Assalamualaikum, pembaca.
Terima kasih admin sudi siarkan artikel saya yang marhaen ni. Saya tak berapa pandai bahasa melayu jadi saya minta kawan yang taipkan artikel ni untuk pembaca baca.
Nama saya Papadom. Boleh panggil saya Papa atau Dom. Ayat saya mungkin tunggang terbalik. Maaf.
Saya memeluk Islam masa saya berusia 20 tahun. Saya tinggal di Malaysia sejak kecil. Negara asal saya ialah France.
Saya pernah ke UK untuk menuntut ilmu dalam Linguistik. Ramadan pertama saya di UK sebab di situ saya terima sinar Islam. Alhamdulillah.
Saya pernah melawat ke masjid di mana saya bertemu dengan guru agama saya. Dia Imam di masjid tersebut. Ramadan pertama saya berjalan lancar untuk hari pertama.
Namun begitu, tidak untuk solat tarawih saya. Guru saya mengambil masa 4 jam (la hawla walaa quwwata illa billah) untuk habiskan total 20 rakaat solat tarawih. Saya dah mula rasa Islam ni agak rigid.
Pun begitu, setelah tamat solat tarawih 20 rakaat yang mengambil masa 4 jam tersebut, saya berhijrah ke masjid lain. 3 jam 45 minit.
Okaylah diskaun 15 minit. Bacaan masih panjang. Saya tak berputus asa. Saya berhijrah lagi untuk mencari masjid yang boleh habiskan 20 rakaat dalam masa yang singkat.
“Dom, masjid aku solat tarawih 2 jam 45 minit. 20 rakaat. Confirm!” Wow. menarik ni.
Saya pergi ke masjid tersebut. Memang best. Tapi, solat nak cepat. Moreh saja ambil masa 2 jam tak mengapa pulak, kan? Hehehehe, manusia.
Highlight saya di sini bukan nak story pasal masjid saja tapi nak kita ambil iktibar. Kenapa bila kita buat sesuatu “untuk” Allah, kita buat asal boleh? Tapi mintak macam macam. Tak adil, kan? Ya, manusia. Allah Maha Baik.
Saya begini begini pun, masyaAllah saya dikurniakan seorang isteri yang amat taat pada perintah Allah dan Rasul.
Oh ya, ada lagi 1 cerita.
Pasal kawan Hitler saya.
Khalid seorang lelaki Jerman. Badan dia besar wey. MasyaAllah takut saya. Beliau sangat taat pada perintah Allah dan sangat mengikuti sunnah Nabi SAW.
Pada satu hari, saya tengah makan. Pakai tangan kanan. Nak minum air, saya pakailah tangan kiri. Si Khalid ni tadi dia pukul tangan saya sampai terpelanting air saya, cakap, “HARAM!”
Hahahaha, saya pun cakap kat dia, “You do that once again, I slap you,”. Hari tersebut berlalu. Tibalah hari seterusnya. Situasi yang sama.
Makan pakai tangan kanan, minum pakai tangan kiri. Khalid sekali lagi memukul tangan saya, kata, “HARAM!” Saya angkat tangan, nak lempang dia, dia tepis. Hahahaha dia boleh agak kot.
Pembaca, panjatkan al-fatihah untuk sahabat saya Khalid yang telah meninggal dunia beberapa tahun lepas sebab ajalnya, meninggal dalam keadaan tidur (masyaAllah). Kerana dia ni lah saya mengamalkan sunnah.
Semoga pahalanya mengalir deras dan beliau ditempatkan ke dalam syurga tertinggi.
Trick saya lepas dari kejadian tu, saya makan, sambil duduk atas tangan kiri. Hehehehe boleh cuba la lain kali.
Okaylah pembaca. Saya tak tahu nak cerita apa lagi. InsyaAllah semoga kita dipertemukan dengan Ramadan tak lama lagi.
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Sya’aban dan sampaikanlah kepada kami Ramadan.
Wassalamualaikum.
– Papadom (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit