Kerjaya Cikgu Memandu Wanita II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kerjaya-cikgu-memandu-wanita/).

Terima kasih pada admin kerana menyiarkan artikel aku sebelum ni. Kali ini aku akan menjawab beberapa soalan yang ditanya di ruangan komen.

Bagi yang mencari cikgu memandu perempuan, korang kena ringan mulut tau tanya terus melalui call atau walk in di mana mana sekolah memandu berhampiran.

Korang boleh demand, tanya direct ada tak cikgu perempuan.. saya nak cikgu perempuan ajar saya.

Korang ada hak untuk memilih. Hihi. Masa aku pergi kursus lebih kurang 5 tahun lepas memang ramai kaum wanita yang join kursus pengajar memandu ni.

Aku kira kira setiap tahun ada kursus, mesti lagi ramai cikgu memandu perempuan sekarang.

Bagi yang berminat untuk mengajar pula, korang boleh terus walk in mana mana sekolah memandu berhampiran, bawa salinan IC dan lesen kompeten, nanti mereka akan uruskan pendaftaran kursus Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM).

Yang penting, korang tak boleh ada blacklist. Kalau ada, bayar dulu saman yang tertunggak dan batalkan blacklist. Bab ni tak boleh tipu sebab dalam sistem semua ada maklumat.

Dah selesai daftar, tunggu saja panggilan dari sekolah memandu, akan terima surat formal kursus SPIM berkaitan lokasi, tarikh dan bayaran. Ya. Ada bayaran untuk kursus. Bayaran terkini aku tak pasti. Yang pasti ratus ratus.

Kena kira juga kos perjalanan, duit minyak, makan,penginapan. Semua kena tanggung sendiri sepanjang kursus lebih kurang 10 hari termasuk hari perjalanan pergi dan balik.

Kosnya aku kira, korang kena sedia mungkin lebih kurang RM 1200-RM 1500 sepanjang kursus. Nak bayar tempat penginapan dah 6-7 malam, makan, duit minyak.

Kalau kursus bertempat di Sabah Sarawak, lagi banyak kena keluar kos. Tapi aku respect pada peserta satu batch aku ramai dari Sabah Sarawak, memang mereka sanggup datang dari jauh menjalani kursus SPIM ni.

Kursus SPIM ni seratus peratus anjuran JPJ. Tetapan tarikh lokasi semua dari JPJ.

Dan sepanjang kursus korang wajib masuk kelas dengar balik aturan dan undang undang di jalan raya, belajar di litar sebagaimana pelajar nak ambik lesen. Naik turun bukit, Z, S, parking tiga penjuru, dan ramp, itu semua diajar masa kursus.

Yang join kursus ni kebanyakan memang muda muda lagi. Selalunya orang fikir yang tua tua selalunya mengajar. Zaman dah berubah.

Sekarang pun ramai cikgu memandu muda muda lagi.

Habis je kursus dan ujian, korang tunggu saja keputusan akan umum secara online. Korang kena follow up dengan sekolah memandu yang korang daftar tadi.

Bila dah lulus, korang boleh apply sebagai cikgu memandu di mana mana sekolah memandu. Kalau ada jawatan kosong di sekolah memandu yang korang daftar kursus tu, lagi senang. Kalau tak ada, apply di tempat lain.

Kalau korang nak full time atau part time, yang tu kena bincang dengan boss tempat korang nak apply tu.

Sama ada nak jadi staff atau rakan niaga. Rakan niaga tu apa? Rakan niaga ni cikgu memandu jugak. Sama jugak ada SPIM, cuma tak terikat dengan waktu office hour.

Selalunya rakan niaga ni yang boleh ambik anak murid di rumah. Jadi, yess. Boleh jadikan sebagai part time.

Dan… mungkin ada yang pandang, kerjaya ni tak sehebat mana. Dipandang enteng sahaja. Tak apalah.

Bagi aku, buat apa yang kita suka, enjoy. Komitmen bayar bil tiap tiap bulan, aku yang tanggung, bukan mereka yang mengata tu.

Terima kasih juga pada yang mendoakan baik baik untuk aku. Mana tau kan jadi tokey sekolah memandu. Hehe.

– Deeja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *