Assalamualaikum. Saya seorang wanita berusia 30-an, mempunyai 3 anak dan seorang yang berkerjaya.
Saya cuma ingin berkongsi rasa dengan ibu bapa yang masih belum dikurniakan zuriat. Ramai yang diuji sedemikian, mencuba bertahun2 tapi belum ada rezeki.
Jika disebut sabarlah, kalian pasti lebih tahu rasanya. jika berkata belum ada rezeki, kalian pasti makin sedih.
Jika nasihatnya redhalah, pasti kalian tahu sakitnya ujian itu tak dapat digambarkan dengan sebarang kata. orang yang tak merasa diuji, pasti tak faham rasanya.
Ya, hanya yang diuji dapat rasa sedih, sakit dan pilunya.
Tapi satu perkara yang perlu diingat, hidup ini adalah tempat ujian.
Kalian mungkin berasa sedikit cemburu tengok sahabat2 yang punya anak, tapi kalian mungkin tidak tahu ujian apa yang mereka hadapi.
Saya sendiri, saya punya 3 orang anak, namun sampai satu masa, saya diceraikan. Allah sakitnya rasa itu.
Diceraikan dalam keadaan saya masih mencintai bekas suami, ditinggalkan dengan 3 anak kecil. tak perlulah saya sebut sebabnya.
Tapi memang hanya yang merasa akan tahu sukarnya berdepan dengan ujian. redha, sabar itu memang senang diungkap, tapi memerlukan jihad dalam hati, berjuang menenangkan hati sendiri.
Saya sebenarnya kagum dan cemburu dengan pasangan yang tidak punya anak bertahun2, tapi masih setia dengan pasangan. Sentiasa ada masa susah dan senang.
Saya dah merasa sakitnya ditinggalkan, baru saya tahu apa itu sabar dan redha.
Bukalah hati, tenangkan jiwa. Setiap dari kita pasti diuji. kerana Allah dah berjanji, ujian itu tanda Allah sayang.
Setiap detik kesabaran yang kita usahakan, Allah kira itu sebagai penghapus dosa. Allah sayang kita. Allah dah berjanji juga, orang yang sabar akan dimasukkan ke syurgaNya.
Di akhirnya, kita semua ada ujian. cuma kita tak tahu ujian apa yang orang hadapi.
Mungkin ada yang diuji punya suami, isteri, dan anak. tapi anak pula diuji dengan penyakit, keluar masuk hospital. itu bahagian mereka.
Ada yang sihat semuanya, tapi diuji dengan masalah kewangan yang serius.
Ada juga suami baik, kehidupan senang, tetapi anak ramai dan hidupnya sangat penat kerana menguruskan rumahtangga sehingga depression.
Ada juga kaya raya, suami hensem, isteri cantik, anak comel, hidup senang. tapi mereka mungkin diuji dengan istidraj. nauzubillah.
Di akhirnya, sedarlah kita, hidup hanyalah tempat ujian. Hiduplah dengan bertemankan keyakinan kepada Allah. bila ada masalah kembalilah pada Allah, kerana Dia lebih tahu segalanya.
Sakit kita, sedih kita, sakitnya jiwa kita, setiap titis air mata yang mengalir kerana diuji, Allah tahu semuanya.
Sabar, redha, dan tawakal hanya dapat dicapai jika kita benar2 bergantung dan berserah pada Allah. Semoga setiap dari kita akan beroleh ketenangan dalam hidup.
Sentiasalah percaya dan yakin dengan Allah.
– Haura’ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit