Aku Daisy. Masih muda. Mempunyai anak 2 orang. Masih kecil. Perkahwinan baru 6 tahun.
Tujuan aku tulis untuk meluah dan juga untuk mendapat pendapat. Aku kira hati ni terlalu kecewa untuk suami. Tapi aku masih bertahan. Bertahan demi anak anak.
Perkenalan dengan suami aku sangat singkat. Aku percaya disebabkan aku kenal dengan keluarga dia. Dan keluarga dia juga kenal rapat keluarga aku.
Dan masa perkenalan tu. Dia ajak aku berkahwin. Katanya dia lebih suka bercinta selepas kawin. Disebabkan melihat dia beriya-iya mengajak aku kawin. Aku terima.
Melihat pulak keluarganya yang pentingkan agama dan agak berada. Dan kerjanya bagus. Aku terima. Jadi kami berkawin.
Tapi selepas berkahwin. Baru aku tahu rupanya dia tiada duit. Dia berhutang. Tapi aku tetap terima. Duit hantaran habis diguna untuk berbulan madu.
Kerana keluarganya berada. Dan dia mahu menunjukkan yang dia mampu untuk bawa aku pegi luar negara. Hakikatnya, dia guna duit hantaran. Tapi takpa. Aku tetap terima.
Kami teruskan kehidupan kami seperti biasa. Dan aku disahkan hamil anak pertama. Dan ketika itu memang kami diuji. Tiada duit.
Keluarga dia langsung tak membantu. Dan aku pulak. Diuji tidak boleh bekerja. High risk pregnancy. Pendek cerita semasa mengandung aku tak mampu beli baju mengandung. Dan masa bersalin pon. Keluarga yang bagi duit.
Selepas anak pertama. Rezeki makin mencurah. Dan ketika ini lah muncul kes pertama. Terbongkar yang rupanya suami aku ini jenis yang melayan.
Bayangkan anak baru 6 bulan. Suami aku selalu takda outstation. Dan aku jaga anak sorang2. Bersusah payah menjaga anak sorang2.
Dan akhirnya suami aku kantoi. Outstation dikatakan kerja. Rupanya melepak dekat kelab malam. Melayan penyanyi merupakan janda.
Sanggup belanja dia makan. Sedangkan isteri dekat rumah. Nafkah pon takda. Baju seluar, setahun sekali saja beli itupon raya.
Aku screenshot whatsapp dia dengan janda tu. Tunjuk dekat dia. Dia terang terang kata dia tak salah. Whatsapp biasa. Satu perkataan maaf tiada. Memikirkan anak masih kecil. Aku maafkan. Aku buat macam biasa.
Dan setahun lepas tu. Tetiba aku tergerak hati nak check handphone dia. Dan aku terkejut tengok dia join group porn dekat telegram. Mesej lagi dengan perempuan2 lain.
Kalini aku lari. Lari pegi duduk hotel dengan anak. Masatu anak aku baru setahun lebih.
Dan kalini dia minta maaf pada aku. Aku maafkan. Dan sejak dari itu, aku dah mula malas nak check mesej dia. Whatsapp dia. Kemudian pkp. Dia sentiasa ada dirumah. Dan ada perubahan pada dia.
Tapi tak lama. Lepas dua tahun pkp. Aku mengandung anak kedua. Masa anak aku 9 bulan. Suami kembali outstation. Dan baru baru ini.
Aku terdetik untuk buka laptop dia. Hanya untuk tengok movie sebenarnya. Masa buka laptop. Suami aku tak off laptop. Hanya dalam mood sleep. Dan terpampang whatsapp web dia.
Dan aku mula buka. Dan disini bermula lah lagi kisah suami aku melayan perempuan lain. Siap pegi massage dan beritahu kawan kawan dia yang massage tu seronok dan pengalaman lain macam. Siap ajak kawan lagi untuk join.
Tak habis dengan tu. Siap ajak kawan dia lepak. Siap beritahu nak bawa awek sekali lepak. Aku baca ya Allah. Sakitnya hati. Tapi kalini tiada air mata. Hanya rasa kecewa.
Aku penat. Penat menjaga anak sorang-sorang tatkala dia outstation. Aku kerja sekarang. Bayangkan dengan kerja. Pagi pagi kelam kabut hantar anak sorang tadika, sorang lagi pengasuh.
Balik kerja urus anak, ya aku bekerja selepas kes yang pertama. Aku urus barang sekolah dan pengasuh anak untuk esok. Penat. Letih. Tiada rehat.
Dan dia senang senang mengambil kesempatan untuk bersuka ria. Aku kecewa. Hati aku kosong. Aku tengok dia dengan pandangan kosong.
Aku dah buntu nak buat apa. Nasihat? Sudah. Bukan dia tidak tahu. Dia dari keluarga yang beragama. Solat tak tinggal. Dia Ayah yang baik untuk anak anak. Tapi perangai melayan perempuan lain buat aku sakit.
Aku anggap ini ujian untuk aku tapi sampai bila. Sampai bila aku nak pejam mata. Biar hati disakitkan. Nak berpisah. Aku takot. Ntahla. Aku buntu. Aku hanya mampu berdoa tapi aku tak tahu sampai bila. Sampai bila aku boleh bertahan.
Dan sekarang dia masih perangai yang sama. Dan aku pura pura tak tahu. Tapi dalam masa sama. Aku post nasihat dekat sosial media. Aku harap dia baca dan berubah. Sebab aku dah nasihat. Tapi masih yang sama. Putus asa? Kadang kadang rasa.
Bila rasa letih, stress urus anak sorang ni. Aku mula rasa putus asa. Ntahla. Aku taktau nak gambar macamana.
Aku sudah merancang untuk tidak lagi menambah anak. Bagi aku cukup lah dua. Jika macamni perangai suami aku. Cukup sekadar dua. Biar aku fokus untuk besarkan.
Aku perlukan nasihat. Apa yang perlu aku lakukan lagi untuk suami aku berubah? Adakah sebab kawan kawan dia masih bujang? Atau mungkin lelaki jenis macamni susah untuk berubah?
Tolong aku. Selamatkan jiwa aku yang stress dan tertekan, kecewa ini.
Hati yang tersakiti,
– Daisy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit