Kawan Negatif

Aku ingin berkongsi satu kisah berkenaan seorang kawan aku. Aku gelarkan di sebagai Zana. Aku kenal dia dari sekolah rendah lagi dan mula rapat dan keluar bersama sejak tamat persekolahan. Zana selalu berkongsi kisah hidup dan kisah dirinya dengan siapa dia berhubungan.

Sampailah dia berkahwin dan bercerai dan sekarang berkahwin baru. Aku tak tahu hendak kategorikan Zana ini sebagai apa. Dia selalu lebihkan bercerita perihal lelaki berbanding ambil tahu hal kawan sendiri.

Kalau keluar dengannya dia selalu sibuk video call/mesej teman lelakinya sambil terkekeh ketawa hingga tak peduli kawan di sebelah.

Umpama tidak wujud sahaja. Rumahnya pun tak bersih berbau kepam dengan bilik air berlumut licin hitam. Aku tengok pun geli dan hampir tergelincir semasa tumpang bilik airnya dulu. Dia tak ada masa bersihkan rumah walau 30minit sebab sibuk dengan lelaki 24jam.

Hidup pun macam orang tak betul dah lepas tu dakwa diri bahagia.

Dia ini sensitif dan cepat naik angin. Aku rasa sebab itulah ramai lelaki yang tak tahan dengan sikapnya. Kerap bertukar teman lelaki tetapi selalu cerita dirinya teraniya. Dia juga suka menyerang orang secara melulu dan ikut hati lepas itu nampak salah orang.

Dulu aku pernah selisih faham dengannya kes aku memuat naik satu status di media sosial. Aku tujukan status itu kepada umum tapi dia salah faham dan mengamuk kerana sangka aku menyindirnya. Dia terus menyerang aku di what apps.

Bila aku ajak jumpa untuk betulkan keadaan dia pula menolak. Lepas kejadian itu aku lama skip dengan Zana ini, bukan bermusuh cuma jarakkan diri. Kemudian kain kembali rapat sebab pada aku isu kecil sahaja.

Tidak lama kemudian aku dengar dia berselisih faham dengan geng kami juga iaitu Jiha (nama samaran). Selalu dia kutuk Jiha depan aku dan kawan lagi satu.

Sampaikan pergi kenduri kahwin kawan kami, Jiha kebetulan duduk semeja tetapi Zana berkeras tak mahu bertegur sapa malah mengutuk di belakang. Aku pun tak pasti isu apa sebenarnya. Lama mereka bermusuh hampir bertahun. Pada aku tentu Zana yang mulakan masalah bukan Jiha.

Satu hari aku terserempak dengan Zana di kawasan perumahan. Sebenarnya sudah lama kami tidak bertemu kerana sibuk dengan kerja masing-masing. Zana ada mengajak aku kerja di butik tempatnya tapi aku menolak kerana aku kan sudah bekerja tetap. Lainlah kalau aku menganggur.

8 bulan selepas itu aku berhenti kerja kerana aku tidak sesuai lagi bekerja di situ. Aku dapat tahu yang Zana sudah berhenti kerja juga hampir 4 bulan di butik tersebut dan pulang ke kampung. Kebetulan satu hari aku ada berjalan-jalan di mall tempat Zana bekerja.

Aku pun masuk ke butik itu memohon kerja dan aku diterima. Memang rezeki akulah memandangkan waktu itu hampir masuk bulan puasa, sekurang-kurangnya aku ada duit poket untuk hari raya kelak.

Aku tidak beritahu Zana pun aku bekerja di butik tempat kerja lamanya itu sebab pada aku tidak perlu. Dia pun bukan ada kaitan lagi dengan tempat itu.

Entah bagaimana Zana tahu aku bekerja di situ. Mungkin ada orang dalam itu yang beritahu. Selepas 5 hari aku bekerja, Zana dan kawan kami lagi seorang datang melawat masuk butik secara tiba-tiba.

Dia datang bawa buah tangan dari kampung untuk diberi kepada kawan lamanya di butik tersebut.

Aku tahu dia rapat dengan budak itu yang aku gelar sebagai Su. Aku dapat lihat reaksi kurang senang Zana ketika memandang aku. Terus dia bertanya sudah berapa lama aku kerja di situ.

Keesokan harinya Su memberitahu kepada aku bahawa Zana ada memerli aku dalam status what apps dengan ayat berbunyi begini “Huhhhh hari tu orang ajak kerja tak nak, sekarang sibuk nak kerja situ!”

Su kata memang status itu ditujukan kepada aku. Ada beberapa lagi ayat sindiran lain tapi aku sudah lupa. Aku tak tahu menahu kalau Su tak cakap sebab aku Zana hide aku dari status.

Kata Su sepatutnya Zana tak perlulah kata begitu, itukan hak masing-masing nak kerja atau tidak di butik itu.

Nampak sangat busuk hati dengan kawan sendiri kata Su. Aku kata dengan Su aku bukannya rapat sangat dengan Zana, aku hanya tegur-tegur begitu sahaja. Aku malas panjangkan cerita. Aku juga tidak mengulas lebih lanjut isu Zana sindir aku di status.

Selepas pada itu aku jadi tawar hati dengan sikap Zana. Seperti ada kedengkian dan tak puas hati dengan aku pula. Entah apa masalahnya kalau aku kerja di situ.

Sampailah 8 bulan aku berhenti kerana aku tak tahan mulut mengadu domba seorang supervisor baru perasan diva di butik itu.

Mekap tebal seperti pelacu* lorong saja layaknya walau umur dah 46 tahun dengan bulu mata palsu tebal 5 inci sepalsu hatinya. Hari-hari puji diri cantik, dialah paling hot di mall itu, orang pandang-pandang padahal orang tengok pelik.

Ada ke nak berhentikan aku kes aku belum beli baju uniform yang berharga rm50 sehelai. Sepatutnya uniform disediakan syarikat bukan memaksa staf beli. Banyak lagilah tahi yang dia buat kepada aku, hari-hari buli aku mop kedai lepas tu jaja cerita aku malas jaga kaunter.

Akhirnya aku berhenti sebab sakit hati. Moga dia terima balasan nanti.

Aku kerja pula di tempat baru. Kebetulan Zana ada datang beli barang di tempat aku bekerja dan dia jemput aku ke majlis kahwinnya. Aku tak pergi pun sebab jauh sangat di luar bandar. Aku jadi tak teruja hendak rapat dengannya lagi semenjak kes dia sindir-sindir aku di status itu.

Aku rasa dia pandai bermuka-muka. Aku juga hilang nombor telefon baru Zana. Bertahun juga kami tak berhubung hinggalah satu hari Zana dapat nombor telefon aku melalui Sue.

Pada mulanya aku macam malas nak izinkan Sue bagi nombor aku kepada Zana tapi tak apalah aku fikir.

Zana bukan main teruja dapat hubungi aku semula dan dia cipta group 4 sahabat di what apps. Pada mulanya rancak kami berbual hinggalah datang satu kawan musibat merosakkan hubungan kami.

Dia melaga-lagakan aku, Zana dan seorang lagi kawan hingga Zana naik angin. Mula-mula Zana berpihak dengan cerita aku tetapi tidak lama kemudian selang 2 minggu Zana seperti terhasut dengan cerita kawan musibat itu.

Kalau Zana itu cerdik dia takkan percaya pembohongan putar belit kawan musibat yang sudah sedia maklum kaki pusing itu.

Selama ini 1 bulan lebih jejak kasih kami bertemu kembali, hari-hari aku nampak status Zana yang bahagia dengan suami baru, status keluarganya buat aktiviti di kampung, status memasak.

Kali terakhir Zana mesej aku kata lebih baik tak ramai kawan dari ramai kawan. Dan manusia ini kuat cemburu tak boleh tengok dia bahagia dapat suami baik.

Siapa yang cemburu? Adakah dia tujukan kepada aku? Eh.. negatifnya fikiran kau. Mungkin kawan musibat itu ada kata aku cemburu tengok Zana bahagia.

Uwek nak muntah aku. Jangan fikir aku bujang aku ni busuk hati sangat dengan pasangan yang dah berkahwin. Aku tak hairan pun malah aku bahagia tengok orang bahagia.

Aku kata kalau kau tak senang hati dengan orang kau jangan selalu tayang kebahagiaan kau sebab boleh jadi penyakit ain.

Atau kau block saja orang yang kau tak senang hati. Tiba-tiba selepas “pertelingkahan” di antara aku, musibat dan Zana, pada hari yang sama juga Zana terus membuang nombor aku agaknya. Gambar profilnya hilang, statusnya tidak lagi kelihatan.

Mungkin dia sudah block aku siapa tahu. Zana juga turut keluar dari group what apps 4 sahabat. Ini semua angkara mendengar cerita bukan-bukan tentang aku daripada musibat itu. Hinggalah sekarang sudah masuk 6 bulan tiada dengar khabar berita dari Zana.

Beberapa tahun lalu sekadar mengimbas memori, Zana ada berpasangan dengan seseorang dan aku gelarkan sebagai Azim. Aku juga kenal Azim sebab Zana pernah bawa aku dan kawan seorang lagi berjumpa dengan Azim. Azim baik orangnya dan pemurah.

Kami ada buat group what apps untuk percutian. Zana bijak memancing simpati Azim konon dia janda teraniya, selalu disihir bekas kekasih dan bekas suami.

Sampaikan dia pesan dengan Azim kalau hendak bercuti kelak jangan bawa kereta lalu depan Gunung Jerai kerana dia terkena ilmu hitam Gunung Jerai.

Aku tergelak masa dengar Azim beritahu aku selepas dia putus dengan Zana 4 tahun. “ku ukir namamu di awan gunung jerai…. bersaksikan laut daun nyiur melambai.. ” haha lagu cinta pantai merdeka pula aku nyanyikan.

Semasa Zana buat hal mainkan perasaan Azim selepas habis kikis duit Azim, Azim ada mesej aku tanya perihal Zana tapi aku tak buka pun aib Zana. Aku tahu Azim memang sayangkan Zana cuma Zana yang pandai bersandiwara.

Dia pernah kata Azim tak kacak jadi dia tak nak. Walaupun sudah putus, Zana masih mendesak Azim membawanya bercuti di Sabah. Kau dah mainkan perasaan orang tapi masih tak malu mendesak orang ikut kehendak kau kan Zana.

Azim kebetulan beri alasan ibunya sakit dia tak mampu tunaikan permintaan Zana. Zana menuduh aku menghasut Azim agar batalkan percutian ke Sabah. Aduhai… aku tak ada kena mengena pun. Teruknya pemikiran Zana.

Sekarang ini aku seperti tak berminat ambil tahu tentang Zana dari sesiapa apatah lagi mesej tanya khabar. Aku jadi malas.

Dia boleh buang nombor telefon aku tanpa alasan kukuh dan seolah mencipta sengketa kali ke 5 dah. Aku sangka dia sudah berubah jadi matang tapi tidak.

Sue ada cakap bulan lepas Zana ada mesej dia tanya khabar. Oh dengan Sue boleh pula mesej. Jadi aku pasti Zana termakan hasutan kawan musibat dan membenci aku tanpa sebab dan blok nombor aku. Biarlah.

Pada aku buang masa berkawan dengan manusia kurang cerdik, pemarah, cepat menghukum dan negatif. Jadi hati-hatilah pembaca semua dengan kawan spesis Zana ini. Lebih baik tak ada kawan seperti ini daripada ada memeningkan kepala.

– Siamang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *