Salam semua, aku harap perkongsian aku ni sedikit sebanyak dapat memberikan korang sedikit persediaan bagi yang belum berkahwin lagi ni.
Yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk datangnya dari aku.
Ok sebelum aku mulakan, aku adalah seorang suami yang berusia akhir 30an. Punya pekerjaan yang stabil, punya anak OKU dan semestinya seorang isteri.
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada, sebab selain pekerjaan hakiki aku juga punya sedikit perusahaan dan juga menyambung pelajaran bagi mengukuhkan kedudukan aku di pasaran kerja kini dan juga nanti.
Pengalaman aku dalam perkahwinan ni tak lama, tapi ada lah melebihi 8 tahun.
Baiklah, namun itu bukan yang aku nak kongsikan. Tetapi aku nak cerita sedikit perihal ‘expectation’ di alam perkahwinan ni.
Baik yang lelaki, mahupun perempuan sebelum korang nak melangkah ke fasa yang lebih serius, perlu aku tekankan akan kepentingan perbincangan hati ke hati dengan pasangan masing-masing.
Pertama, antara benda yang korang perlu fikirkan, keadaan kewangan. Kau boleh hisnudzon macam mana sekali pun bab duit ni, tapi kalau kau pergi ke Jabatan Agama, antara punca kes penceraian adalah berkenaan dengan duit.
Kewangan ni kau boleh list down hutang piutang pasangan masing-masing, kredit skor masing-masing (boleh beli kat Website CTOS – bayar dlm rm25 macam tu) dan plan kerjaya pasangan masing-masing.
Ok, kenapa bab ni penting? 1 je – kat sini kau boleh tau tabiat menyimpan/ hutang pasangan kau.
Ok, macam mana plak kalau belum bekerja? Kau duduk sekali dengan orang yang dah kahwin, sebaiknya cari yang boleh jujur dengan korang. Alam perkahwinan ni mmg lain level. Berganda-ganda dari zaman couple dulu.
Kedua, perjalanan kerjaya. Aku suggest cari yang dah bekerja, stabil kan dlu kewangan korang dari situ korang boleh nilai si dia ni pekerja yang macam mana?
Macam wife aku, dia freshie masa kami mula-mula kahwin, fast forward smpai sekarang tak boleh cope dengan tekanan pekerjaan.
Bayangkan kalau dah dekat 10 tahun kerja, gaji masih level fresh graduate?
Ye, orang akan cakap, cari rezeki itu tugas suami. Tapi kalau kau pun kerja malas, jangan lah kau expect family vacay overseas macam kawan-kawan kau yang both kerja elok.
Jangan lah kau expect ada tukang lipat kain kat rumah. Jangan lah kau ingat kitchen cabinet tu tumbuh dengan sendiri. Jangan lah kau ingat coverage hospital bersalin dating nya dari usaha kerja yang ala-kadar. Tak gitu?
Bincang elok-elok bab duit dan perjalanan kerjaya ni. Sebab kedua-duanya berkait dengan 1 benda yang paling susah nak kikis iaitu – TABIAT.
Malas dan boros berbelanja ni geng, pada aku ‘it’s a life sentence’ nasihat aku, jangan kau ingat TABIAT ni boleh berubah lepas kawin, lepas ada anak, dsb.
TABIAT ni mmg boleh cover sebelum kawin. Tapi lepas kahwin, mmg terungkai lah.
Jangan kau expect dunia ni nak berubah utk kau sebab korang dah kawin kalau korang sendiri taknak berubah. Kerja kena maki sikit, esok resign. Harini dapat duit skit, esok balun shopping.
Aku quote 1 ayat “BERDOA tanpa usaha sama artinya dengan bohong. Berusaha tanpa berdoa artinya sombong.
Keduanya saling melengkapi agar terpenuhi harapan diri. Tak akan kecewa hati karena keinginan tercukupi”. Kau boleh berdoa, tapi kalau bangun pagi pun liat, ghentikan lah.
Kenapa aku share benda ni? Sebab aku lalui benda ni sekarang. Benda yang aku cakap ni mmg taboo dikalangan masyarakat Melayu. Tapi itu lah, nasi pun dah jadi bubur. Aku harap aku terima nasihat macam ni sebelum aku kahwin dulu.
Pada korang yang ingin melangkah ke fasa seterusnya dalam perhubungan, ingatlah korang berterus terang dengan 2 perkara ni.
Ye bab agama pun penting, tapi aku rasa dah banyak artikel/ perkongsian bab agama/ holistik ni. Jadi aku share the other side of the story.
Dah kena macam aku, nak bercerai nanti anak aku macam mana? Dia dah tentunya malas, takda inisiatif, boros. Walhal anak aku perlukan belanja yang tinggi utk kelas pemulihan, terapi, kelas tambahan, dsb.
Tolong jujur bab ni sebelum bertunang/ berkahwin.
Terima kasih.
– Yang tercyduk (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit