Adakah Ini Yang Terbaik

Baru-baru ini aku dipinang oleh lelaki pilihanku sendiri, akhirnya, hubungan jarak jauh selama 2 tahun kini nampak sinar kebahagiaan bersama.

Aku di Selatan, dia pula di Pantai Timur. Dia merupakan orang kampung biasa yang pernah pekerja di syarikat ternama di Malaysia. Orangnya cukup besederhana. Keluarganya biasa-biasa sahaja. Berbeza dengan keluargaku.

Aku dibesarkan dengan serba-serbi mencukupi. Mempunyai ibubapa yang terpelajar dan bekerjaya. Abang dan kakakku juga berjaya dan sudah mendirikan rumahtangga dengan pilihan mereka.

Akan tetapi, yang kurang dalam keluarga kami adalah kasih sayang. Ibuku tidak dibesarkan dengan sifat keibuan yang ideal. Sifatnya garang dan straightforward person. Ayahku pula seorang yang bengis dan pemarah.

Akan tetapi, jauh disudut hati mereka, mereka sangat penyayang, dan mereka memesan kepadaku bahawa sifat mereka yang sebegitu adalah untuk mendidikku supaya menjadi seorang wanita yang cekal dan tabah.

Tapi, aku hanya seorang anak gadis yang sentiasa memerlukan belaian dan perhatian kedua ibubapaku.

Dek kerana aku tidak mendapat kasih sayang keluarga, aku cuba-cuba menjadi seorang wanita yang bebas, dan mencari perhatian daripada ramai pria lain.

Niatku sekadar untuk bersuka-suka dan membuat kawan baru. Aku berasa seronok kerana mempunyai kawan lelaki yang kononnya pedulikan aku.

Tapi, semakin ramai pria yang aku kenal, semakin aku memahami niat dan isi hati mereka. Mereka sekadar mengambil kesempatan di atas tubuhku.

Dua tahun lepas, aku ditemukan dengan tunanganku melalui perantaraan (kawan-kawanku). Mereka memperkenalkan aku dengan si dia yang padaku cukup menarik. Aku tertarik dengan keperibadiannya yang hebat dan berbudi-bahasa.

Akan tetapi, semakin lama aku mengenali dirinya, semakin aku tidak berkenan dengan attitude yang ditunjukkan. Dia merupakan bekas kaki botol, ketum, ganja, kaki perempuan. Kau sebut sahaja benda-benda haram yang lain, dia pernah melakukannya.

Dia juga seorang yang baran kerana mempunyai kisah silam di zaman kanak-kanaknya. Dia merupakan mangsa penderaan dan mangsa rogol. Ya, dia lelaki yang pernah dirogol semasa beliau berusia 5 tahun. Kisah hidupnya di masa lalu dia sungguh menyedihkan.

Mungkin kerana itu dia memilih untuk melepaskan tekanan dan traumanya dengan kegiatan haram tersebut. Tapi, dia berhenti melakukan perkara tersebut selepas kami bercinta.

Pada awalnya, aku berniat untuk memaafkan kisah lamanya dan berjanji untuk membantunya menjadi lelaki yang lebih baik.

Setahun kemudian, dia diuji dengan masalah kewangan kerana diberhentikan kerja. Syarikat tempatnya bekerja ingin cut cost disebabkan oleh pandemik yang melanda. Dia hilang kerja dan hilang arah tujuan.

Dia balik ke kampungnya di Pantai Timur dan kembali bercampur dengan kawan-kawannya yang tidak bermoral. Dia mula mengambil ganja dan berzina dengan ramai perempuan. Aku tidak menyangka dia seperti itu. Dia bermain dengan perempuan lain semasa kami bersama.

Disebabkan perubahan dirinya yang semakim ketara semasa kami on call atau video call, aku akhirnya nekad untuk meminta dia berterus-terang denganku. Mulanya dia bermain tarik tali denganku. Yelah, penipu mana yang nak mengaku dia buat salah kan?

Akhirnya dia mengaku dia pernah selingkuh, dan andaianku bukan andaian semata. Benar kata orang, instinct wanita itu kuat. Selepas mengetahui kebenaran, aku sering menyalahkan diriku kerana diperlakukan begitu.

Sedangkan aku lah mangsa keadaan, jadi kenapa aku menyalahkan diriku? Kami berpisah sementara selama seminggu, dan bersama semula kerana dia datang bersama keluarganya ke rumahku untuk melamarku.

“Apakah aku tidak cukup menarik?, Tidak cukup seksi? Tidak cukup mencintai dirinya? Apa salah aku? Kenapa aku diperlakukan begini?

Apa aku perlu memaafkan dia? Semasa dia susah tak punya wang makan, aku yang meminjamkan duitku, tapi duit tersebut digunakan entah untuk apa. Aku jijik. Aku jijik dengan si penipu.”

Soalan ini sering bermain difikiranku. Keluarga dia tidak cukup mengenali dirinya seperti aku mengenali dirinya. Ibubapa nya juga tidak tahu dia anak yang kotor.

Keluargaku hanya nampak sisi baik dirinya sahaja, kerana tidak pernah sekali aku mengaibkan dirinya kepada sesiapa.

Kami sudah bertunang selama 4 bulan, dan bercadang untuk berkahwin lagi 2 bulan. Aku menerima dirinya semula kerana aku nampak perubahan dirinya yang semakin serius untuk menghalalkan aku.

Tapi, terkadang ada suara kecil di dalam kepalaku yang berbisik untuk membatalkan perkahwinan ini. Mungkin ini punca kenapa orang tua kita kata tak elok bertunang lama-lama. Sebab dugaan tunang itu tidak semudah dugaan semasa bercinta.

Aku jadi keliru. Adakah keputusanku untuk berkahwin dengan orang yang mempunyai zaman silam yang jijik ini adalah betul?

Dia sangat beruntung memilikku yang masih berstatus dara, kerana aku tidak pernah disentuh oleh lelaki lain kerana aku yakin ini mahkota diriku.

Aku wanita yang terpelajar, tapi kenapa aku bodoh dalam soal hati dan perasaan. Aku dihanyutkan dengan rasa cinta yang sementara. Rasa sayangku terhadap dirinya sentiasa ada, tapi, sayang sahaja tidak mencukupi.

Aku masih trauma dengan kebenaran yang dinyatakan. Aku masih tidak sepenuhnya memaafkan dan menerima dirinya. Dia tidak lagi memiliki kepercayaan diriku.

Aku buntu. Kami bakal menikah lagi 2 bulan ya Allah.. Adakah keputusanku ini terlalu terburu-buru?

Perlukah aku memaafkan dan let go semua perkara ini? Apa sebenarnya yang perlu aku lakukan? What if we get married and he cheats again in the future?

Because I believe in “once a cheater, always a cheater”. Adakah seorang manusia yang pernah curang akan kembali setia? Apa perkara yang perlu aku lakukan agar dia terus mencintai dan berlaku setia hanya dengan diriku?

Aku perlukan pandangan daripada ibubapa di luar sana. Dan mana-mana pasangan yang pernah berada atau somehow boleh relate dengan situasiku. Terima kasih. Doakan kebahagian berpihak kepadaku ya. Assalamualaikum.

– Selena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *