Assalamualaikum, confession saya ini tertuju khas bagi perempuan yang tersilap langkah dalam kehidupan. Pengalaman gelap yang dalam parutnya berbekas di hati.
Alhamdullilah, walaupun saya seorang yang hina, Allah masih memberi peluang dan menyelamatkan saya dari alam kemaksiatan.
Bagi mereka yang tidak pernah berada disituasi sebegini memang sukar nak faham dengan tindakan kami kerana sejujurnya, kami penzina sendiri juga tidak dapat berfikir dengan baik.
Mungkin tidak semua berfikiran seperti saya ketika menghadapi ujian besar ini, tetapi saya yakin ada segelintir yang mungkin perasaannya seakan saya. Inilah kisah gelap saya yang boleh diambil pengajaran, dimana saya mencintai manusia melebihi tuhan.
Saya akan menggelar pasangan zina saya sebagai A. Saya berjumpa dengan A ini sewaktu saya belajar di Universiti. Dahulu, saya seorang yang agak kuat agama bertudung labuh solat memang tak pernah tinggal. A ini pula kawan satu batch saya, seorang yang peramah dan bijak.
Saya ini memang tak masuk dengan lelaki, tetapi ketika saya bergaul dengan si A, saya rasa mudah masuk siap ketawa-ketawa lagi. Kali pertama kami bersembang pun sebab ada group project. Setelah itu, kami mula chatting di media social setiap hari sepanjang masa.
Umur saya sewaktu itu 21 tahun dimana saya fikir tidak mengapalah bermesra sedikit kerana memang biasa zaman-zaman universitilah orang mula cari pasangan. A awalnya masya Allah, tidak di nafikan, seorang yang bagus serba sempurna di mata saya.
Sesudah sebulan, saya menjadi girlfriend kepada si A. Walaupun pelajaran saya sedikit terganggu, semua stress saya akan lenyap bila A bersama saya.
Satu hari, A mengajak saya dating berdua. Awalnya saya sedikit gelisah tetapi sebab mengikutkan nafsu, saya terima. Dalam hati saya memang saya percaya si A ini orang yang baik dan saya percaya tak akan lah ada benda tak elok terjadi.
Mentality saya sebegitu dahulu sebab saya dibesarkan dalam keluarga yang elok dan saya memang berfikiran, perkara macam maksiat ini tak akan jadi pada diri saya.
Pendek cerita, habis dating si A ini pegang tangan saya. Memang sejuk kaku saya rasa ketika itu, tidak berani nak pandang dia.
Nak tepis pun, otak tak fungsi sebab terlampau gelisah. A senyum dan mengusap-usap tanganku cuba menenangkan saya. Dia katakan saya ini berlainan dari perempuan lain dan semua ayat-ayat jiwang yang mengatakan betapa berharganya diri saya.
Perlahan-perlahan saya mengenggam tangannya dan sewaktu itu, hanya tuhan sahaja tahu betapa indahnya saya rasa kerana saya pun memang mencintakan dia.
Habis dating, sampai sahaja bilik terus saya terduduk menangis sorang-sorang sebab rasa saya dah buat dosa besar.
Walaupun begitu, saya masih chat dengan si A yang mengatakan terima kasih kerana mempercayai dia. Lama kelamaan, berpegangan tangan bukanlah satu perkara yang asing lagi buat saya dan si A.
Solat tak tinggal dan Al-Quran pun dikatakan setiap hari saya akan baca sekurangnya 2 helai. A juga memang jenis yang jaga solat dan kadang-kadang ceritakan hal-hal agama juga kepada saya. Apabila dah biasa keluar berduaan, dari tangan dia mula pegang lengan, peha, pipi, hidung semuanya.
Daripada usap-usap, dia peluk saya. Memang setiap kali dia buat benda baru, saya akan rasa gelisah dan awkward tetapi saya tidak melawan dia. Saya akan ketawa kecil sahaja walaupun rasa tidak selesa. Saya merasakan ini lah apa yang saya perlu buat bukti saya percaya dan sayangkan dia.
Saya takut nak tepis atau tolak sebab bagi saya itu macam tidak respect dan akan buat dia terasa. Sila faham yang sewaktu ini saya cintakan dia sepenuh hati, kalau orang asing tak kenal, saya mungkin kaku juga tetapi akan sedaya upaya tolak.
Selepas habis stage berpegangan, si A minta nak bercumbuan dengan saya, tetapi yang ini saya menolak sebab saya rasa begitu asing/taboo. Walaupun si A hormat penolakan saya, mukanya terus ketat dan terus dia berdiam diri.
Dia juga akan meminta berulang kali sehingga akhirnya saya mengalah dan memberi. Walaupun rasa sangat tidak selesa, saya rasa bahagia melihat si A ini tersenyum gembira menghargai diri saya.
Lama kelamaan kami makin mesra dan setiap pengangan dia, saya anggap sebagai tanda kasihnya kepada saya. Akan tetapi, hampir setiap malam saya menangis kepada Allah menyuruhnya memberi petunjuk dan semoga si A ini jodohku.
Tiada sesiapa yang mengetahui saya dating dengan si A ini kerana bagi saya, saya tidak mahu menunjuk-nunjuk sebelum pasti. Si A juga menyorok hubungan kami daripada kawan yang lain. Si A berkata bahawa hubungan yang menunjuk-nunjuk ini hanyalah hubungan yang tidak bahagia.
Cuti sem bermula dan si A mengajak saya bercuti dengannya, dan bermulalah penipuan saya terhadap kedua orang tua saya mahu bercuti bersama kawan. Saya melakukan apa sahaja asal dapat bersama si A.
Si A ini juga membantu saya supaya dapat melarikan diri dari kedua ibu bapa saya dengan berkata umur seperti saya haruslah berdikari dan enjoy waktu muda.
Jika ibu bapa saya menghalang, si A akan bermasam muka dengan saya, membuatkan saya membantah habis-habisan dengan kedua ibu bapa sehingga akhirnya mereka mengalah. Terus naik seri wajah si A bila dapat tahu saya berjaya melarikan diri dan katakan sayang yang tak terhingga kepada saya.
Perasaan bersalah itu ada, tetapi saya tidak pernah menunjukannya pada si A. Jauh kami bercuti dan akan sentiasa saya update kepada ibu tentang keselamatan saya. Akhirnya, kami check-in dan rasanya kalian tahu apa akan terjadi.
Kepada perempuan di luar sana, harap nampak ya langkah demi langkah yang di ambil ini. Semua secara perlahan-perlahan sampai tahap diri sendiri rasa bersalah nak menolak. Kalau menolak, dia bermasam muka nak break up. Kalau memberi, mukanya berseri-seri dengan pujian.
Paling sukar kerana dia insan yang saya paling sayang dan cintakan melebihi apa-apa.
Kami terlanjur.. Rasa sakitnya itu sampai menitis air mata menahan. Sewaktu itu, bagi saya, itu kira tanda yang terbesar kasih saya kepadanya dan si A juga mengatakan dia akan sentaiasa ada bersama saya dan menghalalkan saya kelak.
Ketika itu, mula timbul perasaan yang walaupun apa-apa terjadi, saya tidak boleh meninggalkan si A.
Sekali terlanjur, mulalah kami berzina berkali-kali dengan mudah. Si A mula mengawal hidup saya, dengan siapa saya berkawan, cara pakaian, bila nak berjumpa etc. Jika saya melawan, si A akan marah dan terus ignore saya berhari-hari kerana katakan saya tidak mengikut kata.
Bagaimana dia nak mengambil saya sebagai isteri kalau susah nak taat? Saya mula risau si A akan meninggalkan saya dan saya melakukan macam-macam hal demi si A walaupun ianya menjejaskan saya. B
ila bergaduh, saya akan menangis kepada tuhan kerana takut ditinggalkan dan saya buntu apa mahu dilakukan.
Saya tahu ramai orang akan mengatakan lelaki seperti itu seharusnya tinggalkan sahaja tapi amatlah sukar, kerana hubungan kami dah macam pasangan berkahwin.
Jujurnya melakukan maksiat pada pandangan saya ini, bukan nikmat hubungan itu yang sukar ditinggalkan, tetapi setiap kali melakukannya, rasa sayang bertambah kuat yang menyukarkan.
Setahun sudah berlalu, pelajaran memang di abaikan sehabisnya kerana dari pagi hingga malam, tugasku hanyalah nak memastikan si A ini gembira agar dia tidak meninggalkan saya.
Walaupun solat masih penuh, ianya makin tak terjaga dan dilewatkan. Saya juga makin mengasingkan diri dari kawan sebab nak melayan si A ini.
Ada hari saya rasa seperti puteri bahagia dan esoknya saya seperti orang asing bagi A. Lama kelamaan, saya pula yang jadi panas baran sebab terlampau sakit hati. Bila si A kata dia nak break up sebab saya tak ikut cara dia, saya okay kan sahaja dan kami berhenti berhubung beberapa hari.
Dalam seminggu, salah satu diantara kami akan hadir balik mengatakan tidak sanggup. Perkara ini berulangan sehingga putus hubungan dan kembali menjadi kebiasaan. Seperti A, mulutku juga menjadi celupar dan mengatakan ayat-ayat kesat.. Bila bahagia, semua rasa cukup.
Bila bersedih, rasa macam dunia ini tamat.
Suatu hari, saya mula gelisah kerana lambat datang haid dan ayat pertama si A katakan adalah “ Kalau mengandung, kena cepat gugurkan anak itu”. Saya tahu dia dalam ketakutan dan begitu juga dengan saya tetapi saya memang terasa apabila orang yang kata sayang kepada saya mengatakan sebegitu.
Saya resah dan berdoa berhajat agar saya tidak mengandung. Si A punya tahap resah ini sampai dah buat research pelbagai cara nak gugurkan kandungan. Mungkin sebab saya pun sudah 20-an dan bukannya remaja yang bila takut buang bayi, saya rasa amat perit dan tidak dihargai.
Walaupun ini hubungan zina, saya tak mampu nak gugurkan kandungan ini. Si A tetap memujuk saya mengatakan dia akan mengusahakannya. Usaha bukan dengan kahwin tapi menggugurkan. Melihat si A itu berusaha membantu membuatkan diri saya rasa sangat terhina.
Si A kata yang kami harus fikir rational dan jangan ikut emosi. Tergurisnya hati saya sebab sekarang dah tercipta satu memori yang hingga kini mengatakan, jika saya mengandung kena gugurkan cepat-cepat…
Alhamdullilah, saya tidak mengandung dan Allah masih membantu, tetapi memori rasa tidak layak itu menjadi trauma kepada saya.
Hubungan kami masih berlanjutan begitu juga dengan maksiat. Perangai saya yang dulunya solehah menjaga kata dah betukar jadi macam samseng. Setiap malam masih menangis kepada tuhan agar semuanya tamat, tetapi tak mahu tamat dengan cara perpisahan.
Saya buntu. Si A dengan ayatnya, belum sampai masa, kalau ada jodoh pasti kahwin etc. Bila saya marah-marah, dia kata kita jadi kawan sahaja lah. Mental dan hati saya lelah sangat. Saya Cuma mahu si A ini menghalalkan saya secepatnya dan hidup macam orang lain.
Selagi dia tidak menghalalkan, kami akan terus menerus membuat maksiat. Si A ini buat-buat tak faham dan bila saya maki dia, dia kata dia tak nak kahwin dengan perempuan mulut macam saya suka memaki.
Bila saya layan belai-belai dia pun, dia berseronok sahaja, tak ada pun cakap bagus perempuan ini harus cepat jadikan isteri. Dengan emosi saya yang makin terganggu disebabkan rasa bersalah melakukan maksiat dan takut ditinggalkan, si A makin menjauhkan diri.
Bila dia berjauhan, saya rasa dia akan meninggalkan saya keseorangan. Dia juga selalu berkata kepada saya, tiada lelaki lain yang sanggup terima saya.
Bila gaduh, dia minta jadi kawan sahaja. Hina sangat saya rasa. Kalau nak jadi kawan sahaja, dari dulu cakap awal-awal dan bukannya setelah ambil segalanya.
Mungkin Si A ini rasa kalau jadi kawan, saya rasa lega sebab, bermaksud dia tidak menghalalkan saya tetapi tidak juga meninggalkan saya.
Saya geram dengan si A yang hidup dalam ketidakpastian dan asyik ugut nak tinggalkan saya. Berkat doa, mungkin Allah sedar betapa sukarnya saya nak tamatkan masalah ini, hati saya dijentik untuk terus jujur pada ibu si A.
Saya beranikan diri dan tidak peduli jika ibu bapa saya tahu atau satu dunia sekalipun. Selagi tiada yang membantu, si A ini akan buat perangai “bukan waktu yang terbaik” sampai kiamat. Saya perlu perjuangkan maruah saya sendiri untuk dibela.
Takdir Allah, si A memaki saya mengatakan tiada siapa yang akan menjadikan saya isteri dan supaya tidak mengganggunya lagi. Dia juga mengatakan kerana saya, hidupnya kucar kacir. Dengan perasaan sayang yang masih kuat, saya melihat si A hilang dari hidup saya.
Setelah berlaku kejujuran, saya sedar selama ini saya hanyalah dipergunakan dan jika saya masih bertahan, boleh jadi si A akan terus menerus mempergunakan saya.
Saya masih cuba nak bagi si A ini faham betapa teruknya situasi saya untuk mempertahankan maruah yang dah rosak, setidaknya ada sedikit simpati kepada saya. Perasaan saya sewaktu itu bagaikan berlari dalam kegelapan masih mencuba nak capai si A yang pergi ini.
Namun, Si A melarikan diri dari saya, block semua contact dan elak berjumpa terus. Saya rasa macam manusia paling hina, abandoned oleh orang yang teramat saya sayang percaya, disposable, tak ada harga langsung etc.
Saya berhenti mengejarnya, terduduk keseorangan melihat dunia saya bertukar gelap.
Pengalaman ini dikongsi khas untuk wanita seperti saya untuk sedar lebih awal. Lelaki yang mengatakan sayangnya setinggi langit hari ini boleh lesap begitu sahaja esoknya.
Saya percaya si A ini tahu kesan tindakannya yang memusnahkan hidup saya, tetapi pilih untuk berdiam diri dan lari dari bertanggungjawab.
Walau saya merayu menangis darah sekalipun, jika si A tak mahu, memang tak akan berubah pun nasib saya. Apapun, setiap pengakhiran yang kita dapat adalah ujian juga dan janganlah kita berhenti berharap kepada Allah.
Sukar nak lepaskan pasangan berzina ini kerana ayat-ayat yang digunakan sama seperti lelaki lain yang ikhlas.
Allah dah tunjuk perangai keji si A tetapi saya tetap terhegeh-hegeh suruh si A jadikan saya isteri macam perempuan tiada maruah. Sebab itu, Allah menutup terus jalan saya berhubung dengan si A ini kerana cara ini sahajalah yang boleh membuka mata saya.
Si A tidak kesah langsung pasal saya dan buang saya macam orang asing. Walaupun saya terserempak dengan si A di kuliah, dia mengalak habis-habisan seolah-olah saya tak wujud langsung. Perasaan yang saya hadapi ini memang sebolehnya saya tidak mahu orang lain rasa.
Terlampau hina dan sakit. Pengalaman yang saya tak akan lupa dan menusuk hati ini berulang-ulang kali. Namun, part 2 saya akan ceritakan zaman depress, apa yang saya lakukan, hikmah saya mengalah bersabar dan menemukan suami saya sekarang yang bagai turun dari syurga.
– Bekas Penzina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit