Memilih Sahabat

Salam sejahtera dan selamat petang kepada warga IIUM Confession sekalian. Diharapkan anda semua sihat walafiat. Aaamiiin.

Nasihat aku kepada yang nak cari kawan baik, selidik dulu diri dia. Dia solat tak? Puasa Ramadhan penuh tak? Zakat? Haji atau umrah (sekiranya dia mampu)?

Kalau rukun Islam dia tunggang langgang, boleh jadi dengan kau pun tunggang langgang juga. Tapi kalau dia jaga agama dia betul-betul, Inshaa Allah dengan kau pun dia akan betul-betul baik.

Selain agama, kena tengok juga keluarga dia, better pilih yang ada latar belakang keluarga yang elok kerana keluarga itulah yang bentuk jati diri dia.

Keluarga yang elok, maka elok juga budi pekertinya tapi kalau keluarga yang tak elok (bukan semestinya ya) dikhuatiri akan bawak masalah dalam jiwa dia hingga kita sekali terpalit.

Tapi kalau yang jenis ada keluarga tak elok namun perangai dia elok belaka,

Tak de masalah kalau nak ambil dia sebagai kawan baik cuma kena struggle sikit sebab nak pulihkan semangat dia (Al-Maklumlah, broken family, mana taknya tak remuk jiwa dia).

Latar belakang pun main peranan, tapi better ambil kawan baik yang latar belakang dia tak sama macam kau. Contoh, kau dekat Universiti ambil bidang seni dan kawan baik kau tu pun ambil bidang seni juga.

So, dikhuatiri (aku tak kata confirm) bila kau berjaya sikit, dia akan cemburu dan akan beri respon negatif. Dari sinilah akan wujud “trust isue” kat diri kau pada orang.

Bila bidang kau dan bidang dia tak sama, kau terbang lah tinggi mana pun dia tak akan sakit hati walaupun dia ada juga rasa cemburu cuma rasa cemburu dia tu tak mendorong dia untuk buat benda-benda tak elok kat kau.

Aku ingat lagi kisah seorang ex sahabat Ikan Asy-Syafi’e, dia membelasah Imam Asy-Syafi’e hingga beliau jatuh sakit kerana beliau dan dia satu course dalam ilmu Fiqh.

Sebabnya, Imam Asy-Syafi’e jauh lebih alim berbanding dia dan itulah yang buatkan dia rasa dengki.

Kalau korang nak cari kisah ini, refer kat ustaz/tuan guru korang, aku lupa ambik kisah ini dari kitab mana tapi ada dalam kitab lah.

Lepastu, kau kena berkenalan dan rapat dengan masyarakat yang ada di sekeliling dia (bahasa mudahnya, kau kena biasakan diri bila berada di kariah dia).

Kau kena sembang senyap-senyap dengan masyarakat yang ada di kariah dia pasal macam mana perangai dia dan bla bla bla.

Bila masyarakat kata dia bagus, okay, tak kacau orang, puas hati maka barulah kau ambil dia sebagai kawan baik.

Korang pernah dengar istilah talam dua muka? Hah, itulah. Depan orang baik, tapi belakang orang buat benda yang bukan-bukan.

Ibarat menanam tebu di bibir, manis pada kata-katanya akan tetapi pahit dirasa dari tindakannya.

Sebab tu aku sebut pasal keluarga dulu sebelum masyarakat, kalau kau terus tanya orang-orang yang ada di sekeliling dia belum tentu betul.

Bila kau tanya keluarga dia, maka kau akan dapat maklumat sahih dan tepat sebab hanya keluarga dia yang lebih kenal dia dan tak mungkin keluarga dia akan bohong kau (lagi-lagi mak dia kan?)

Jadi, korang selidik diri dia dari segi agama dan attitude dulu, latar belakang dia, lepastu keluarga dia dan akhir sekali pandangan masyarakat terhadap dia.

Kesimpulannya, pandai-pandailah pilih sahabat.

– Asyraf (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *