Aku baru sahaja berhenti makan ubat akibat Major Depressive Disorder. Hampir 2 tahun aku struggle seorang diri ulang alik ke klinik psikiatri setelah aku yakin ada sesuatu yang tak kena pasal aku.
Aku pernah jumpa pakar setiap minggu, setiap 2 minggu, setiap bulan, hingga lah setiap 3 bulan. Ikut keadaan semasa aku. Kalau serius dan membincangkan, lebih dekatlah appointment tu. Aku juga sudah lalui 2 jenis psikoterapi.
Sambil-sambil tu aku paksa diri aku excercise, makan benda berkhasiat, jumpa orang, belajar peluk orang, belajar kata ucap kasih sayang, paksa diri aku bangun dari katil setiap hari.
Paksa diri nak mandi dan wangi, paksa diri nak bersihkan rumah, paksa basuh baju dan pinggan. Segalanya rasa susah dan menyiksakan sedangkan itu semua hanya keperluan asas hidup.
Belum masuk tidur aku yang dipenuhi mimpi buruk, susuk tubuh orang yang sakitkan aku selalu muncul dan sakitkan aku berkali kali dalam tidur sehingga aku rasa betul-betul sakit di kulit bila terjaga. Aku meraung dan merintih dalam tidur.
Sepanjang malam terjaga dan pujuk diri untuk tidur balik. Semua itu hanya ulangan kisah lalu dan mainan tidur.
Badan aku terlalu penat dengan semua tu. Aku bangun dengan lesu. Aku tak dapat fokus buat apa-apa. Rasa blur, keliru macam orang bodoh.
Tahap aku teruk, aku pergi langgar tiang elektrik sebab tak nampak walaupun punya la besar dna jelas. Belajar aku, bisnes, part time job semua aku stop untuk bagi diri aku sembuh sepenuhnya. Aku cuba kembalikan diri aku yang dulu.
Seorang kanak-kanak, remaja dan awal dewasa yang sangat bersemangat. Membesar sendirian tanpa siapa peduli pun aku mampu kekal cemerlang. Aku paling cemerlang dalam keluarga aku yang ramai. Aku boleh buat macam-macam, sangat berdikari.
Sejak kecil sudah terbiasa buat lesen, pergi tusyen, beli buku, sambung belajar, pergi ke mana-mana sendirian dan guna duit sendiri. Ketika interview pun aku sangat yakin dan bersemangat. Semua orang yang berada dekat dengan aku pun jadi bersemangat juga. Berjangkit.
Tapi itu dulu, sebelum aku terkena depression yang sangat teruk. Therapist aku cakap, depression aku ni tahap moderately severe. Iaitu tahap teruk yang sederhana. Katakan ada 3 tahap depression. Mild, moderate and severe. Dalam setiap tahap tu ada tahap dia pula.
Macam sub gitu la. Dan aku berada di tahap severe, sub dia moderate. Sebabnya semua simptom ada kecuali halusinasi dan rasa nak bunuh diri.
Aku syukur sangat bend atu tak ada sebab aku tak tahu aku mampu hadapi ke tak bila hadapi semua ni seorang diri tanpa sesiapa peduli. Mana pernah family aku yang ramai teman aku pergi appointment atau ambil kisah apa Dr cakap lepas appointment.
Semua orang tahu tapi masing-masing buat-buat tak tahu dan tak tanya khabar pun.
Yang selalu dengar masalah aku pun mak saja dan bila dia risau keadaan aku dia call kakak tengah aku. Dia yang tolong bayar ubat aku yang beratus sebulan guna duit zakat. Yang ni kira dah membantu sangat.
Bila aku cuba cerita, mula la anak buah yang sama umur dengan aku dan kakak sulung aku sibuk nak compare apa yang dia lalui juga. Tapi dia tak ada pun kena depression ke, dia boleh saja maafkan. Yang ni aku rasa nak marah sangat.
Kau nak compare benda yang jelas aku yang lebih banyak lalui dan aku cuba untuk tak sebut sebab nak hormat penderitaan kau. Tapi kau tak reti bahasa juga asyik ulang benda sama.
Kau kata kau maafkan orang yang buat hidup kau tak best tu tapi kau asyik ulang benda tu bertahun tahun walaupun dah lama tak berlaku.
Kau boleh cakap kau maafkan sebab dia dah tak buat. Sedangkan aku, benda ni masih berlaku. Aku dah maafkan sejuta kali tapi bila dia asyik buat perangai aku akan terimbas balik semua.
Aku dah cuba buat baik, selalu tolong dia, buat baik dengan anak dia, tak pernah cerita apa yang dia buat selama ni pada suami dia.
Masa dia susah awal-awal kawen dulu pun, kalau mak bagi aku duit, aku bagi dekat dia tanpa pengetahuan dia sebab kesian. Aku cakap duit tu mak yang bagi walaupun masa tu aku sangat-sangat susah juga.
Tapi dia masih sakitkan aku. Jadi salah aku lah aku kena depression? Jadi salah aku kah aku masih ingat apa yang dia buat? Aku tak pernah nak hidup macam ni. Aku nak bebas. Aku sangat menderita. Musnah hidup aku.
Ya, faktor utama yang buat aku kena depression adalah adik beradik aku sendiri. Kakak atas aku. Abang atas aku ada menyumbang juga tapi tak banyak.
Sejak kecil dia pukul, gigit, hina, cakar, hempuk, marah aku. Dah biasa aku makan selipar, digigit sampai jangkitan kuman gelembung tangan aku. Di cakar hingga mengelupas kulit, dipulas tangan hampir patah.
Aku pernah hampir dipukul dengan penyapu nasib baik mak aku ada sempat tahan. Itu pun dia tolak mak aku sebab nak juga pukul aku. Kalau dia balik, bilik aku dia guna walaupun dia dah ada bilik sendiri.
Aku terpaksa guna toto saja. Masa aku spm, aku nak siapkan kerja sekolah dia masuk bilik aku pukul 11 malam dan tutup lampu. Aku pergi buka balik dan dia marah sebab nak tidur.
Aku tahu kalau aku lawan sekali lagi memang makan kaki tangan dia. Mak aku ada tapi mak aku menangkan dia. Aku terpaksa angkut semua buku dan siapkan kerja sekolah di ruang tamu.
Aku tak boleh bercerita tentang aku pada mak. Aku tak boleh cerita apa yang berlaku di sekolah sebab dia akan jerit cakap “serabut lah!!” sedangkan aku tak pernah marah dia bercerita mengenai sekolah dia, Universiti dan sebagainya walaupun sudah berjam jam.
Aku terpaksa berhenti masa tu juga kalau tidak kaki tangan dia akan hinggap di badan aku. Kalau aku menyanyi sikit tak boleh dia marah serabut. Aku humming slow pun hampir kena pukul.
Kalau aku mengadu apa-apa pada keluarga dia akan nafikan apa yang aku lalui tu takde apa berbanding dia. Akhirnya masalah aku tak selesai dan terpaksa hadapi semua sendirian.
Mak aku ajak aku makan sebab aku jenis susah nak makan berhari-hari pun dia simpan dendam. Dia kata mak aku pilih kasih tak ajak dia makan juga.
Mak cakap dia tak perlu ajak sebab baru mak aku siap masak dia dah ready pinggan. Sekejap saja dah habis. Sedangkan aku 3 hari pun belum tentu aku makan apa-apa.
Boleh dia dengki benda macam tu. Aku tak faham. Masa aku nak masuk uni, aku perlukan pertolongan, nak tanya pasal upu, isi borang apa semua pun tiada siapa tolong. Bila aku tanya apa-apa dia akan cakap “aku dulu buat sendiri saja semua”. Akhirnya aku terkontang kanting.
Tapi bila turn abang aku nak masuk uni, dia tolong A-Z. Bila dha habis belajar nak minta kerja pun dia yang buatkan resume. Sekali dengan isteri abang aku dia buatkan. Tapi bila aku susah dia akan cakap dia dulu buat sendiri ke semua. Aku tak faham.
Kalau makan ke apa dia sengaja masak sedap-sedap bagi aku terliur dan hanya bagi kepada ank saudara aku saja makan. Depan mata aku.
Selalu. Aku seperti dipulau kan. Semua yang aku buat salah. Kalau pun bercanggah info pasal pengetahuan am ke apa dan dia salah, bila aku cuba betulkan dia tak terima.
Bila aku cuba betulkan sekali lagi, memang dapat kaki tangan dia la. Kalau dia minta tolong apa-apa pun aku tak boleh kata tidak kali kedua kata tak atau bercanggah dengan dia, memang aku akan kena. Bayangkan seumur hidup aku macam tu?
Kadang abang aku join sekali. Abang aku yang ni beza setahun saja dengan dia. Dia pernah tumbuk aku sebab makan depan TV. Sedangkan selama ni tak pernah ada peraturan tak boleh makan depan TV.
Tapi dia saja saja cari pasal. Selalu dia pukul aku tanpa sebab. Semua orang perasan benda tu kecuali mak aku tapi tiada siapa tegur.
Hanya bila abang aku keluar baru adik beradik aku bincang kenapa tiba tiba abang aku cari pasal dengan aku, sakitkan aku tanpa sebab.
Dua orang ni selalu hina aku. Cakap aku hitam, kulit sama coklat dengan kulit pokok. Rupa aku dah biasa direndahkan sehingga aku percaya aku sangat hodoh.
Ada satu benda pelik pasal abangku yang masih tak terungkai. Kalau aku nak salam tangan dia masa dia hantar aku sekolah ke, masa raya dan bila-bila saja mesti dia akan rasa awkward dengan aku.
Baru tersentuh sikit dia cepat-cepat tarik tangan macam aku ni bukan mahram. Sekarang better sikit.
Family aku tak pernah acknowledge apa yang aku lalui selama ni. Malah aku dipaksa untuk buat baik pada dia selalu, rapatkan silaturahim.
Korang bayangkan, orang yang buat korang menderita tu orang tak nasihat. Tapi dok nasihat mangsa. Dah la mangsa ni dah berpuluh tahun struggle. Beribu kali dah maafkan.
Kakak aku masih juga tak berubah dan at the end mak aku suruh aku pergi buat baik dengan dia. Dia dah tahu aku dah buat baik tapi dia suruh buat lebih lagi.
Aku dah habis cuba. Aku sangat baik dengan anak dia. Hari ni pergi jumpa pakar psikiatri, hari esok aku kuatkan hati pergi main dengan anak dia, bawa jalan-jalan, belanja aiskrim.
Masa dia bersalin pun aku tolong, aku masak makanan favourite dia pun aku bagi. Malah dia selalu minta nak banyak.
Paling aku terkilan bila masa aku buat mee celup untuk share dengan dia. Dia datang rumah aku bebel-bebel sebab suruh dia datang cepat-cepat kerana aku tiba-tiba kena keluar.
Tak cukup tu dia marah-marah sebab aku letak daging lembu saja. Tak ada bebola, tak ada ayam. Dia juga marah sebab aku celur sejenis mee saja.
Aku tercengang sebab sepanjang dia tapau tu dia dok bebel aku. Dah la aku masak penat-penat, tak minta duit dia langsung.
Niat aku ikhlas nak share makanan favourite dia saja sebab susah nak dapat mee celup yang betul-betul rasa ori. Tapi yang aku dapat bebelan dan cemuhan?
Ada masa aku sangat terasa dan rasa malas nak associate diri aku dengan dia. Bila aku pergi rumah kak ngah aku, kak ngah suruh hantarkan barang rumah kakak aku tu. Aku cakap aku tak nak.
“Kenapa pula?”
“Sebab dia buat orang macam tu”. Aku jawab.
Tiba-tiba k.ngah tinggikan suara cakap, “kita ni ingat salah orang saja dekat kita, kita tak ingat salah kita pada orang”. So segala behaviour kakak aku tu dinafikan. Malah sakit aku ni ditidakkan. Sedangkan dia tahu punca depression aku ni sebab kakak aku.
K.ngah mana pernah tahu apa yang kakak aku tu buat sejak aku kecil sampai besar sebab dia jarang dirumah. Masa aku kecil dia belajar luar negeri dan menyentap di sana.
Malah setiap kali kakak aku ke rumah dia atau balik kampung mesti kakak aku akan cerita yang buruk-buruk pasal aku. Aku hidup dengan persepsi buruk. Sepanjang hidup aku dipandang rendah, dinafikan susah aku, buli orang terhadap aku.
Sekarang dah seminggu aku berhenti total ubat dan dalam proses confirmation dalam tempoh 2 bulan sama ada betul-betul perlu atau tak.
Setelah bermacam jenis ubat, ubat kawal degupan jantung, ubat tidur, pelbagai jenis ubat depression yang berbayar dan tak berbayar serta ubat gastrik untuk kurangkan kesan ubat depression pada perut aku akhirnya aku berjaya juga berhenti.
Aku kuatkan diri, paksa untuk baik sebelum cukup tempoh 2 tahun. Sebabnya aku baca kalau di luar negara, orang yang menghidap depression, follow up appointments, makan ubat secara consistant dan ikut segala nasihat Dr lebih dua tahun boleh mohon kad oku.
Ini kerana dia dianggap tidak mampu menjalankan fungsi hidup sepenuhnya. Boleh dapat keistimewaan seperti orang oku. Betapa serius nya penyakit ni.
Sekarang alhamdulillah aku dah boleh bangkit, dah boleh mula bekerja seperti dulu, dah mula bersemangat dan berkeyakinan. Dah tak terseksa nak mandi, kemas rumah dan buat kerja.
Walaupun kesan nak berhenti ubat tu teruk, dekat 3 minggu aku rasa ada elektrik dalam kepala, rasa pening nak terkeluar biji mata.
Rasa loya, gastrik, nak muntah macam orang mabuk laut tu aku bertahan sebab aku tak nak dah makan ubat. Cukuplah. Dr ingatkan aku untuk terus kuat lepas ni. Ingat apa yang telah aku tempuhi untuk sampai tahap ni sendirian. Jangan mengalah!
Tapi, beberapa hari lepas keluarga aku ada buat gathering. Aku rasa suasana macam ok gitu. So aku tanya kakak aku tu. Minta dia jujur. Apa sebenarnya yang sebab dia buat macam tu pada aku selama ni? Aku buat apa pada dia? Persoalan ni ramai orang nak tahu.
Para doktor yang merawat aku, therapist aku, kawan-kawan rapat. Mereka macam tertanya betul ke aku tak ada buat apa-apa sampai kakak aku macam terlalu benci dengan aku.
Akhirnya terjawab…
“Sebab kau tu bawah aku, bila aku stress aku boleh lepas dekat kau dengan mudah”. Betul la tanggapan aku selama ni. Sebab aku vulnerable.
Apa yang dia buat dekat aku pun aku tak dapat lawan dan tak melawan. Masa dia cakar ke, pulas tangan aku ke aku tak pernah balas sebab aku fikir dia kakak aku. Dia juga selalu sakit lepas kena demam kepialu masa sekolah menengah. Jadi aku kesian nak balas balik.
Masa aku jumpa Dr untuk rawatan akibat jangkitan kuman tempat gigitan dia, Dr suruh aku buat report polis. Dr kata ni dah masuk syaitan ni macam ni. Kenapa awak tak nak buat report polis?
“Sebab dia kakak saya, saya sayang kakak saya”. “Tapi masa dia buat macam ni dekat awak dia tak anggap pun awak adik dia. Ini masuk syaitan ni”.
Beberapa kali aku tanya dia tapi kenapa buat macam tu, jawapannya pendek dan sama. Aku terkedu. Tiba-tiba anak buah aku yang suka compare hidup aku dengan dia tu menyampuk. “kau selalu kena sebab kau melawan.
Aku tak melawan macam kau”. Aku cakap, memang la kau tak melawan sebab kau jarang kena. Aku ni asyik kena saja. Dia balas “Ye la sebab kau melawan”. Masya Allah bodoh bertalu talu.
Bayangkan segala gerak geri kau salah di mata orang. Bila kau cuba betulkan, kau kena pukul. Bila nak jelaskan orang tak dengar. Bila kau kena pukul tiada orang bela. Semua orang buat tak nampak dan tak marah pun si pembuli.
Anak buah aku tu mana pernah kena pukul. Kadang aku cuba melawan tu sebab nak tunjuk kuat. Nak bagi signal yang aku tak boleh dibuli sesuka hati. Lagipun betul sangkaan aku selama ni yang aku dibuli sebab aku vulnerable.
Banyangkan kau dibuli seumur hidup. Bila kau persoalkan orang cakap itu salah kau sebab cuba lawan, cuba nampak kuat supaya tak dibuli lagi. Depan kakak aku dia dok ulang berkali-kali “sebab kau, sebab kau..” victim blaming tahap core. Aku masa tu speechless sungguh.
Masuk bilik aku meraung habis-habisan.
Jadi selama ini, aku diperlakukan begitu kerana aku lemah? Sampai kena depression, sampai terbengkalai belajar aku, bisnes, kerja. Hilang diri aku yang sebenar. Malah disalahkan lagi kerana aku cuba untuk kuat.
Alangkah mudahnya hidup seseorang musnah. Alangkah mudahnya kesakitan orang dinafikan hanya kerana dia cuba membela diri dia ketika dibuli. Datang pula dari mulut antara orang yang paling rapat dengan aku. Anak buah sulung aku yang sama umur.
Lepas ni aku memang tak boleh pakai dah kata-kata dia. Banyak yang tak berapa betul tapi dok ikut kepala sendiri. Lepas ni tak perlu dah aku cerita apa-apa pada dia kerana suka judge. Dia anggap remeh temeh apa yang aku lalui.
Bila aku meraung sekuat hati ni kakak aku datang bilik minta maaf. Baru aku tahu rupanya selama ni dia tahu aku pergi rawatan di psikiatri kerana dia tapi dia tak pernah minta maaf dengan aku.
Aku tak pasti sama ada dia betul2 minta maaf sebab menyesal atau sebab aku menangis masa family holiday dan dia malu benda tu jadi sebab dia. Aku tak tahu… Cuma aku minta dia belajar kawal marah supaya benda tu tak effect anak dia.
Sekarang ni, aku tengah cuba kawal diri, kawal emosi sebab supaya tak terjerumus semula dalam depression. Cabaran dia kuat sikit awal-awal berhenti ubat ni. Terlalu banyak untuk aku ceritakan tapi cukuplaj aku luah apa yang aku rasakan sekarang.
– Deep cut (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit