Assalamualaikum di ucap kepada semua pembaca confession yang budiman.
Sedikit pengenalan ringkas dari aku ialah aku Haz, umur lewat 20an, single n available n merupakan pelajar phd sepenuh masa dalam bidang sains marin di sebuah universiti di pantai timur.
Ketika aku menulis confession ni, aku baru sahaja selesai makan nasi – dalam jam 11 malam (aku tahu tak elok makan malam). Tapi, aku lapar dan takleh tidur. Hehehe dan ilham untuk menulis ni datang on the spot. So, enjoy guys.
Apa yang aku nak share kat sini ialah a few moments yang aku ingat waktu aku jalani tempoh isolasi di hostel uni untuk kemasukan ke lab untuk tujuan research – kategori pelajar berkeperluan. Ceritanya bermula macam ni.
Aku masih ingat lagi waktu tu ialah a few days baru lepas raya aidilfitri (Mei 2021) dan aku dah kembali ke uni untuk sambung pengajian dan kerja lab aku. Ditakdirkan Allah, kita semua satu malaysia terpaksa hadap PKP round ke berapa ntah.
Dan di pihak uni aku, memang strict gila bab* tak bagi student masuk untuk kelas atau research (lab based) kecuali berkeperluan khas.
Dan sekiranya betul kau student berkeperluan khas which is under kategori wajib masuk lab or hatchery untuk like bagi ikan makan n whatsoever (culture things), maka kau kena jalani tempoh isolasi selama 10 hari di asrama, siap pakai gelang pink bagai.
Kemudian, baru lah kau boleh masuk lab dan siapkan kerja lab kau secepat mungkin so that kau boleh keluar hostel dan balik ke rumah sewa kau sendiri. Itu konsep isolasi dan gerak kerja lab secara ringkas untuk pelajar berkeperluan di uni aku.
Uni lain aku tak tau. Sebelum terlupa, yess..yuran hostel dan makan apa sume tu, sendiri tanggung.
Maksud aku ialah, waktu kau kena isolasi 10 hari tu (takleh keluar bilik n wajib pakai gelang pink berserta isi online form berkaitan kesihatan setiap hari),
Kau cuma bayar sahaja harga makanan kau dan makanan akan dihantar ke blok dan kau turun sendiri untuk amik makanan kau ikut waktu yang diinform dalam grup wassap.
Dan selepas tempoh ‘neraka’ tu berakhir, kau dikehendaki untuk pindah ke blok asrama lain dan stay je lah kat blok tu sesuka hati selama mana kau nak untuk siapkan kerja lab kau.
Tapi bear in mind yang charge hostel fee akan dikira per day. So plan la gerak kerja lab kau secara smart.
Yang terjadi pada aku ialah, disebabkan oleh aku daftar masuk isolasi tu seorang diri tanpa kawan (aku memang tak ramai kawan. Huhu), maka aku dapat lah duduk sorang satu bilik.
At first aku ingat aku akan dapat so-called roomate baru la a few days after aku check in tu.
Tapi, end up, aku sorang ja satu bilik tu sampai habis isolasi. Hampir mental gak ah awal awal tu.
Tapi Alhamdulillah not bad la space untuk sorang tu. Aku enjoy tidur atas katil yang double decker, tapi ditarik tilamnya ke lantai sebab nak direct ngan kipas siling.
Kalau tak buat macam tu, memang aku tak dapat tidur lah sebab nyamuk dan panasnya cuaca malam di malaysia ketika tu. So, part space tu aku enjoy. Alhamdulillah.
Dan sebelum terlupa, aku ditempatkan di satu bilik yang hanya ada seorang sahaja jiran di wing blok aku tu.
Di wing lain, bersepah manusia yang baru daftar isolasi ditempatkan di sana. Sumpah scary bila malam nak gi tandas di hujung blok.
Bilik aku dah la hujung ke sana. Tandas pulak hujung ke sini. Memang seram. Tapi nasib baik ada sekor kucing yang menemani aku di bilik tu.
Siap tidur n teman aku gi tandas lagi. Terima kasih meow sudi berkongsi kasih ngan aku. Aku pun alhamdulillah share jugak makanan ngan beliau.
Aku bersyukur sangat meow tu ada menemani hidup aku waktu isolasi tu. Aku ingat lagi, dia warna celoreng dan gemuk. Dia bukan preggy tapi memang dia spesis gemok. Hahah. Sama macam aku.
Dan part makanan pun best jugak sebenarnya. In a way, aku sangat bersyukur la. Waktu before isolasi tu, elaun biasiswa aku sebenarnya ditakdirkan untuk masuk lambat bulan tu sebab staf banyak work from home.
So aku inform la dalam grup order makanan tu yang aku tak nak amik langsung meals sepanjang tempoh isolasi tu atas alasan aku nak cut bajet aku untuk prepare bayar duit hostel after isolasi.
Dan aku punya plan awal ialah memang aku ada bawak stok makanan kering dan mentah siap siap dalm box container aku. Kain baju aku rasanya 5 helai ja aku bawak untuk tempoh isolasi dan hostel tu.
Antara aktiviti yang aku buat dalam tempoh isolasi dan selepas isolasi ialah:
1) Weekly online meeting dengan supervisor dan grup postgrad yang lain – bertanya khabar dan update progress study masing masing untuk the whole week.
Sejujurnya, aku rasa mental jugak nak hadap situasi isolasi tu seorang diri tanpa member sebab member still kat hometown masing masing di samping family tercinta.
2) Attend online Class Tropical Oceanography dan siapkan assignment. Alhamdulillah line internet mantop di hostel sebab takda manusia sangat kan. Huhu.
3) Pulun kerja lab semaksimum mungkin during office hour dan kembali ke hostel untuk cari makanan sebab takda kafe yang bukak di fakulti waktu PKP tu.
4) Rutin malam, join ceramah OTATA by Ustaz Amar Samsuri (if i’m not mistaken). Just facebook it kalau ada yang berminat. Aku join ceramah ni atas sebab aku rasa jiwa rohani aku kosong.
5) Masak di dalam bilik sampai keluar asap dan bunyi fire alarm (jangan contohi part ni). Guard pun ada gak masuk bilik aku untuk check alat asap tu. Cuak jap aku sampai kena sembunyikan cooker aku. Ni skill aku untuk survive di hostel.
Btw, memang aku ada bawak rice cooker n portable dapur untuk aku masak benda simple like nasi goreng. Basic barang mentah like bawang, ikan bilis, cili kering, asam keping, telur, dan perencah makanan pun aku bawak.
6) Selesaikan kerja lab aku di fakulti sepantas boleh. Semua aku selesaikan sendiri tanpa bantuan dan teman dari sesiapa. Sedih tu memang sedih. Tapi, semangat kena tetap kuat demi study sendiri. Takda sapa dah boleh tolong aq waktu tu.
Sob sob sob. Tengahari lunch hour pun, kalau aku lapar sangat, aku akan turun ke lobi bangunan fakulti n ngadap Coway untuk masak maggi. Sumpah sadis bab ni. Betapa strugglenya aku waktu tu demi nak siapkan kerja lab.
By the way, berkaitan mental aku waktu isolasi, jujur aku cakap aku sangat rapuh waktu tu. Menghadap segalanya seorang diri membuatkan aku rasa aku sedikit aggresive dan sensitive.
Aggresive dengan pak guard yang banyak tanya itu ini itu ini ketika aku nak lintas gate untuk keluar ke fakulti (prosedur hostel. Aku faham.
Tapi aku rimas sangat waktu tu). Memang aku jadi like seorang yang garang dan sombong. Aku lalu depan guard pun aku malas nak greet dorang apatah lagi nak nengok muka dorang.
Nope. Aku jadi like malas nak pedulikan sapa sapa dan aku just fokus nak siapkan kerja lab aku secepat mungkin dan bla dari hostel. See?
Betapa negatifnya aku waktu isolasi hostel tu.
Sekarang dah jam 12.07 am. Sudah sejam aku melalut menulis confession. Aku perlu tidur dulu guys sebab besok pun aku still ada lab yang panjang yang kena aku selesaikan. Aku dah sem 4 pada tarikh confession ni disiarkan (kalau sudi disiarkan).
Petang besok pun aku ada meeting dengan supervisor aku jugak yang nak kena attend. So aku nak chao dulu. Untuk semua para pembaca, diharap hidup korang akan sentiasa diberkati Allah s.w.t.
Doakan perjalanan phd aku agar diberi kemudahan dan kekuatan untuk siap. Till then, bye bye. Assalamualaikum.
– Haz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit