Assalamualaikum pembaca dikasihi terima kasih admin kalau admin post luahan saya kalau tak di post pun takpelah anggap saja luahan hati saya.
Perkenalkan saya cik Montel berusia hujung 20 an sedang menyambung pengajian sarjana. Cukuplah intro saya sampai situ je.
Dilahirkan OKU sejak kecil bukanlah satu perjalanan yang mudah saya berusaha keras untuk capai apa yang saya impikan sejak saya kecil.
Berangan-angan dan berangan-angan itulah saya sejak dari kecil. Dari angan-angan saya usahakan untuk menjadikan impian saya itu satu realiti.
Lepas grad saya berusaha mencari pekerjaan namun langit itu tak sentiasa cerah, Lantaran frust saya ambil keputusan untuk sambung sarjana.
Pembaca yang dikasihi doakan saya dapat habiskan sarjana saya kerana terlalu banyak airmata tumpah ketika saya menyambung pengajian saya.
Sedih kecewa marah depressed semua saya lalui parents menyokong penuh impian saya alhamdulilah.
Kerana SAYA OKU saya sukar mendapat pekerjaan temuduga SPA juga saya telah pegi tapi saya gagal temuduga tersebut.
Saya risau memikirkan nasib saya kelak. Sampaikan ayah saya kata jika saya tidak mendapat pekerjaan jumpalah nanti YB Senator Ras Adiba Radzi.
Saya benar-benar berharap saya akan mendapat pekerjaan lepas saya menamatkan pengajian sarjana saya,
Tolonglah bagitahu saya bagaimana nak apply kerja sebagai pensyarah di institusi swasta pun tidak mengapa. Beratus resume juga saya hantar tapi hampa. Sedih betul diri ini.
Untuk menambahkan nilai dalam resume saya saya telah mula menulis beberapa artikel di laman-laman popular itu je kemahiran yang saya ada,
Jangan minta saya berniaga online sebab pergerakan saya agak terbatas ketika ini.
Jujur saya cemburu dengan mereka yang sudah mendapat pekerjaan sudah punya anak dan berkahwin,
Saya cuba berfikiran positif dengan menyatakan masa saya belum sampai Allah tahu segalanya namun saya juga manusia biasa ada naluri saya tewas dan saya mula overthinking saya menangis.
Saya cuba untuk kawal perasaan itu dan saya tak mampu,
Saya takut nak meluahkan kerana saya takut dengan pandangan orang pada saya saya orang luar kenal sebagai orang yang tabah, Hakikat saya menangis sendiri dalam hati.
Melalui belajar saya lupakan kesedihan saya penyakit saya kekurangan saya. Saya tenggelam dengan kesibukan saya menyambung pengajian kerana dengan belajar saya akan gembira. Bila Overthinking saya menangis semula.
Keputusan perperiksaan saya juga baik 3.00 keatas pointer saya alhamdulilah namun disebalik itu saya tetap merasa inscure dan merasa kekurangan.
Apatah lagi melihat orang lain bekerja. Alhamdulilah saya telah dapat pekerjaan sebagai tutor peribadi secara sambilan Tapi entahlah saya tetap rasa sunyi dan overthinking.
Tolonglah berilah kami golongan OKU peluang dan ruang untuk berkerja. yang sesuai dengan kebolehan kami atau ada sesiapa pembaca yang tahu bagaimana golongan oku seperti kami boleh mendapatkan pekerjaan.
Dengan gaji yang setimpal. Tolonglah jangan kecam saya saya benar-benar memerlukan kata-kata motivasi dari pembaca IIUM Confession
Sekian…
– Cik Montel OKU (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit