Aku ni kalau di ikutkan tak pernah merasa lagi kerja lebih dari sebulan sepanjang aku hidup 28 tahun ni. Cerita aku begini.
Sebelum aku sambung degree, aku pernah bekerja 3 kali tapi sekejap sangat dan tak lebih dari sebulan.
Aku ni tak pandai bergaul dan tak peramah. Diam saja banyak. Introvert kot. Sapa lah suka dekat aku kan. (rakan sekerja @ majikan)
Dulu aku kahwin muda umur 22 tahun semasa masih belajar degree. Camne aku boleh kahwin awal aku malas nak cerita tak penting kat sini.
Masa praktikal di tahun akhir aku dah beberapa bulan mengandungkan anak aku yang pertama setelah 3 kali aku gugur semasa masih dalam pengajian.
Tamat saja praktikal, selang beberapa bulan aku pon bersalin. Kiranya aku bersalin serentak lebih kurang dengan aku tamat pengajian ijazah sarjana muda aku.
Maka, bersemangat lah kawan-kawan lain mencari pekerjaan sementara aku menjaga anak aku sampailah sekarang anak dah besar berumur 3 tahun lebih.
Aku baru-baru ni berjaya dapatkan pekerjaan di sebuah syarikat. Aku memang nekad nak kerja sebab sayang aku ada degree dan umur aku dekat 30 tahun. Down jugak aku kat resume aku takde pengalaman kerja.
Sekarang aku cuba tak nak jadi pendiam dan jadi peramah sikit. Tapi baru saja seminggu kerja, aku dah rasa macam aku nak berhenti kerja sebab aku mudah sangat terasa hati dengan staf lama. (Seorang saja bukan semua)
Part yang buat aku jadi terasa tu bila staff lama yang ajar aku tu ajar garang-garang dan nak tak nak saja ajar pasal kerja dan dia lagi muda dari aku. Aku part ni memang aku mudah rasa sedih dan nak nangis.
Satu lagi kan, aku tak tau lah adakah aku ni overtinking sebab aku perasan staf kat situ bila depan-depan mau sembang dan baik dengan aku tapi bila whatsapp macam tak balas. Mula lah aku pikir negatif. Adakah depa tak suka kat aku?
Aku ni teringin lah nak ada kawan yang rapat kat tempat keja. Kat tempat kerja ramah tapi bila wasap tak ramah. Aku rasa sedih tau. Ke tak payah ada kawan?
Aku juga rasa takut nak masuk kerja sebab aku kena belajar key in itu ini yang complicated aku rasa.
Aku kerja 3 shift. Part shift malam aku rasa macam tak nak pergi kerja sebab kerja dia banyak dan memenatkan nak kena key in kat laptop. Langsung tak sempat nak tidur walau sekejap.
Aku down tau. Lembik sangatlah aku ni. Balik rumah aku menangis beriya depan anak aku. Dia peluk aku bila aku nangis tu.
Kenapa aku jadi hati tisu sangat ni. Camne orang lain boleh tahan kerja bertahun-tahun.
Tolonglah aku, bagitahu aku camne caranya nak jadi orang yang HATI KERING kalis segala cubaan dan dugaan? Aku nak kerja lama bertahun-tahun macam orang lain tu.
Aku rasa macam aku perlukan kaunselor untuk aku luahkan masalah aku ni. Tapi mana nak cari? Aku nak kerja dengan happy.
– Bungalayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi awak! Macam mna awak lalui cabaran tu? Saya tgh alama skrg mcm awak. Pendpt senior “Fikir diri sendiri dlu… tapi kita ni at the same ada komitmen with family jgk
mungkin awak boleh berkerja je dengan fokus nak cari duit instead of layan hati bersedih sebab takde kawan. biar takde kawan rapat (setakat hi hi bye bye je) asalkan kerja awak elok, bos pun ok dengan kualiti kerja awk.
and sebab awak dah ada anak, cuba riki riki kerja lain yang takde shift malam, nanti awak penat, lagi la awak stress. yang kerja fixed working hours pun ok walaupun 6hari seminggu at least mental awak ada plan “ok, isnin-sabtu, pagi sampai petang je aku kena fake, kena acah2 ramah, acah2 takde hati. demi kerja. ahad aku nak taknak fikir stress pasal kerja”