bila-bila. Satu masa akan meletop!
Cuma 1 je aku nak pesan, orang-orang suka ambik kesempatan ni, kau kena ingat natang,
harini kau bangga buat orang. Esok lusa benda yang sama akan berbalik pada kau.
Pernah dengar tak ustad ada cakap kalau gaji kau rm1500 tapi kalau kau kerja macam 500 kau sendiri rasa tak berkatnya gaji kau, tak tenangnya hidup kau. Sebab aku sendiri tengok depan mata kepala aku sendiri.
Masalah tu memang ada, sentiasa ada tapi biasanya orang2 yang suka amik kesempatan dalam kesempitan ni muka dia serabut. Hidup dia tak tenang. Nampak bahagia tapi tak lansung. So kau tenang-tenang aja.
Aku suka kerja aku, aku enjoy kerja aku dan aku bersyukur adanya kerja ni buat aku tanggung diri aku dan family aku. Aku tau dekat luar sana ada ramai yang nak tempat aku. Aku cuma boleh doa yang perangai toxic orang tak berjangkit kat aku.
Walaupun sakit hati tu selalu ada dan mulut aku selalu menyumpah tapi of course la aku rasa berdosa. Tapi tak boleh nak lari dan aku kena hadap.
Aku pun harap aku dapat jadi pekerja yang bertanggungjawab sampai aku pencen. Tak yah la dapat apc pun takpe. Risau jugak takut kang masuk tahun ke 20 kerja, perangai kita jadi lagi tak best ke, nauzubillah!
Aku tak nak hilangnya berkah gaji yang aku dapat ni dengan menganiaya orang atau menyusahkan orang lain. Aku tak sempurna tapi aku akan cuba. Cuba buat yang terbaik.
Semoga ada sinar buat gov.
Aku mewakili semua orang dalam gov memohon ampun dan maaf buat semua orang lagi2 yang bayar tax dan beradab bila berurusan.
Jumpa public perangai hanat tu biasa. Dia balik kita tak yah tengok muka dia dah tapi kalau partner kerja serupa hanat, campur bos pun hanat itu lebih menyedihkan dan menyakitkan.
Kau mesti akan cakap yang menulis ni perasan bagus, dia jela buat kerja elok, orang lain semua bermasalah. Mesti dia yang toxic.
Terpulang! Aku dah lama pendam. Aku mesti tulis jugak.
Aku pernah tengok sorang nurse ni kat tangan dia berdrip masuk air. dia duduk kaunter tengah buat kerja. Dia patut cuti tapi dia tak sanggup tinggal kawan dia tak cukup orang katanya.
Aku ada favourite klinik dan hospital gov sebab sistem dia memudahkan semua orang. Aku pernah minta tolong abang jpj settlekan urusan aku dulu sebab aku nak balik cepat kena masuk kerja petang masa aku kerja swasta dulu.
Actually pekerja gov ni kalau kau cakap elok-elok mintak tolong dia boleh je tolong kau. Kami pun manusia. Ada hati dan perasaan
Tapi kalau tak boleh kau jangan desak-desak jangan paksa-paksa. Tak boleh bermakna tak boleh. Mungkin masa dan keadaan tak mengizinkan.
Kitaorang pun kena tegas sebab nak memudahkan semua orang dan tak nak sesetengah public ambik kesempatan. Nak ikut kata semua mampuih la kita.
Semua nak cepat, semua nak perkhidmatan terbaik tapi bersabarlah dan ikut peraturan. Hari ni kita mudahkan urusan orang, esok lusa Allah swt akan mudahkan urusan kita.
Tu jelah nak habaq pun. Akhir kata aku harap semua orang tak salah paham dengan penulisan aku ni.
Yang mana elok kita ikutkan, yang tak elok jadikan sempadan. Komen yang membina dan munasabah amatlah diharapkan. Sekian terima kasih!
– Jaja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit