Bila Kerja Bukan Kerana Minat Tapi Kerana Duit

Assalamualaikum semua, saya Salina (bukan nama sebenar) nak ceritakan sedikit tentang arwah Umi saya. Di usia 55 umi menghembuskan nafas terakhir di hospital (tidak dinamakan).

Umi saya sihat walafiat takda sakit apa-apa sampailah bulan oktober tahun lepas. Umi seorang yang bahagia sebagai suri rumah menjaga kami 7 beradik dan ayah pula bekerja dreba (driver).

Ada masa perlukan duit lebih umi tolong jual kuih muih di gerai belakang rumah. Tapi kebanyakkan masanya abah menjalankan tanggungjawab semampunya alhamdulillah, yang penting cukup makan kami sembilan sekeluarga

Umi tiada pelajaran cuma setakat SPM sahaja, dan yang paling penting bab kesihatan yang melibatkan medical-medical ni umi memang takut.

Tiga daripada tujuh anak yang umi lahirkan dilahirkan sendiri di rumah sebelum pergi ke hospital dengan alasan untuk pengesahan kelahiran dari doktor.

Umi takut hospital, bukan sebab umi tak percaya kan perubatan moden, walhal abang sulung kami menjadi doktor pun umi happy sentiasa nak dengar abang long cerita pasal kenapa sakit itu dan ini berlaku.

Pasal fibroid pasal cancer payudara pasal menopause, iyalah umi dah nak sampai usia-usia untuk tahu pasal tubuh badan sendiri…

Tapi sebenarnya umi takut hospital sebab umi selalu pesan yang arwah atok dan tokmak (kedua ibu bapa) umi meninggal juga disebabkan meninggal di hospital,

(Maaf kalau ada pihak hospital terasa, kalau dah asbab kematian dimana-mana juga boleh berlaku; mungkin memang awrah atok dan tokmak dah memang ditakdirkan untuk pergi di hospital, maka terima sajalah).

Umi jadi takut dengan hospital kerana katanya di hospital, masuk hospital nanti ‘kita ni jadi tikus makmal’. Umi tak suka cara staf-staf hospital melayan pesakit. Umi dari kami kecil sentiasa memesan kepada semua 7 anaknya, kalau umi sakit, umi nak anak-anak yang jaga.

Sebab umi kata takda orang yang akan jaga orang sakit dengan baik melainkan orang yang sayang kita. Maksudnya takda yang akan bantu pesakit dengan lemah lembut penuh kasih sayang melainkan keluarga

Umi takut kalau masuk hospital layanan pesakit yang teruk boleh ganggu emosi sampai menyebabkan pesakit ingin putus asa dan pesakit lebih rela pergi daripada menghadap hari-hari sakit dengan staf hospital yang nak tak nak layan pesakit. Umi sangat sensitif bab emosi dan perasaan.

Bulan 10 tahun lepas umi tiba-tiba kejang satu badan hinggakan nampak seolah-olah orang yang sedang nazak. Mata terbeliak memandang keatas, kaki tangan menggeletar, mulut ternganga bagai roh nak dicabut keluar, Allah….

Mujur abah ada untuk ajar umi mengucap, dalam masa sama ada sibling kami call abanglong tanya apa patut buat dalam keadaan macam ni

Abang long suruh check nafas dan pastikan umi baring dalam keadaan yang melancarkan pengaliran darah yang sempurna, abah hanya ikut dan menangis mengucap dengan umi.

Alhamdulillah settle sampai ke hospital umi dah stabil. Mulalah alkisah perit yang tidak boleh kami lupakan. Sampai di kecemasan, abah dan saya ikut menemani umi. Umi lemah masa ni lepas kena ‘sawan’ (ntah ya atau lain). Tapi umi boleh bercakap dengan suara perlahan.

Umi cakap ‘bawak umi balik, umi taknak duduk hospital. Umi nak duduk dengan keluarga’

Sayu hati saya dan abah dengar macam tu. Tapi lepas menunggu keputusan check darah dan scan yang memakankan masa lebih 7 jam menunggu di emergency,

(Belum termasuk dengan VVIP yang ‘potong queue’ di emergency. Dahlah lapar haus susah nak pergi toilet untuk umi).

Umi lemah nak ke toilet tapi dengan paksaan staf hospital suruh umi pakai tube kencing (katanya untuk menyenangkan umi kencing).

Hello? Consent patient tak penting ke? Mana etika kerja dan santun depan patient ye?

Tahu-tahu dipaksanya terus. Umi cakap taknak pun dia buat juga. Suara umi perlahan tapi saya dengar umi cakap bagi lah pampers lebih baik.

Saya cuba bersuara tapi staff hospital tu cakap “takda, kat sini kita buat kerja cara kat sini, awak nak pampers awak boleh beli sendiri awak boleh balik”.

Dengar macam tu memang umi makin takut sampai merayu-rayu nak balik taknak lagi dah duduk hospital. Larat tak larat umi cuba bangun tapi kena ‘sawan’ tu lagi sekali. Kali ni abah dan saya dihalau keluar daripada emergency dan tak dibenarkan menemani umi..

Abah dah cakap bagi abah duduk sebelah umi untuk nak ajar mengucap dan bagi umi tenang macam tadi semasa berlaku di rumah tapi kali ni staf hospital panggil guard suruh tarik saya dan abah keluar.

Dah lewat tengah malam baru umi dah stabil dan dapat berjumpa.

Umi diberitahu sedikit tentang ketidakstabilan kandungan mineral dalam badan yang triggerkan sawan tu. Kene duduk hospital dan monitor beberapa hari. Umi taknak apa-apa rawatan hospital, cukup seharian kene treat like ‘tikus makmal’ bah kata umi.

Tapi umi ditakut-takutkan dengan amaran risiko sendiri kalau balik dan berlaku lagi, takda siapa yang bertanggungjawab untuk selamatkan umi dirumah.

Jadi bila dengar risiko sebegitu abah decide untuk tinggalkan umi dan saya dihospital. Saya dah ready dengan beberapa helai baju untuk bermalam dihospital dan jaga umi.

Tapi lebih mengejutkan bila kata pihak hospital skrang musim covid tiada ahli keluarga yang dibenarkan menemani pesakit. Lagilah umi takut. Sampai menangis-nangis pun umi dah cakap umi nak balik.

Hospital cakap procedure quarantine 1 hari (24jam bermula daftar masuk wad) adalah mandatori. Umi kena duduk sendirian di bilik isolasi baru mulakan rawatan di wad.

Masa ni dah jam 11 malam. Jadi esok kalau ahli keluarga nak teman pesakit pun lepas jam 11 malam baru saya kena ambil covid test. Saya sebagai anak buntu. Abah hanya mahukan yang terbaik dan umi hanya mahukan anak-anak dan keluarga disampingnya. Abah pujuk dan umi taat.

Maka dengan pelukan dan cium sepuas-puasnya saya dan abah pulang kerumah meninggalkan umi di hospital. Umi pesan suruh jaga keluarga baik-baik. Malam dirumah saya peluk adik ceritakan semua yang berlaku.

Esoknya (hari Selasa) siapa sangka jam 12 tengah hari abah mendapat panggilan telefon mengatakan ibu sudah pun tiada. Allahu….. pesan ibu terakhir jaga keluarga baik-baik. Itu saja yang sempat saya dapat…

Fast forward skrang dah bulan march, 5 bulan lepas umi ditinggalkan di hospital dan pergi buat selamanya. Saya sering bermimpi berborak dengan umi….

Umi ceritakan yang umi dah lemah masa kena tinggal dihospital, takda siapa tolong umi suap makan, beri minum air pun tak dapat haus tekak umi tak minum sejak kami tinggalkan.

Bila tanya umi kenapa nurse tak tolong ambilkan.. umi senyum saja.. buat saya tak tenang. Sampaikan saya cari cara untuk borak dengan sesiapa yang ada di samping pengakhiran umi. Tapi semua nurse dan staff hospital tidak memberi kerjasama dan tidak menjawab apa-apa.

Siap cakap lagi ‘patient bila dah mati maka tugas hospital hanya untuk paperwork kematian, bagi mandi dan kebumi, bukan melayan kesedihan family’

Sakitnya hati dengar mak sendiri bila disoal bab hidup mati mcm tak sensitif langsung. Ok fine, kalau staff hospital dan nurse taknak cakap apa-apa, saya cari lah orang lain yang ada nampak saat-saat terkahir umi macam mana.

Saya cari staff makanan dan budak yang selalu hantarkan makanan ke wad dan bilik isolasi. Malang lagi skali bila budak-budak di sana tak ingat siapa yang hantar ke bilik isolasi yang sudah pun berlalu 5 bulan lepas.

Saya hampir nak give up bila cuba mencari jawapan kepada mimpi saya yang berulang-ulang setiap minggu di malam Selasa. Sampailah saya tak tahan dengan mimpi saya ni saya open up dengan adik beradik saya yang lain. Rupanya mereke semua mimpi benda sama.

Ya kami 7 anak-anak umi mimpi hampir setiap minggu berjumpa umi dan cakap dengan umi.

Abang long kerja di hospital swasta luar negeri juga termimpi perkara sama hinggakan mengganggu emosi kerjanya. Soalan sama yang terngiang-ngiang di fikiran ‘kenapa tinggalkan umi di hospital? Umi nak anak-anak umi yang jaga bukan orang lain’.

Kami semua sangat terkesan dan Abanglong decide untuk ikut saya cari jawapan. Abanglong sangup balik ke negeri sendiri masa day off dia dan tolong sama-sama ke hospital untuk dapatkan jawapan.

Malang berturut-turut bila abang juga tidak dilayan dengan alasan ‘info sulit kerajaan, maka tetap tidak boleh’.

Sebelum ballik tu kami akhirnya mendapat jawapan daripada makcik cleaner yang diam-diam sering memerhatikan aku berulang kali ke hospital mencari jawapan.

Makcik yang agak lanjut usia hanya memesan jangan nampak sangat kita tengah borak, makcik tak boleh lama, nanti orang nampak. Makcik bagi nombor saja’

Malam tu kami balik dan call makcik dengan loud speaker biar semua adik beradik boleh dengar.

Makcik cakap sebenarnya tak ramai yang meninggal semasa bilik isolasi makcik sempat jumpa umi tak lebih 5minit sahaja. Masa tu makcik hanya masuk bilik untuk kumpulkan sampah dan sapu.

Umi ada cakap tapi suara umi macam susah nak faham. Lapar pun bunyi macam la-ar, air bunyi aaay, makcik rasa umi nak makan, makcik bawakan makanan air, tapi tumpah semua umi susah makan.

Makcik pesan kat nurse cakap patient ni perlu disuap makan minum, minum pun macam perlukan straw.

Tapi nurse balas balik ramai lagi pesakit lain makcik nak makcik kau suap la. Takda masa nak menyuap orang sakit.

Makcik beria carikan straw untuk suapkan umi tapi bila kali ni nak masuk dihalang nurse lain katanya umi taknak makan biar saja, umi dah cucuk drip. Takyah sibuk nak tambahkan kerja nurse, makcik ni cleaner saja. jadi makcik tinggalkan straw pada minuman umi dan pergi.

Tahu-tahu tengah hari tu umi meninggal. Makcik rasa bersalah makcik diam saja.

Lepas anak-anak umi ada datang tanya apa yang berlaku nurse doktor semua senyap dan mereka siap beri amaran kat makcik untuk diam dengan suapan beberapa ratus supaya makcik tak beritahu apa-apa.

makcik pesan makcik cakap makcik ni jaga solat duit suapan macam ni makcik tak makan. Jadi makcik nak beri pada anak-anak saja sebagai ucapan takziah.

Abanglong nak buat report tapi tiada bukti hanya dari mulut-mulut dan kata-kata seorang cleaner sahaja tak kemana. Kami hanya mampu berterimakasih dengan makcik cleaner yang jujur selepas 5bulan.

Tapi kami memang terkedu kerana umi dibiarkan untuk meninggal keseorangan tanpa bantuan. Sejak daripada hari tu tiada siapa dari 7 beradik kami mempunyai mimpi sama lagi.

Dan minggu lepas abah tidur balik selepas solat subuh dan didapati meninggal dunia dalam tidur kami beradik nampak perubahan abah sejak umi meninggal, abang memang sangat kurus hilang selera dan sering tak bercakapp.

Mungkin abah dalam dalam kesedihan. Sebab inilah saya menulis confession ini.

Covid menguji sektor kesihatan dalam pelbagai ujian tapi tak memberi green light untuk abaikan peskit walaupun seorang.

Kami pula diuji dengan perangai sesetengah pekerja staff hospital yang cuai dengan alasan kerja banyak dan bukan skop kerja mereka untuk siap makan minum tukar pampers ambilkan wuduk dan sebagainya.

Tapi saya harap dalam kalangan pembaca kalau ada yang bekerja dibidang perubatan minta sangat-sangat buatlah kerja kerana tanggungjawab dan bukan hanya untuk gaji bulanan.

Kalau dah tahu kerja tanggungjawab besar, buatlah sebaik mungkin. Kali ni umi meninggal bawah jagaan hospital yang entah jaga ke tidak… jawablah di akhirat.

Doakan umi abah tenang dan tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman. Moga-moga umi abah disatukan dialam sana tanpa berasa sedih kecewa hal-hal dunia, Aamiin.

– Salina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *