Cari Suami Mat Salleh IV

Untuk part I, (https://iiumc.com/cari-suami-mat-salleh/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/cari-boyfriend-mat-salleh-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/cari-suami-mat-salleh-iii/).

Assalammua’laikum. Yeah aku again. Lama aku fikir nak tulis ke tak yang part 4 ni. Tapi aku fikir maybe ada yang dalam financial crisis & cari jodoh, maybe aku boleh gives a little bit help & hope.

Haritu aku ada baca komen & di sebabkan ramai yang cakap fiction, itu memang membuatkan aku jadi tersangat-sangat lega. Sepanjang tulis part 3 tu aku betul-betul rasa risau & rasa tak nak menulis. Debar teruk gitu.

Dari banyak benda yang aku nak cerita, last-last aku putuskan stop jelah. Hahaha.

Maybe aku tertriggered dengan komen sebelum-sebelum tu yang cakap aku cuba menormalisasikan budaya yang tak elok untuk diikuti anak muda & aku mesti bertanggungjawab dengan penulisan aku sebab aku akan disoal di akhirat nanti.

And then aku tulis benda tak elok & boleh mengkhayalkan orang. So aku akan dipertanggungjawabkan.

Takut betul aku dengan komen serius cenggitu. Maaf sebab aku tak fikir panjang & sepatutnya aku tak tulis kisah Mat Salleh ni untuk tatapan umum.

Please, aku memang tak nak disoal di akhirat nanti disebabkan ‘kisah ni’. Maafkan aku & kepada gegadis, please jangan ikut apa aku tulis.

Kepada mak-mak, maaflah kalau saya dah terpengaruhkan anak-anak mak cik. Memang salah saya & saya betul-betul menyesal.

Dan kepada para isteri, kalau dengan kisah Mat Salleh tu dah tetiba buatkan korang nakkan suami Mat Salleh pulak, aku betul-betul mintak maaf sebab pengaruh benda bebukan dekat korang. Korang kena taubat & istighfar. Aku pun sama. Korang taubat di sana, aku taubat di sini gitu. Risau sungguh aku!

Aku mintak maaf atas segalanya okey. Depan belakang, nyata tersembunyi, aku betul-betul mintak maaf. Aku tak nak disoal di akhirat sebab kisah ni. Please.

Aku nak korang tanamkan dalam minda yang kisah aku ni memang fiction semata-mata. Memang tak perlu percaya / tak pernah ada / tak kan terjadi kisah seorang perempuan terbang seorang diri untuk jumpa boyfriend yang kenal secara online. Itu memang tak boleh terjadi!

Korang just tanamkan dalam minda, itu tindakan tak masuk akal & kalau masuk akal sekalipun pasti berakhir dengan kejadian-kejadian ngeri seperti dijual / dirogol / dibunuh. So please jangan ikut! Dan couple atau mengorat ini pun tak boleh, haram! Full stop! Hahha

Ada komen-komen yang cakap apa aku tulis tu tak betul / tipu / info salah so memang aku ni pembohong & mereka-reka cerita.

Yes aku admit, memang ada info yang aku lupa, aku salah tulis, aku bodoh tak tahu, ada yang aku tahu tapi aku tulis salah (aku saja tahu kenapa aku tiba-tiba tulis macamtu. Maafkan aku hahha) & aku tak cerita kronologi secara details sebab entah, padahal sebelum tu elok saja aku tulis. Tengok-tengok aku delete. Entah macam serabut nak tulis & nak cepat habis. Hahaha.

Yes, aku pun terima kasih kepada komen-komen ni sebab sedikit sebanyak menguatkan hujah yang kisah ni adalah fiction.

Entahlah part 3 tu aku jadi cuak semacam, triggered & risau dalam banyak hal. Aku & Allah saja tahu risau kenapa. Risau kut ada family baca pun ada. Tapi tengok-tengok macam diorang takde into IIum. Friends pun takde yang like atau share. Fuuh lega.

Cuma di sini dengan rasa tanggungjawab kerana mungkin aku dah buatkan sesetengah gadis single tiba-tiba nak cari jodoh online di apps / nak jodoh Mat Salleh, mungkin aku perlu explain atau bagi sedikit tips lagi supaya korang tak tersilap langkah.

Kang tersilap langkah orang charge salah aku pulak & tuntut di akhirat! Aku betul-betul tak nak terlibat hal akhirat ni. So please guna akal waras ye.

Aku akan bagi sedikit tips business, tips kepada lelaki bujang Malays yang anti sangat kepada gegadis yang suka Mat Salleh (lol) & maybe tips kepada yang dah kahwin.

Tak nak baca & rasa aku poyo ke, terus stop dekat sini okey sebab panjang maybe dekat 1 jam nak kena baca. Kalau korang free, bolehlah baca.

Cuma sebelum korang stop kat sini, aku mintak maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut okey.

Aku harap admin luluskan walaupun panjang sebab aku dah tak nak tulis dah lepas ni. InsyaaAllah.

Yes, jodoh online nipun benda yang boleh datangkan dosa jugak sebab ada sesi berborak mesra dgn lelaki. Maybe ramai yang skeptikal bila cakap tentang jodoh online sebab mereka bertemu jodoh dengan kaedah Islamic & taaruf.

Tapi ketahuilah korang, tak semua yang bernasib baik seperti korang. Tak semua dilahirkan di dalam keluarga alim, bertaaruf.

Ramai yang terpaksa mencari jodoh secara online sebab tak berjumpa jodoh di luar. Tapi Allah Maha Pengampun & terima taubat umatNya.

Yang penting kita jangan tersimpang & tersasar.

Tips di bawah mungkin juga sesuai untuk jodoh dalam negara & bukan untuk jodoh foreigner semata-mata;

1- Kalau korang terfikir untuk cari jodoh foreigner just go for it. Kalau sebelum ni muka korang asyik direject oleh lelaki Melayu, cuba lelaki international pulak.

Tapi kalau korang tak nak perubahan-perubahan besar dalam hidup korang, just stick saja dengan Malay / Malaysian. Tak perlu sacrifice atau kena adapt banyak perkara baru.

2- If nak jodoh international, yang paling penting sila pilih negara bakal jodoh terlebih dahulu. Please, jangan pilih dari negara yang korang sendiri tak familiar.

Macam dari segi bahasa takde masalah. Korang tak perlu speaking accent meletop pun. BI bunyi slang Melayu & grammer salah pun takpe.

Biasanya diorang tak judge, asal faham sudah. Diorang pun akan cakap tak pekat sangat bila berbual. Lama-lama pandailah.

Kalau boleh pilih negara yang community Islam (tak kisah bangsa) & orang Melayu nya ramai. Dan kalau boleh senang nak balik Malaysia e.g Australia. Community ni penting untuk mudahkan korang mintak pertolongan apa-apa atau untuk bantu generate ekonomi korang dekat sana.

3- Pastikan orang tersebut memang wujud. Jangan hanya chatting / whatsapp. Sesekali try video call jugak untuk tengok sahih atau tak orang tu. (Lebih Islamic, boleh video call ditemani mahram/family gitu).

4- Mintak IG & FB dia, siasat dari awal kewujudan IG & FB dia dari tahun bila. Tengok komen-komen dekat situ. Tengok komen dari kawan-kawan dia jugak.

Kalau IG & FB nya suram, takde like takde komen dari orang yang kenal dia, means dia memang try hiding something dari korang.

Kalau korang mintak IG & FB lain dan dia cakap takde, please accept yang itu redflag. Lupakan orang tu. Cari orang lain! Cari orang yang kau boleh kenal semua kawan & family dia.

5- Bila dah kenal pulak, try dapatkan address dia untuk tahu dia tinggal di mana. Cakap nak pos gift, nak order food delivery ke. Itu nak tengok dia jujur atau genuine tak.

Takut jugak suami orang sebab suami orang maybe berkira-kira jugak nak bagi address. Bila dah sampai barang tu, mintak dia bagi gambar yang barang tu dah sampai.

Dan kalau dia mintak address korang pulak, jangan bagi full address. Kalau duduk apartment, just bagi address block bangunan saje. Kalau korang duduk taman, just bagi nombor lorong saje.

Pandai-pandailah courier call korang nak deliver barang tu. Atau korang ada tracking number, collectlah sendiri barang tu dekat ofis courier. Please jangan bagi address full korang. Bahaya!

6- Money! Yessss, ini point yang sangat penting. Kalau bf/gf online korang tu dah start talking about duit, slow-slow korang kena tanamkan perasaan curious. Kalau amaun tak banyak eg RM 100, korang nak tolong bolehlah. Tapi kalau lepas tu dia mintak duit lagi, please back off.

Lupakan dia. Jangan serabut-serabut.

Aku pernah ade experienced dengan bf ke-2 aku dulu. Dia ni kerja biasa-biasa, gaji dalam RM1.5k lebih katanya. Aku cakap takpe, kita buat bisnes sama-sama. Boleh tambah-tambah income dia. Aku dapat idea nak jual 1 benda ni & aku nak kami sama-sama marketkan benda tu.

Tapi duit modal aku nak kami share & ssm buat 2 nama. Tiba hari yang nak beli stok, dia cakap dia takde duit bahagian dia. Aku ingat dia menyimpan, takde rupanya. Ssm, dia mintak aku guna nama aku saje. Duit bayar ssm tupun dia takde. Hahha

Aku cakap takpelah aku run sendiri sebab aku dah prepared banyak benda & aku yakin benda tu boleh jual. Nak tunggu dia yang kadang-kadang hilang tupun boleh menyakitkan hati jugak.

Lastnya, dia nampak produk tu dah laku, dia tuntut part dia. Dia cakap dia pun ada idea. Aku cakap idea & modal tu semua aku keluar. Dia takde hak nak tuntut apa-apa. Aku yang kerja keras sorang-sorang naikkan benda tu.

Rupanya dia tengah kalut nak cari duit kahwin. Itupun Alhamdulillah aku tahu banyak info dari seseorang.

Actually dia pernah call aku guna 1 nombor orang lain, mati-mati dia suruh aku delete nombor tu. Tapi aku tak delete, aku saved. Bila dah teruk semacam, aku try mesej no tu.

(Aku memang tak kenal sorang pun kawan dia & takde nombor kawan-kawan dia). 1 nombor stranger tu saje yang aku ada.

Bro tu tanya, aku ni gf dia yang kerja dekat bangunan X ke? Aku cakap bukan. Bro tu cerita yang si Mamat ni sebenarnya ada gf budak bangunan X. Selalu naik motor berdua balik kerja.

Aku ni sejenis segan gile & tak pernah naik motor dengan memana lelaki. Dengan family adalah naik itupun aku segan jugak walau dengan family sendiri. Maybe sebab badan aku berisi, takut lelaki terasa-rasa. Baik aku saje bawak motor kalau kat kampung.

Aku perasan yang aku ni susah nak cari bf sebab kes motor ni jugaklah. Lelaki atau bf ajak naik motor, aku mati-mati tolak & rela naik public transport saje. Tu lelaki rasa aku ni skema sangat, memilih & tak best. Hahhha.

Nak lelaki yang ada kereta pulak, diorang tak nak aku. Yelah, dah ada kereta kan. Baik cari gf yang cun & meletop. Bayar kereta bukan murah, tak berbaloi bawak gf macam aku ni. Hehhe

End up aku cakap, baik aku beli kereta sendiri sajorr. Senang! Tapi ade jugak yang ada kereta nakkan aku tapi aku pulak taknak diorang.

Aku admit jelah, ya memang ramai jugak lelaki yang suka aku sebenarnya. Orang-orang yang sekitar rumah aku pun ada suka aku sebab diorang cakap muka aku ni bolehlah comelnya.

Tapi aku ni pulak memilih, tak nak diorang. Aku nak lelaki yang bila aku rasa suka kat dia saje. Tapi bila aku yang suka pulak biasanya dia taknak aku & penyebabnya memang sebab height aku. Yang suka & admirer aku, kalau aku tak suka, aku memang tak suka. Tapi bila sama-sama suka, tak jujur pulak lelakinya. Huhhu

Complicated sangat sebenarnya kalau orang tu bukan jodoh kita. Tak smooth proses bercinta tu. Cinta tak blend gitu.

Berbalik kepada bro tu. Bro tu tanya, aku nak datang jumpa bf aku tu ke? Kalau nak datang , dia boleh tolong bawa aku jumpa si Mamat ni & gf dia. Bincang 6 mata.

Aku cakap takpelah, aku tak nak keruhkan hubungan diorang. Gf tu pun maybe tak tahu apa-apa. Biarlah diorang happy bersama sebab diorang pun stay dekat kawasan yang sama. Aku ni jauh berpuluh km. Aku pun tak nak ada bf yang penipu.

Lastnya, bro tu mintak aku banyakkan bersabar & jangan bersedih sebab dia bukan lelaki yang baik.

Thanks bro tolong aku. Kalau aku stick dengan mamat tu, aku tak jumpa dah laki aku sekarang. Itu hikmahnya kenapa kita jumpa orang yang salah dulu sebelum jumpa dengan Mr.Right.

Allah nak kita belajar jumpa orang yang salah dulu supaya kita belajar menilai orang. Bila kita dah belajar kenal orang yang salah, bila ‘the right one’ yang muncul, kita tahu yang kita memang tak boleh lepaskan dia.

7- Bf/Gf Chipsmore. Ini lagi 1, tiba-tiba hilang muncul. 2-3 hari, 1 week, berbulan tak dengar khabar berita. Please jangan bazir masa bercinta dengan orang macam ni.

Orang macam ni dia sebenarnya tak cintakan korang pun, korang just a backup, dia ada orang lain, tempat belanja dia makan Mcd, dia anggap korang sampah.

Aku dari lepas Spm hingga jumpa suami aku, aku ada dalam 3 bf yang declared gitu. Ketiga-tiga nya jenis chipsmore ni. Sakit jiwa sungguh nak mengadap sebab tertanya-tanya apa yang jadi. Phone tak aktif, mesej tak reply. Dia mati ke?

Aku couple pun semua jenis sekejap-sekejap, macam 4-7 bulan sajerrr. Yes, takde orang nak serius dengan aku. Huhhu

Yang 1st couple tu entah kenapa tiba-tiba diam 2- 3 bulan tanpa berita masa sem break, budak u lain. Lagi 2 orang tu jadi chipsmore sebab diorang sebenarnya ada gf dekat tempat diorang & dah nak kahwin pun.

Semuanya buat aku ni backup saje untuk belanja makan masa dating & untuk mainkan perasaan. Dating pun 1-3 bulan sekali. Jahat sungguhlah lelaki camni. Seronok agaknya mainkan perasaan perempuan ni.

Adat bercinta ni ada rindu, ada sayang & rasa ambil berat. Tak logik, rindu sayang tapi minggu & bulan tak contact.

Orang chipsmore ni, memang ada rahsia yang dia buat di belakang. Nanti kalau kahwin, tak mustahil dia boleh tinggalkan korang bergantung tak bertali sebab dia tak fikir pun perasaan orang.

Orang macam ni tak jujur. Nanti macam-macam perempuan @ macam-macam benda yang korang boleh jumpa kalau buka phone dia.

Sebab tu bila kenal suami aku, aku betul-betul rasa tak nak kehilangan dia sebab dia lelaki first yang betul-betul layan aku seperti gf & cakap sayangkan aku seiring dengan layanan dia pada aku. Lepas dia cakap cintakan aku, dia tak pernah hilang. Dia tak pening kepala, takde benda curiga & tak banyak kerenah pelik.

Dia yang paling lama dengan aku dekat 2 tahun. Dia yang tak kisah aku tahu siapa mak ayah dia, adik bradik dia, siapa kawan-kawan dia.

Dia jujur so dia tak takut kalau kut-kut aku cari mak ayah atau kawan dia.

Dia lelaki first yang betul-betul nak tahu semua tentang apa aku buat setiap hari, yang akan call aku berkali-kali bila aku drive and lupa nak inform dah sampai.

Dia yang suka berangan & angan-angan dia tu ada aku sekali. Yang sentiasa nak aku ade dalam hidup dia dari bukak mata sampai tutup mata.

Yang tak boleh tak dengar suara aku dalam sehari sampai kami tak sedar bergayut 4,5 jam walaupun kadang-kadang topik berborak hanyalah pasal anak buah aku, kebun ayah aku. Kelapa sawit.. Tiberr

Dia jugak yang pernah hilang and muncul semula untuk bagitau yang dia memang tak boleh hidup tanpa aku.

Sampai sekarang aku ingat moment tu & aku akan ingat seumur hidup aku. Sebab tanpa moment tu memang aku takkan hidup dengan dia macam sekarang. And tanpa dia, maybe aku masih lagi mencari Mr.Right aku.

Sebab tu aku sayang dia sangat & aku boleh broke gila and maybe decide takkan kahwin kalau lepas 1st date dulu dia tak sudi terima aku.

Aku anggap dia macam first love sebab first love pun tak best sangat macam perasaan dengan dia. Hahhha

Sampai sekarang aku masih ingat expression aku bila 1st tengok dia in real. Dia macam perasaan, eh artis mana yang ko dating ni wei. Tak pernah-pernah aku in person berhadapan dengan lelaki rupa yang begitu. Ha, perasaan yang macamtu. Hehhe.

Nak bertentangan mata pun rasa macam tak boleh walau dia asyik tersengih-sengih renung aku yang nampak malu & gabra gile. Nasib dia pandai mainkan peranan & mintak aku jadi sama macam aku in virtual. Tak perlu malu-malu & jadi saje sama macam sebelum jumpa.

Maybe rezeki aku asyik kena tipu dengan lelaki Malays, last-last Allah bagi jugak jodoh ikut impian aku. Sebab tu kalau korang nak apa-apa korang just create saje impian, doa & usaha sekali. Kalau tak dapat secara tepat mesti akan dapat sipi-sipi. Tak percaya try dulu. Mintak dengan Allah.

8- Jujur. Cari bf/gf yang bercakap jujur & tak menipu. Walau dia buat benda yang dia tahu korang pasti tak suka tapi dia just telling the truth.

Example dia tahu korang tak suka clubbing tapi dia cakap jugak dia pergi clubbing. Dia berani cakap jujur walau dia tahu yang korang pasti tak suka. Dia tak nak korang bagi high expectations terhadap dia & dia nak korang tahu the real him. Dia tak suka fake his life.

And korang carilah bf/gf yang berterus-terang. Kalau dia ada orang lain, dia cakap terus-terang supaya korang tak sia-siakan waktu menunggu dia.

Walau sakit hati tapi dia respect dengan perasaan korang & dia tak nak korang rasa seperti orang bodoh. Dia ada perasaan respect kepada orang.

Cari lelaki matang macam ni. Jangan cari lelaki chipsmore yang tetiba hilang radar tanpa korang tahu apa yang sedang berlaku atau apa salah yang korang dah buat.

Dari couple lagi korang kena bersikap relevan. Jangan pulak, dari couple lagi dia dah kantoi menipu and then korang bagi peluang sehinggalah akhirnya berkahwin. Dah kahwin nanti lagi macam-macam perangai dia yang korang kena hadap. Secret itu ini!

Please, tinggalkan bf/gf macam ni. Biarlah tak kahwin asalkan jangan hadap lelaki tak guna macam ni. Lelaki banyak lagi dalam dunia ni, buat apa korang nak sia-siakan the rest of your life untuk hidup dengan lelaki yang salah.

Better tak payah kahwin daripada sakit hati tau. Tak payah kahwin selagi tak jumpa relationship yang smooth & tak pening kepala nak hadap peel pelik-pelik.

Macam aku Alhamdulillah suami takde buat masalah semenjak couple. Tak de pernah sekalipun aku dapat call / message dari mana-mana perempuan.

Dah kahwin pun semua password FB, IG, handphone, bank accounts semua aku tahu. Dia yang nak aku tahu semua tu sebab katanya apa-apa terjadi senang aku nak uruskan.

Alhamdulillah kami takde rahsia. Card dia, wallet dia aku easily boleh guna. Handphone dia aku boleh tengok bila-bila masa walau dia tengah tidur / jaga. Dah married, dia pun dah takde install any dating apps. No porn video.

Tapi maybe sebab kami memang all the time bersama sebab dua-dua working from home, tu kami memang sangat rapat berdua. Ke mana-mana bersama. Maybe faktor tu menyebabkan kami sangat trust each other.

Sebab itu kalau korang yang mungkin bila berkahwin, suami isteri kerja lain tempat & berjumpa hanya waktu malam sahaje, maybe korang kena lebih being selective dari awal lagi.

Sebab tu kena pilih yang jujur dari awal berkenalan lagi. Bila jujur dari berkawan InsyaaAllah masa kahwin boleh maintain jujur.

Jangan nak harapkan kejujuran selepas berkahwin kalau dari couple memang dia pernah kantoi & tak jujur.

Entahlah, aku tengok ramai yang teruskan berkahwin walau masa couple dah muncul redflags. Aku pulak rasa rugi, kenapalah korang tak cari orang lain saje.

Tak penat ke setiap hari rasa insecure. Wake up girl, lelaki baik banyak lagi di dunia ni! Yang handsome pun ramai yang baik-baik, korang saja tak cari!

Nak kahwin jangan redha & ikut saje walau lelaki tu perangai menyakitkan hati. Mesti fikir rasional. Jangan sebab fikir takde lelaki nak korang, so korang sebat saje mana ada.

Bukan lelaki tak nak korang tapi korang saje yang stuck dengan lelaki tu. Move on & cari orang lain!

Mak ayah pun kena open & cerita pada anak gadis korang ciri-ciri lelaki tak guna supaya anak-anak tu ade guide & tak terjebak cinta pada orang salah.

9- Parcel scam. Kalau bf/gf korang tu ada cakap nak pos barang, barang kena tahan kastam, kena bayar sekian amount dekat certain bank account, please jangan percaya. Itu scripted parcel scam / love scam!

Sebabnya, kalau barang sampai contoh by Fedex & ada duty tax yang korang kena bayar, korang kena bayar dekat courier man yang hantar dekat rumah korang tu. Bukan kena bayar dekat akaun bank memana. Itupun tax tu sebenarnya boleh di charge kepada sender, bukan receiver.

Kalau barang kena tahan kastam cthnya dekat Klia, korang sendiri yang kena datang Kastam Klia tu untuk clearance, buka barang tu depan Peg. Kastam. Atau korang boleh upah agent. Bukan bank in duit merata.

Geng parcel scam ni dia orang menyamar jadi kastam & mintak transfer duit ke akaun tertentu. Korang mesti alert modus operandi ni.

Tapi please, barang yang korang tak tahu dari mana tak payah mamandai pergi claim/clearance.

Tak payah risikokan diri pergi claim barang yang entah-entah ada dadah dalam tu. Biar saje parcel tu mereput atau back to sender.

Kalau bf tu nak pos semula, biar dia cari courier yang boleh buat clearance sampai depan muka korang tanpa korang kena pergi clearance / cari agent untuk clearance di opis kastam.

10- Nak 1st berendut (orang J tahulah berendut ni. Hehhhe). Nak 1st dating, of course mesti bf tu datang tempat korang dulu. No matter what, walau LDR tu berlaku 10 tahun sekalipun, korang jangan pergi tempat lelaki tu.

Jangan berani-berani fly especially sorang diri untuk berjumpa dengan lelaki tu di tempat dia. Mesti kena hati-hati & fikir keselamatan diri. Fikirkan kes keldai dadah, penjara. Tapi kalau nak pergi jugak, mesti bawak teman okey. Hurmm

11- Dah planning kahwin, apa planning korang kalau kena tinggal di negara dia? Kalau dia memang berkarier bagus, so takde masalah lah untuk sara korang.

(Tapi memang korang wajib cari yang berkarier bagus pun. Sebab nak duduk negara orang ni bukan benda main-main. Korang tak tahu nature negara tu macam mana. Korang pun kena ada plan, kut tetiba suami takde duit takde kerja, apa yang korang boleh bantu dia dekat sana).

Tapi kalau korang sejenis suka cari duit sendiri maybe korang kena start explore kerja / bisnes / job yang boleh korang buat anytime anywhere anyplace.

11a) – Dropship / Simpan stok:- Dropship, supplier tolong poskan.

Bagi aku rule utama untuk jadi dropshiper, jangan biarkan orang tahu yang korang dropshiper. Ini bagi akulah.

Sebelum jadi dropshiper dengan mana-mana tempat, korang mesti clear dengan seller / supplier tentang nama di atas consignment note.

Details Sender mestilah nama korang & jangan nama seller tu supaya bila parcel sampai, customer nampak macam korang selaku seller / sender. So takde kes customer lari order direct seller / direct supplier. Ini penting untuk repeat order.

Produk nak jual pulak, korang boleh search keywords dalam my ads di shopee & boleh jugak guna di Split Dragon misalnya. Korang boleh cari produk apa yang ramai orang search di Shopee / Lazada. Atau boleh saje search manual dekat tempat search di Shopee tu. Buat research dekat situ.

So dari situ, korang boleh start search kedai-kedai di Shopee yang offer program Dropship berdasarkan produk high demand tu. Dekat FB pun banyak program dropship barang China.

Dah register Shopee, mesti register Free Shipping program untuk kedai korang.

Tapi business Shopee pun agak sengit sekarang, korang boleh tingkatkan sales dengan Shopee Live.

Belajar shopee boost (free) & paid ads (bayar). (Nanti korang kaji point-point aku bagi ni).

Korang pun kena rajin kaji niche products yang sedang trending di FB, IG, Tik tok untuk mudahkan korang top up stock / top up product baru yang nak di jual.

Setiap hari rajin-rajinlah belek Shopee, FB, IG untuk tengok apa orang lain jual.

11b) Kalau tak nak dropship sebab leceh, korang boleh saje jual produk korang sendiri. Shopee ni senang barang nak terjual.

Contoh nak jual bedak sejuk kunyit ke, scrub beras ke, tempe rangup, cemil cemil jajan krup krap yang korang boleh buat sendiri di rumah ke.

And then nak tarik crowd, buat live sambil makan jajan korang tu. Bagi orang terliur-liur.

Atau kalau korang rajin, pergilah pusat borong mana-mana yang dekat rumah korang eg GM, Kenanga, Chow kit. Korang snap barang-barang yang rasa menarik dekat sana. Ambil no phone kedai supaya senang nak check/update stock lepas-lepas ni.

Snap banyak-banyak, masuk dalam Shopee/Lazada. Jangan beli lagi. Try boost atau buat ads dulu.

Nanti customer dah order, baru korang pergi beli. Tak payah simpan stok. Kumpul order 1-3 hari. Ramai orang buat macam ni jual barang borong atau barang Ikea.

Oh ye, dalam kedai korang, korang mesti selitkan beberapa barang cheap yang harga RM 1-2. Sebabnya, kadang-kadang customer nak cukupkan harga untuk claim free shipping.

Jangan sebab takde barang 1-2 inggit yang nak cukupkan free shipping tu, customer pergi cari kedai lain. Ingat pesanan aku ni!

Letak jelah gula-gula, kacang goreng singgit ke, jajan, tuala lap dapur atau barang kedai RM2 ke.

Selain tu, banyak jugak barang free 0 cost yang korang boleh jual dalam shopee contohnya batu jalan. Yes, akulah tu yang beli batu jalan dekat Shopee, 1kg singgit tak silap.

Apa benda entah aku nak buat beli benda alah tu. Sampai sekarang aku tak bukak-bukak. Hahha

Benda yang free ni kebanyakan benda-benda yang natural atau alam sekeliling. Semua benda tu ada pembeli dia. Contohnya ada yang jual rumput kucing.

Korang boleh explore benda-benda pelik di Shopee yang sebenarnya demand beribu-ribu orang & korang boleh ambil benda tu for free saja dari sekeliling.

Or korang boleh ambil barang di Shopee & jual di FB @ IG. Ini pun ramai yang buat & harga di Fb @ IG boleh jual lebih tinggi daripada Shopee biasanya. Setup ads sesiap tapi memang ada cost sikitlah bila jual thru ads.

11c) Duduk overseas, ada business di Malaysia & ada staff yang handle. Please, jangan percaya orang. Akaun bank jangan bagi staff yang login walaupun staff tu adalah family sendiri.

Kena bertegas & biar orang tahu yang korang tegas. Jangan orang tahu berapa duit korang ada.

(Aku cakap ni base on small business, bukan business sales juta atau puluh juta sebulan & staff puluh ratus orang. Business aku sales sekitar 5-fig saje. Alhamdulillah).

First, sila rahsiakan details supplier daripada pengetahuan staff. Kasi tau supplier supaya jangan letak invoice di dalam packages, just whatsapp invoice tu kepada korang saje.

Ulang banyak kali dekat supplier supaya jangan letak invoice. Biar sampai dia fade up & diorang tahu korang sangat aware tentang tu.

So far barang-barang aku dari China memang supplier faham tentang tu & diorang memang tak letak details company dia. Bila barang sampai, yang ada hanyalah code marking yang shipment agent provide saje.

Beli barang direct China, aku guna shipping agent di Malaysia yang ada warehouse di China sebab diorang akan setelkan kastam semua.

Kalau supplier yang di China uruskan shipping, ada kemungkinan korang akan buat kerja lebih sebab nak kena setelkan kastam / cari agent kastam sendiri. So better cari shipping agent di Malaysia, nanti barang terus sampai di office saje.

Murah pun murah. Sea shipping, 1 cbm dalam RM450-500+ termasuk delivery to office. Insuran lain harga tapi insuran pun alternatif. Tak wajib. Dalam 2 minggu – 1 bulan barang sampai. Air shipping memang mahal sangatlah kalau barang berat-berat & banyak.

Jika order stock, jangan sebut berapa kuantiti, biar staff yang kira dulu & korang check tele tak. Ini penting supaya staff / supplier tak buat mistake.

Untuk deal delivery e.g guna lalamove / grab ke, korang yang handle sendiri. Jangan bagi staff tahu di mana address barang tu di ambil.

(Yes, memang korang kena bekerja ikut waktu Malaysia lah kan).

Sama juga dengan consignment note barang yang dipos guna kurier. Deal siap-siap dengan supplier supaya jangan letak address supplier di column sender. Letak address korang as sender di consignment note tu.

Supplier faham benda-benda macam ni. Dari pihak kurier pun tak de masalah sebab pihak kurier tak hirau pun sender address tu. Yang penting alamat receiver tu saje.

Jangan risau barang hilang, sebab semua benda ada tracking number. Yang paling penting korang tak hilang business & tak hilang database customer sebab nak balik Malaysia pun susah kalau ada yang tikam belakang.

Bukan apa, takut staff pergi cerita hal syarikat ambik barang dekat mana & nanti dia / family dia yang set up bisnes sama macam bisnes korang. So kena fikir jauh & careful okey.

Bukan tak percaya orang tapi bila kita handle business dari jauh, kita kena lebih smart. Benda macam ni pun untuk elakkan pergaduhan & kurangkan curiousity kita kepada staff. Staff happy, kita happy sebab tak sibuk nak cari staff baru tukar masuk kerja.

Dan kalau korang berniaga di FB IG, susah nak manage ramai staff & korang malas nak monitor whatsapp yang staff reply, korang boleh minimakan staff dengan setupkan shopping cart website.

Ads direct to website. Cus beli barang melalui website saje, tak payah whatsapp. Website pulak korang boleh intergratekan dengan system payment gateway eg macam Toyyibpay.

Macam Toyyibpay takde fee bulanan & Islam kita ownernya. Settlement Fpx pun 1-2 hari dah dapat. CC lama sikitlah dalam 1 week. So macam aku memang prefer Toyyibpay.

Dulu aku pernah nak guna 1 p.gateway dari 1 company ni, dia charge dalam RM 1k tak silap as monthly merchant fee. Tak naklah aku kalau ada contract begitu.

Order melalui website nipun senang sebab kerja staff hanyalah tangkap gambar, update website, print invoice, pack barang & tunggu kurier pickup saje.

Dia orang pun tak ambil tahu tentang bank account sebab bila customer dah paid, order memang sesiap masuk tempat paid. Print saje.

Kalau ada dropship pun senang guna website. Dropshiper key in dalam website sesiap & bayar guna p.gateway. Tak perlu staff nak pening kepala key in order, check payment & kalau order salah, senang nak trace siapa salah.

Ads semua tu, koranglah yang handle. Kalau nak lantik ads agent pun boleh . (Tapi macam aku, ads aku handle sendiri sebab aku suka tentukan ikut idea aku sendiri).

Tapi ingat, kalau ada staff lebih 1, mesti ada 1 ketua / manager yang korang percaya. Jaga manager ni betul-betul.

And sekurang-kurangnya setiap 3 bulan korang mesti balik Malaysia tengok office. Jangan 6 bulan atau setahun sekali sebab tak nak staff cakap korang tak serius dengan business tu. Lepas covid ni tiket flight memang murah-murah. Senang nak balik.

11d) Oh ye, di sebabkan sekarang ni ramai yang hilang kerja, tak tahu nak cari duit macam mana, nak masak tak sedap , duduk bilik sewa takde dapur, aku rasa selain jadi runner apps delivery mcm FP/Grab, korang maybe boleh jadi food personal shopper juge.

Contohnya, korang cari food yang murah & sedap di tepi-tepi jalan, korang tempah sticker kecil, letak nama brand, phone no korang & promote di group setempat. Carilah 5-6 foods yang wow.

Sebagai contoh, aku dulu suka sangat makan 1 nasi pantai timur dari 1 gerai kat area rumah aku. Dari banyak kedai aku makan, sambal dia yang paling terhebat, ayam besar & harganya memang murah RM5. Tiap hari nak makan nasi tu saje. Sekarang pun aku rindukan nasi dia.

Lama sungguh tak dapat makan. Sobs sobs.

Tempat lain / restoran, harga RM 6-7 kalau nasi banyak macam tu.

Korang boleh deal dgn gerai-gerai murah macam ni, mintak diskaun @ markup sikit harga RM1-2. Orang tak kisah mahal sikit sebab dalam FP pun harga lagilah tak masuk akal.

Bila ada orang order, tampal sticker korang pada packaging. Dan korang deliver kepada customer.

Selain tu, korang selit 1-2 sticker yang masih belum dikopek. So nanti cus boleh tampal sticker tu dekat fridge / pintu rumah diorang atau tampal di meja opis. Bila lapar, diorang nampak sticker korang tu & terus teringatkan korang.

Cara ni akan buatkan customer automatically repeat order dgn korang setiap kali nak makan makanan tu sebab customer pikir itu produk korang.

Selain untung dekat food, korang boleh untung dekat delivery. Tak payah penat masak. So automatik dengan cara ni, semua kedai boleh jadi produk korang. Hehehe.

Kalau korang cari makan dekat charge delivery, jangan tetapkan minimum order. 1 pack pun korang boleh deliver. So sehari maybe banyak trip korang dapat sebab orang yang nak order 1 pun boleh beli.

Ramai orang yang buat minimum order 2-3packs so orang yang nak 1pack saje, terpaksa order tempat lain. Rugilah trip delivery kalau macam tu.

Kalau korang surirumah pun boleh saje buat macamni untuk cari side income. Korang promote & cari sale di group, lepas tu korang uruskan delivery dengan grab / lalamove.

Kena belajar sikitlah guna apps delivery. Tapi nak tampal-tampal sticker tu memang tak bolehlah.

Sehari dapat jual 10-20 bekas, ade jugak duit harian. Sebulan dapat extra 3-4 ratus pun Alhamdulillah. Yang penting kos takde & korang tak payah masak. Tapi kalau korang masak sendiri & jual, lagilah berbaloi & untung.

(Kalau masak sendiri, try edarkan flyers menu ke rumah / opis berdekatan. Hari ni lauk apa, esok lauk apa, air panas sejuk. Mesti ramai order, silap-silap 1 opis order. Kalau buat servis cuci rumah / repair pun bagus guna flyers selit celah pintu gini. Aku pun pernah call guna servis yang dapat dari pintu rumah. Aku simpan wei flyers tu).

Oh ye yang food delivery tadi tu, kalau tak nak mark up harga pun, korang boleh ‘makan’ dekat charge delivery saje. Korang tolong belikanlah kiranya.

Sebab di zaman sekarang ni masih ramai yang tak online kan business dia orang, especially gerai-gerai yang ramai cus walkin atau kedai orang veteran.

Pekedai takde masa nak layan order online tapi ramai yang nak delivery. So korang kena pandai ambil kesempatan buat duit dengan gerai-gerai viral / vateran camni. Diorang pun biasanya memang dah ada customer tetap & ramai cus yang nak beli tapi tak dapat nak walk-in.

Means, selain menunggu job FP /Grab masuk, korang boleh create business lain untuk diri korang sendiri.

Contoh lain, jadi personal shopper Ikea foods ke.

Strategi nipun boleh dibuat suami isteri. Isteri promote di group / online & suami deliver.

Bagi aku, kita beruntung jadi Melayu Islam di Malaysia sebab masih banyak peluang untuk kita cari rezeki, asalkan rajin saje. Pembeli pun ramai sebab kita komuniti Islam. Cuba bayangkan bangsa lain contoh India nak berniaga food online camni. Mesti agak susah sebab ramai pembeli adalah Islam. Kita mesti grab peluang & bersyukur.

Sebab tu kalau korang nak tinggal di luar negara, kena pilih negara yang community nya boleh support bisnes korang especially time mendesak. Business makanan terutamanya.

Sebab tu jangan pilih suami dari negara yang pelik-pelik sangat. Hehehe.

11d) Duduk negara orang, kaji apa yang orang perempuan sana suka. Yes, bisnes untuk perempuan. Order stock dari China @ Shopee & then jual harga ikut negara tu. Boleh setup FB / IG Ads jugak.

Tentang harga, contoh di Us..Hurmm, no tak nak Us. Hahha. Uk contohnya. Nilai duitnya hampir 6x duit Malaysia. Korang boleh saje jual barang tu sama / lebih mahal harganya (termasuk shipping cost).

Misalnya barang tu di Malaysia RM5, tapi korang jual 5-15pounds. Sebab 5-15pounds tu bagi diorang masih sama macam RM5-RM15 duit Malaysia, sebab income diorang pun agak besar & lumayan.

(Kalau korang duduk Malaysia pun boleh jual guna teknik ni. E.g, jual di Ebay tapi kena study tentang shipment lah mana yang murah. Sekarang dah banyak selain Ems).
.
11e) Kalau korang taknak berbisnes, boleh jugak korang cari income online contoh trading, buat servis ajar agama seluruh dunia ke (boleh buat ads FB), servis design.

Kalau korang into art boleh buat Nft yang top sekarang ni. Kalau dekat Malaysia yang famous marketplace nft pentas.io. Tapi yang paling top worldwide, OpenSea.

Belajar macam mana nak minting, checking gas fee, nak trade. Gambar lukisan anak, video atau apa-apa art pun boleh tukar jadi nft.

Try bukak idea-idea nft dari Indonesia sebab aku rasa diorang memang superb jugak & budak-budak muda diorang memang more into it berbanding Malaysian.

Kalau nak cari jodoh orang Indonesia pun bagi aku okey saje, sebab bagi aku orang sana kepakaran teknologi nya pun memang bagus. Hackers pun banyak dari sana.

Dunia sekarang memang untuk orang-orang it & art buat duit. Menyesal aku tak ambik course it & tak suka it dari dulu.

Macam my husband memang into benda-benda it macam ni, so aku tahu jugaklah serba sedikit tentang teknologi mcm web3, defi, ai, iot, nft sebab benda tu yang berborak setiap hari.

Walaupun dia ada teammates sendiri untuk project it diorang tapi sekarang dia dah start create side project it, nft dengan aku. Sebab senang katanya nak gabung idea bila dengan aku.

Selama ni dia involved setup benda-benda teknikal untuk business aku. Tapi macam trading ke any investments ke kami dah start sama-sama. Akaun trading aku pun dia yang handle.

Aku tak boleh nak focus sangat sebab nak handle bisnes aku. So far dia boleh dipercayai. Sebab tu korang jangan cari laki kaki belit & gelap mata bila tengok duit.

Cari yang pandai cari duit & uruskan duit jugak. Masa couple pun korang boleh kenal lelaki tu kaki belit atau tak. Contoh macam ex bf aku tu, spesis tak guna.

Tapi kalau korang rasa susah nak adapt dengan benda teknologi macam ni, korang boleh juga jual art / photo yang korang tangkap guna hp korang.

Boleh jual di etsy, adobe stock, shutterstock, canva. Korang try explore web lain jugak sebab ada macam-macam lagi platform. Memang boleh buat duit.

12- Okey sudahlah bab business. Bab lain pulak. Jika husband korang converted, korang mesti encourage diorang supaya semakin berminat dengan Islam setiap hari.

Kalau belum sunat, bolehlah bersunat. That’s why aku cakap better khatan lepas kahwin sebab senang korang nak tengokkan. Lelaki walau gagah angkat besi tapi bila bersunat lembek gembeng jugak. Hehhe

Dalam rumah pulak, korang mesti tunjukkan nilai Islamic. Solat, baca Quran. Jangan stress-stress kalau dia masih belum mahir solat / mengaji.

Sedangkan yang lahir Islam pun ramai tak solat & mengaji so korang tak perlu stress kan suami mualaf korang. Yang penting setiap hari ada peningkatan tahap ibadah dia. Pergi kelas agama untuk mualaf di masjid / centre.

Dan kalau korang tinggal di luar negara yang mana tempat lepak suami bersama kawan-kawan adalah di pub / bar / club / restoran yang terang-terang ada arak, maybe korang boleh a bit tolerate. Memang tak bagus dari segi Islam tapi kadang-kadang no choice.

Mungkin sesekali korang try ikut suami korang lepak sekali & depan kawan-kawan tu kena cakap yang korang berdua tak boleh minum arak, just soft drink saje.

(Minum gelas bekas arak tak haram sebab bukan najis mughalazah. Just kena basuh betul-betul saje. So maybe tak salah kalau suami korang nak lepak-lepak dengan kawan. Mamak takde nak lepak).

So lepas korang lepak sekali tu, next time, kalau dia terlupa yang dia dah tak boleh minum arak, ada kawan-kawan dia yang akan tolong ingatkan yang dia dah ada 1 wife Muslim hijabis dekat rumah & dia dah jadi seorang Muslim.

Atau kalau dia terpaksa tolak pelawaan kawan untuk minum arak, biar dia guna alasan takut bini atau kawan-kawan fikir yang dia takut bini pun takpe.

Jangan beri tekanan kepada dia sehingga dia tak boleh berjumpa kawan lepas kahwin dengan korang.

Kalau dia terminum arak pun, just encourage dia yang Allah Maha Pengampun. Tak perlu nak stress kan dia. Tapi mesti wujudkan perasaan bersalah dalam diri dia cuma janganlah buat dia stress & give up.

Tapi aku rasa ini isu awal kahwin saje. Bila dia dah faham agama, dia akan sedar sendiri. So korang mesti doa banyak-banyak supaya suami korang diberi kefahaman agama dari hari ke sehari.

13- Ha, bagi lelaki Melayu yang anti pada gegadis Malay yang suka Mat Salleh sebab kalau lelaki Malay dituduh nerd bila borak serious topics, aku suggest korang try cari jodoh di group yang membincangkan topik serius jugak contohnya group it, financial, computer, design, stock, trading, nft.

Sekarang banyak girl yang into these trends. Ada beribu-ribu tho, gadis di group-group ni. Group Malaysian pun ramai gegadisnya. Korang saje yang tak nak join group macam tu. Ha, korang cari gadis di sini!

Jangan cari jodoh di weechat, gosip artis, kalau korang nak cari gadis yang boleh borak into serious topics. And korang pun boleh broad jodoh korang supaya bukan di Malaysia saje.

Sebabnya aku ade tengok beberapa orang yang memang anti betul dengan aku sebab katanya aku ni pengaruh orang supaya tak suka jejaka Melayu, aku sangap, kuat berangan. Hahhha. Takpe aku okey saje & tak ambil hati.

Dan aku mintak maaf kalau aku dah buatkan market jejaka Melayu jatuh. Tapi korang kena ingat pulak, berapa banyak gadis Melayu dah dijatuhkan market oleh jejaka Melayu.

Lelaki Melayu ramainya nak perempuan perfect 10 saje, kulit putih salju, tinggi bak supermodel, kerja gomen. Girl tinggi secoet macam aku ni asyik direject saje.

Mat Salleh tak berkira sangat walau gf / wife tinggi aras dada saje. Entahlah bagi aku Mat Salleh ni tak memilih sangat walau diorang sendiri cukup pakej lengkap sekali kulit, tinggi, muka, mata, athletic body, gentleman.

Diorang takde spesifik kecantikan girl tu macam mana. Kalau diorang suka & cinta, diorang just proceed. Just follow the heart! Tapi lelaki Malay ada spesifications & kriteria girl pilihan mereka.

Contohnya, takde lagi yang aku jumpa lelaki Melayu kahwin dengan perempuan black skin race atau #egro.Maksud aku lelaki Melayu ye.

Bukan perempuan Melayu.

Perempuan Melayu ramai aku jumpa yang tak kisah suami black skin race. Lelaki Melayu aku tak pernah tengok. Ramai artis yang kulit agak gelap pun akhirnya berkahwin dengan Mat Salleh.

Bangsa lain macam Korea, Cina, Arab ada aku nampak tapi lelaki Melayu aku tak pernah tengok yang into black skin race girl. Tak taulah kalau aku termiss mana-mana couple.

Mat Salleh tak usahlah, berlambak-lambak yang kahwin atau couple dengan black. Mat Salleh ni sejenis yang tak judge, takde tanya kenapa kahwin dengan perempuan pendek, kenapa kahwin dengan perempuan black. Nak kahwin sesama jantina pun diorang okey. Diorang ni sejenis yang takde nak nyebok-nyebok.

Seperti kata mak mertua aku pada suami. ‘ it’s your right to choose who you want to sleep with’. Huhhu

Kalau lelaki Melayu pulak, tengok perempuan kahwin Afrika, Bangladesh, Pakistan dituduhnya gila anu & foreigner tu nak pergunakan perempuan tu untuk buat duit atau kerja di Malaysia.

Habis ko yang orang Malaysia kenapa tak grab peluang untuk cari duit atau kerja di Malaysia? Kenapa hanya jadi keyboard warrior & biawak hidup saje. Hahhha.

Last few months, suami aku cerita ade sorang guy tiba-tiba mengadu dgn dia dekat lift. Guy tu cakap dia dah lama kena buang kerja maybe dekat 1 year & Malaysia sekarang dah susah.

Dia cakap saving dah out, kereta tak bayar & dah dekat 1 minggu diorang anak beranak tak makan nasi, fridge kosong. Sekarang hanya harapkan gaji wife dia RM20 sehari buat kerja part time. Dia nak kerja susah sebab kena ambil & hantar wife pergi kerja.

Memang kami ada tolong that guy tapi bila aku turun bawah, asyik tengok dia dengan motor saje. Lap & basuh motor saje. Ada motor, ada kereta tapi kenapa tak buat grab, fp.

Aku suggest kepada yang single, kalau nak cari bakal suami, cari yang kerja fp / grab pun bagus sangat sebab diorang-diorang ni contoh lelaki mithali tahu cari duit & bukan sejenis biawak hidup.

Ada orang yang aku kenal, suaminya hanya hantar bini pergi balik kerja saje. Suami hanya duduk rumah tak buat ape & isteri saje kerja.

Nak kata takde kerja, tu restoran mamak & restoran Melayu banyak tutup sebab takde orang nak kerja. Offer gaji RM2k pun orang Malaysia kita tak nak sebab penat. Lepas tu nak cakap foreigner datang Malaysia ambil kesempatan kerja.

Please lah bapak-bapak semua, kerja sajelah ape pun asalkan anak beranak tak kebulur. Janganlah layan sangat penat, malas & memilih tu.

Kesian aku dengan wife-wife yang terpaksa hadap suami biawak macam ni.

Bila perempuan Malay kahwin foreigner dituduh sangap. Padahal lelaki-lelaki foreigner tu elok saje menjaga isterinya, pandai cari rezeki, makan pakai cukup, kasih sayang cukup. Siap boleh belikan aset di Malaysia atas nama wife lagi. Takde masalah pun.

Yang suami Melayu berapa ramai yang jadi biawak hidup, main kayu 3, layan isteri macam hamba. So adakah tak apa kalau suami Melayu buat benda bukan-bukan sebab dia seorang Melayu?

Lelaki Melayu kan satu-satunya bangsa yang boleh memilih race tertentu saje untuk dibuat bini. Tak seperti bangsa lain yang tak kisah race ape pun.

Maaflah kalau ada yang terasa hati. Aku tau bukan semua lelaki Melayu memilih & ramai saje yang tak memilih.

Dan aku tak kisah pun kalau korang memilih sebab itu hak korang nak tidur dengan siapa in the entire life. Aku sendiri pun pilih dengan siapa aku nak tidur in the entire life. Hahha

Yang aku nak tegur sekarang kepada lelaki-lelaki kaki judge yang sangat toxic pemikiran & suka klasifikasi orang itu sangap, orang ini gile anu. Hahha. Okey dah.

14- Kepada yang dah kahwin, janganlah pulak korang terfikir kenapalah tak cari suami Mat Salleh 20 tahun dulu. Kang berdosa pulak aku macam pengaruhi supaya tak bersyukur dengan suami korang. Siapa pun suami kita, bersyukurlah sebab dia jodoh, peneman, penyambung zuriat & imam kita. (suami biawak tak termasuk).

Actually, gegadis nak cari suami Mat Salleh biasanya sebab romantik tu.
So apa kata start hari ni, korang start romantik terlebih-terlebih dengan suami / isteri korang. Yang halal & sah sahaja ye.

Tak kisah umur sekarang dah 50 60 tahun pun. Tak kisahlah apa bangsa pun pasangan kita tu. Romantik tak ikut bangsa pun sebenarnya yang penting tak malu & cinta sayang saje.

Just buat saje something crazy & naughty berdua.

Suami pulak bila wife sedang buat kerja di dapur misalnya, try peluk isteri.

Mandi bersama ke.

Just buat saje idea-idea crazy. Tapi jangan depan anak-anaklah kalau ada anak. Semua orang pun boleh romantik & wild dengan pasangan asalkan jangan malu sudah!

Kalau di Malaysia mungkin agak tertutup tapi kalau di negara Mat Salleh, biasanya suami isteri relax saje romantik-romantik dekat public area.

(Tapi tak elok lah dari segi agama. Cuma kadang-kadang bila suami itu seorang Mat Salleh, naturenya memang romantik nak berpeluk bercium tak kira tempat. Hurmm, aku cakap in general tau. Hahha)

No, aku tak cakap in term of s##. Tapi aku cakap in term of romantic yang mana untuk eratkan hubungan suami isteri yang mungkin dah hambar & flat. Benda-benda macam tu tak semesti berakhir dengan s## pun.

Mungkin bila anak-anak dah ramai & dah kahwin lama, hubungan dah jadi takde spark. Mungkin tips ni boleh baiki hubungan korang.

Kalau rasa kurang confident untuk berdepan dengan suami / isteri sebab tak cantik atau dah gemuk, start jaga badan. Tak perlu duit pun, just senaman ringkas & jaga makan saje.

Dah kurus, automatik jadi cantik / handsome. So semakin boost confident untuk beromantik bersama pasangan. Lelaki pun kalau boleh rajinlah bersukan sebab bila bersukan memang akan boost sexuality.

Untuk kurus, try masuk group-group diet sebagai penguat semangat.

Hurmm, aku tak cakap aku buat benda-benda ni. Nanti ada yang cakap aku berdosa besar cerita hal dalam kain suami isteri. Aku cakap based on tips saje ye. Hehhhe.

15) And lastly kepada yang cakap aku nak normalisasikan budaya kahwin tanpa restu keluarga sehingga ada yang bercakap seolah-olah yang kahwin tanpa pengetahuan wali nasab ni tak sah & berzina, aku just nak cakap banyakkan membaca. Rujuk jakim, mufti.

Aku bukan nak normalisasi. Yes, memang restu ibu bapa penting, tapi macamana pula dengan restu Illahi?

Adakah restu ibu bapa yang paling terpenting sehingga akhirnya kita boleh membelakangkan hukum Allah?

Walhal Allah dah aturkan kaedah untuk solve masalah tu, tapi disebabkan seolah mentuhankan restu ibu bapa, kita belakangkan hukum Allah.

Restu ibu bapa bukan kunci utama bahagia krana bahagia tu datang dari dalam kehidupan kita. Berapa ramai anak dipaksa ambik course di universiti berpandukan restu parents & akhirnya kecundang di tengah jalan sebab tak minat course yang parent aturkan tu?

Akhirnya apa jadi kepada anak tu? Bila gagal, ibu bapa tetap salahkan anak tu sebagai anak tak guna walhal kalau dia berada di landasan yang mengikut minat dia, dia mungkin dah jadi orang yang berjaya.

Sama macam aku yang dah di brain wash untuk kerja gov selepas grad dulu. Katanya hanya kerja gov saje yang boleh menjamin masa depan aku. (Masa tu memang ada yang boleh tolong aku untuk masuk gov).

Tapi disebabkan aku memang ada target aku sendiri, mati-mati aku tak nak walaupun family aku tak happy sungguh & cakap aku ni rugi sebab berapa ramai orang yang nak masuk gov.

Aku cakap aku nak jadi apa yang aku nak jadi. Aku tak nak orang tentukan life aku. Dan itulah aku sekarang! Yess, mungkin aku ni kategori anak degil.

Tapi aku ade impian aku sendiri. Yang nak hadap & bawak diri aku ni setiap saat sampai ke syurga neraka nanti adalah aku! Aku yang tanggung apa otak aku rasa. Bukan orang lain. So, aku utamakan aku. Hahhha.

Tapi tak bermakna aku selfish. Aku masih boleh jadi anak yang volunteer untuk jaga mak ayah sakit bila mana adik bradik lain tak dapat commit kerana tuntutan kerja.

Dan aku boleh jadi orang yang volunteer untuk pay all the bills bila family gathering. Ini juga akhirnya membawa restu dari seluruh family tentang keputusan aku untuk tak ikut cakap diorang dulu.

Yess, restu boleh datang kemudian apabila orang sekeliling sedar yang kita dah buat keputusan yang tepat & membahagiakan hidup termasuk membahagiakan hidup diorang. Hehhe.

Sama jugak seperti kahwin, berapa ramai yang kahwin dengan restu ibubapa atau kahwin dengan jodoh pilihan ibu bapa tetapi akhirnya bercerai-berai?

Kita hidup bukan semuanya untuk ibu bapa & ibu bapa tak boleh menidakkan pilihan anak-anak. Sebab tu dalam Islam ada turutan kepentingan di dalam hidup iaitu diri sendiri, suami .. (aku tak ingat turutan tu. Hahhah)

Yes, Islam dah guide semua benda dalam hidup ni. Kita saje yang tak perasan. Sebab tu kalau berzina, yang di sebat dipanggang dalam kubur esok diri kita juga. Kita dipertanggungjawabkan atas apa yang diri kita buat.

So, restu ibu bapa ni bagi aku memang penting tapi bukan yang pertama. Yang utama mesti hukum Allah terlebih dahulu.

Restu ibu bapa boleh datang kemudian selepas korang utamakan hukum Allah. Tapi jangan pulak menidakkan redha ibu bapa sebab ada juga ayat yang mengatakan ‘Redha Allah hadir selepas Redha Ibu bapa’ .

Cuma bagi aku restu / redha ibu bapa boleh diperoleh kemudian dalam situasi-situasi tertentu. Yang penting hukum Allah dulu. Ibu bapa boleh dipujuk & di ambil hati.

Tentang zina, maybe korang beruntung kerana iman kuat & alim tapi berapa ramai di luar sana yang tak boleh menahan nafsu?

Bagaimana pulak dengan anak bujang atau anak gadis korang? Yakin ke anak-anak korang tak terlibat zina atau maksiat? Ramai saje yang nampak baik alim depan mak ayah tetapi di belakang sebenarnya dah pregnant bberapa kali.

Maybe persoalan-persoalan aku ni boleh buka mata mak ayah yang ada anak dewasa untuk lebih terbuka & mendalami dilema masalah percintaan anak-anak zaman sekarang.

Orang agama pun boleh tewas dengan nafsu. Sebab tu Allah dah siap-siap bagi jalan untuk mereka yang dihimpit masalah nafsu ni.

Yes, aku sendiri pernah jumpa orang yang mengaku berzina beratus kali sepanjang couple. Girlfriend dia pernah gugur kandungan lebih 3kali. (Semoga mereka sempat bertaubat, InsyaaAllah).

Diaorang tak tahu atau tak terlintas di fikiran pun tentang nikah syarak ni. Bila aku cakap, baru dia jadi terfikir.

Maybe korang boleh cakap, nak elak zina kena puasa & solat. Yes, itu teori. Tapi bila dah bercouple, benda tu jadi susah sebab masing-masing ada nafsu & cinta. Itu fitrah!

So mungkin dengan apa yang aku tulis ni sedikit sebanyak boleh menyelesaikan masalah pasangan yang terlibat dengan zina.

Maybe ada pasangan yang masih belum boleh berkahwin sebab duit tak cukup, parent tak bagi kahwin lagi sebab masih muda / baru grad / adik ramai sekolah nak kena sara adik dulu. Tapi dalam masa yang sama dia orang dah terjebak dengan zina.

Please, jangan momokkan nikah syarak ni susah nak legalized, sampai anak besar panjang sijil kahwin takde. Itu nikah palsu @ sindiket namanya. Sijil-sijil palsu tak sah.

Nikah syarak ni, jika nikah di tempah yang sah, boleh / senang saje nak daftarkan pernikahan tu. Cuma ada denda saje lah masa nak daftar.

Nikah syarak masih sah sebab masih ada wali iaitu wali hakim.

Kalau korang takde experience jangan memandai cakap susah & tak boleh bagai. Tanya orang yang ada pengalaman okey. Hahha.

Ada artis yang nikah syarak begini, elok saje anak diorang daftar & sekolah. Ada artis yang nikah 2 kali, elok saje anak-anak diorang.

So please jangan samakan nikah syarak di tempat yang sah dengan nikah palsu ye.

Ingat, anak zina selama-lamanya disebut anak luar nikah & siap dipanggil anak h#### lagi. Diorang tanggung gelaran tu sampai ke mati! Berat kesan terhadap mental diorang.

Yes, kesian sangat aku rasa bagi side anak-anak ni walaupun yang terkutuk tu mak bapak diorang atau yang salah adalah tok nenek diorang yang tak bagi kahwin.

Tapi anak nikah syarak kahwin Siam, sama saje seperti anak nikah di Malaysia. Orang tak sebut anak nikah Siam sebagai anak h#### sebab nikah tu sah.

So please, jangan cakap aku nak normalisasi nikah tanpa wali nasab. Cuba sesekali korang fikir positif & fikir berada di kasut orang lain.

At least dengan apa aku cakap ni ada yang terbuka mata & ada yang nampak sinar dalam hidup untuk menuju redha Allah setelah bertahun-tahun terjebak dengan zina.

Dahlah cukuplah aku panjang melebih-lebih ni. Akhir kata dari aku, maafkan semua silap salah aku. Apa yang elok jadikan pedoman, yang tak elok jangan ikut.

Tak kisahlah fiction atau real, aku just nak mintak maaf sebab dah tulis sesuatu yang lagha dalam hidup korang. Tapi kalau ada benda yang elok bolehlah korang ambil sebagai guide dalam kehidupan. Kalau rasa aku poyo, mintak maaf sasangat.

Maaf segala silap salah aku yang nyata mahupun tersembunyi. Tapi jangan risau, aku maafkan semua silap salah, salah faham & kecaman korang.

Setiap hari pun sebelum tidur kita mesti niat maafkan semua orang supaya senang perjalanan akhirat kita nanti.

Tak perlu nak jumpa banyak orang dekat mahsyar sebab hal-hal kecil yang akhirnya kita sendiri lambat masuk syurga. Hehhe. Sebab tu aku malas pening, just maafkan saje orang setiap hari.

And lagi 1, kita kena kerap solat taubat untuk reset balik fikiran & mata yang asyik baca, tengok movie atau tengok benda lagha. Yes, aku dah buat korang lagha. Maafkan aku. Huhuhu.

So kita saling bermaafan okey. Tak mahu ada sangkut dosa-dosa apa di atas apa yang aku tulis ni. And please jangan terpengaruh dengan apa aku tulis & mesti bertindak waras dalam apa tindakan korang. Apa-apa kita mesti utamakan Allah. Maafkan aku. End.

Assalammua’laikum..

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *