Terima kasih kepada admin atas penyiaran confession aku yang tak seberapa ini.
Kali ini aku sekadar meluahkan pendapat sebagai seorang sukarelawan yang banyak kali terlibat dalam aktiviti melibatkan golongan OKU Penglihatan ni.
Untuk senarai confession berkaitan OKU Penglihatan boleh baca di ruangan bawah,
https://iiumc.com/si-buta-
Seperti golongan OKU lain juga orang celik, OKU Penglihatan juga menghadapi isu berkaitan dunia pekerjaan.
Seperti biasa isu selepas tamat pengajian di IPTA / IPTS turut tidak menjamin sebarang pekerjaan yang setimpal dengan pengorbanan kewangan, masa, tenaga sepanjang tempoh pengajian.
Namun apa yang ingin aku tekankan di sini ialah golongan OKU Penglihatan perlu merebut setiap peluang pekerjaan yang disediakan walaupun tidak setaraf dengan kelayakan akademik kalian.
Yang penting sekarang ialah bekerja memperoleh pendapatan bagi menyara diri serta tidak menyusahkan orang lain.
Juga tidak meminta-minta serta tidak mengharapkan bantuan kebajikan JKM, zakat, dll.
Berilah sumbangan kepada masyarakat dan bukan sahaja sebagai penerima bantuan sumbangan semata-mata.
Aku faham ada golongan OKU Penglihatan ni yang menghidap penyakit lalu membataskan peluang untuk bekerja.
Tapi yang aku terkilan ialah sihat tubuh badan, sempurna akal, tapi malas bekerja, memilih kerja, tapi nak hidup senang.
Sebab tu aku tak hairan golongan buta / rabun yang macam ni sanggup jual tisu atau minta sedekah di kedai-kedai makan bersama pengiring celik. Alasan yang diberi apabila ditanya :
“Tak ada kerja lain yang boleh dibuat”.
“Ini jer kerja yang kami mampu buat”.
“Kerja urut susah. Kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang.”.
“Suara tak sedap dan tak pandai menyanyi”.
Ok!!!… Aku fokus kepada golongan OKU Penglihatan yang hanya cacat penglihatan, tapi IQ ok, badan sihat.
Jangan korang nak guna alasan macam-macam untuk nak mudah dapat duit sekadar kerja jual tisu tepi jalan atau pergi dari satu kedai makan ke kedai makan lain.
Gunakanlah akal dan tubuh yang sihat untuk menyumbang. Jangan nak minta simpati masyarakat jer.
Malulah dekat OKU Fizikal, OKU Pendengaran, OKU LD. Dorang semua boleh jer usaha untuk kerja walau dikecam, dihina, dimaki. Takkan OKU Penglihatan ni manja sangat kot…
Lepas tu selalu bagi alasan tak ada majikan nak ambil bekerja, tak ada kerja yang setimpal dengan akademik, tak ada orang tolonglah, dan bla… bla…. bla….
Helllloooooo!!!……
Banyak lagi peluang pekerjaan yang korang boleh ceburi. Yang penting kena beri komitmen. Buat sungguh-sungguh. Beri yang terbaik.
Kalau setakat dihina, dimaki, dicaci pun dah kecil hati, alamak! Macam sotong lembut la pulak jiwa tu… Sampai bila-bila la korang duk terperap kat rumah sampai hujung nyawa.
Apa jer kerja yang korang boleh buat?
Ni aku cuba senaraikan berdasarkan kemampuan dan keupayaan korang sendiri selain bidang pekerjaan biasa yang didengar macam juru urut, pemain muzik, penjual tisu, guru, pensyarah, dll….. :
1. Penerbitan karya
Dalam bidang penerbitan karya, bukan setakat penulis novel / akhbar / buku ilmiah / buku cerita dll… Tetapi juga korang boleh dapat tender dalam menghasilkan bahan cetakan braille.
Tapi syaratnya, korang kena kuasai kemahiran ICT dan juga kod braille. Contoh cara guna Duxbury, mesin embosser, komputer, JAWS, NVDA, kemahiran Google, dll…. Jangan nak bagi alasan “SUSAH”…
2. Juru urut profesional
Aku tahu berlambak kerja urut di luar sana dan kedai urut pun bersepah. Tapi apa yang membezakan kualaiti urut korang dengan orang lain?
Sebab itu pentingnya korang belajar ilmu yang berkaitan dengan bidang korang. Misalnya fisiologi, biologi, terapi, pemakanan, dll…
Jangan syok sendiri ilmu urut korang dah cukup. Pergi berhijrah dan belajar ilmu dari negara lain macam Korea, Jepun, China, Thailand, Indonesia.
Kalau kerja korang berkualiti, pasti ada pelanggan yang selalu request. Jangan nak bagi alasan “SUSAH”…
3. Operator
Kerja ni pun antara pekerjaan ‘legend’ bagi golongan OKU Penglihatan. Cuma keperluan masa kini lebih kepada multitasking. Tapi tak ada masalah besar pun sebenarnya.
Isu accessibility tu memang biasa. Itulah gunanya komunikasi di tempat kerja. Bukan duduk buat hal sendiri.
Contoh mudah, korang ada degree dalam bidang lain. Tapi ada tawaran kerja kosong operator telefon di hospital atau hotel. Mohon jer la…
Macam kawan aku dah hampir 15 tahun kerja operator di sebuah hotel. Gaji dia pun bukan alang-alang. Kerja korang angkat call, sambung ke subline lain. Senang jer kan??? Jangan nak bagi alasan “SUSAH”…
Aku senaraikan tiga yang utama ni dulu. Memang hingga sekarang isu 1% kuota OKU dalam sektor kementerian mahupun swasta di Malaysia ni masih jauh terkebelakang.
Jadi kalau OKU sendiri tak rebut peluang, terlalu memilih kerja, & tak usaha, siapa juga yang rugi?
Jangan nak bagi alasan “SUSAH”…
– Syarifah Shaklee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit