KPM Majikan Toksik

Salam. KPM. Ya, Bagi aku majikan yang sangat toksik. Majikan yang mengamalkan free labour. Kerja di luar jadual, kerja yang tak berbayar, kerja yang takde imbuhan, kerja luar skop pun tidak berbayar.

Masa dihabiskan lebih 8 jam sehari tapi bayaran sebulan RM240 sahaja. Tak sampai 10 ringgit sehari. Ada yang kerja sama skop warden tapi tak berbayar, kerana tidak ada kuota kerja tapi beban mestilah dibahagi sama rata supaya tidak saling memberatkan.

Jangan bercakap pasal pentadbir, hanya “bersyukur” dan “berkat” sahaja modal mereka.

Kalau ada kita mengeluh dan mengadu, itulah sahaja jawapan mereka, tapi betapa banyak kali mereka mengeluh dan mengadu kerja-kerja mereka sebagai pentadbir, geram, sangat geram aku nak cakap kat muka mereka,

“BERSYUKUR JE LA ADA KERJA!”.

Geram sangat tau!!!!!

Betapa mereka juga hanyalah Yes-man kepada orang atasan KPM yang sedap senang lenang di dalam pejabat mereka, nak data mereka suruh JPN kerah guru isi. JPN nak data, suruh guru isi.

PPD nak data, kerah guru isi. Sekolah nak data, suruh guru isi. Last sekali semua kena kat guru. Berlapis-lapis, macam takde sistem takde otak orang atasan ni buat kerja.

Data yang sama kena isi. Data vaksin dah ada kat mysejahtera, kena isi kat sistem KPM pula. Data dah ada dalam sistem KPM, kena isi kat sistem KPM yang lain pulak.

Data integrity? More like data stupidity, tak pandai mengurus data. Aku orang IT aku tahulah benda tu boleh integrate.

Punyalah berbangga gah orang KPM atasan berkata mereka gunakan dasar “Big Data” dan Internet of Things apekebenda la nak kata KPM sekarang canggih, padahal nak integrate database simple camtu pun tak pandai.

Nak tunjuk kemajuan teknologi tapi hakikatnya semua buat gimik je, buat manual, guru jugak yang kena buat.

Bercakap pasal data, aku penat follow cerita guru yang nak berpindah. Sedih, penat, seolah guru tak ada emosi perasaan.

Ayat keramat cikgu Sains aku dulu sentiasa ulang, “pendidikan di Malaysia adalah usaha memanusiakan manusia”, tapi aku nampak seolah KPM ni majikan yang paling tidak ada manusiawi.

Guru seolah ternakan yang kau tempatkan untuk diternak di tempat tertentu sampai pencen. Orang yang PJJ bertahun-tahun terpisah, kemurungan, jaga anak dua tiga seorang, tapi masih tak dapat berpindah.

Masuk je one-off, terus masuk negeri kebal tu yang guru-guru Sarawak Sabah nak masuk tapi tak dapat.

Manusiawi kah? Tak cukup lagi ke pengorbanan guru-guru tu kat Sabah Sarawak, sampai guru yang baru posting perlu dibelai dan dimanja terus letak di negeri kebal tersebut? Aku penat baca kisah ni sebab aku rasa perit tu, walaupun bukan aku yang lalui.

Aku boleh rasa dendam dan benci guru-guru lebih 10 tahun merantau ni apabila melihat one-off terus dapat negeri tersebut.

Bayangkan seribu lebih permohonan untuk masuk ke situ, takkanlah tak ada satu pun opsyen guru lama yang diperlukan, tapi yang baru juga masuk.

Cukuplah ayat keperluan perkhidmatan, aku pun sedang berkira-kira untuk berhenti. Kemudian aku dah tak mahu follow lagi cerita-cerita ni, aku penat dengar. Aku dengar cerita orang pun aku terlalu sedih dan remuk hati.

Big data kononnya, tapi nak uruskan perpindahan guru dan penempatan pun pakai manual. Apa guna isi-isi borang, isi data semua tu kalau kau tak automasi?

Kata big data, tak boleh buat machine learning ke? Berkata kat pentas gah betul dengan istilah Big Data, tapi tak mampu nak fikirkan yang mana lebih patut dan dahulu apabila nak uruskan penempatan guru baru dan pertukaran guru-guru lama.

“Kalau tak mahu, berhentilah”. Ye, memang itulah jawapannya, tapi sebelum berhenti biarlah aku lemparkan dahulu kata-kata sumpahan ini bahawa KPM adalah majikan yang toksik dan kucar-kacir.

Isu warden puluhan tahun masih dibisukan oleh orang-orang atasan, selagi boleh jimat duit kementerian kita untuk buat upacara anugerah dan jamuan akhir tahun, kenapa tidak ya? Kita suruh guru-guru itu bergilir-gilir, kalau tidak cukup bayarannya mereka uruslah sendiri.

Bayaran RM240 itu masih relevan kerana selepas tolak elaun kuarters, ia akan offset elaun tersebut. Jadi seolah tak dapat bayaran pun, bahkan elaun kena potong, dan tiada privasi apabila wajib berada di asrama. Nak keluar makan pun kena lalu jaga setiap hari.

Zaman perhambaan bila ya apabila kita bekerja 24 jam sebagai ‘jaga’ peribadi budak dan dapat bayaran RM240? KPM bayar ikut zaman Arab Jahiliyah ke? Abu Jahal tauladan masyarakat?

Jadi warden lebih daripada jadi jaga tau, kena faham. Jaga sekolah dia duduk je kat pondok pengawal tu, jadi warden time budak makan kau kena pantau, time budak solat kau kena pantau, time budak main kat padang kau kena pantau.

Wah wah, mak ayah kat rumah pun tak buat macam ni, tiba-tiba warden yang elaun dipotong ni kena lebih sayang daripada anak sendiri ya? Belum pasal cek suhu dan catat setiap hari, cikgu yang kena tunggu kat pintu pagar setiap pagi sebelum kul 7.

Cakaplah ikhlas ke tak ikhlas, kalau betul kau bermotivasi dengan ikhlas, kau je lah jadi warden 24 jam tanpa bayaran. Kau tak payah berhenti, setiap hari kau je warden, ikhlas je sampai mati macam tak ada life.

Bila kau cakap ikhlas dekat orang yang bekerja secara terpaksa, kau sangatlah menghina tau, kau bukan meredakan atau menenangkan diorang.

Sudahlah tak dibayar, kalau dibayar ciput, dapat bayaran kena tolak elaun, dah kena tolak kau kena pulak jaga budak lebih daripada mak ayah budak tu sendiri. Kerja terpaksa tapi diharapkan ikhlas dan buat sehabis baik lebih daripada jobskop hakiki? Aku lemah nak fikir.

Entahlah, KPM kat atas tu sekadar membisu bukan sebab dia tak tahu, dia buat-buat tak tahu, sebab dia taknak habis bajet. Isu ni dari dulu lagi, mustahil tak ada warden dulu yang naik KPM sekarang. Mereka tahu tapi mereka berdiam diri, sanggup buat free labour.

Dia sanggup kudakan cikgu-cikgu ni dan jadikan pentadbir sekolah sebagai agen-agen “syukur” dan “ikhlas” mereka supaya perkara ini didiamkan.

Yang jadi mangsanya, guru-guru bujang, yang baru posting, yang baru pindah, selagi nama kau bujang kau sekadar manusia tak ada life, patut habis masa kat sekolah. Guru yang dah berkahwin beranak pinak pun sama mangsa kalau dah tak ada bujang.

Kau bayang, cikgu beranak pinak jadi warden, berhenti jadi warden dan kena tatatertib, tapi warden lain dengki kat dia sebab boleh berhenti warden. Maknanya diorang pun nak berhenti jadi warden, tak kisah kalau kena tatatertib sama. Gila kan stress dia?

Masalah dia bukan apa, masalah dia kat KPM. Aku kadang tak salahkan sekolah, sebab sekolah pun terpaksa, tapi KPM kat atas tu, ya Allah aku doakan kalau mereka sengaja berdiam diri menzalimi guru di sekolah, aku doakan mereka tidak lepas di akhirat.

Semoga tersangkut disebabkan mereka mendiamkan diri urusan-urusan kebajikan dan keadilan guru.

Sudahlah jaga SPM, warden lagi. Orang lain bercuti, kau ulang alik. Kalau di swasta kau kena kerja masa cuti, kau dapat double pay, takpun annual leave dapat tambahan. Di sekolah, kau dapat bayaran gaji seperti orang lain yang bercuti.

Dapatla 200 300 elaun jaga periksa, tapi cuti tak ada, elaun warden kena offset dengan potongan elaun perumahan, berada di sekolah sebulan yang sepatutnya cuti, gaji kekal sama, cuti CRK tak bertambah. So di mana cuti yang orang lain dapat tu bagi yang kena jaga periksa ni?

Oh persoalkan keikhlasan? Kenapa bukan kamu yang minta untuk jadi pengawas SPM semasa orang lain cuba menolak, kamu juga tidak ikhlas bukan,

Jadi apa layaknya kamu mahu bercakap tentang ikhlas atau persoalkan orang lain ikhlas atau tidak? Kamu sekadar mulut busuk sahaja.

Aku tak doakan lebihan kerja tu dengan berkat, aku cuma doakan dengan laknat kesusahan kepada yang terlibat yang membisu dan berjoget di atas kesusahan guru-guru di sekolah.

Maaf ya, aku benci KPM. Aku tak pernah rasa depressed macam ni, jadi aku nak lepaskan, dan lepaskan kerja ni.

Dengan keadaan budaya kerja yang menjadi yesman sahaja sampai mati ni, aku takleh hidup dalam keadaan macam ni. Sampai bila semua yang KPM bagi tu kau nak akur sahaja? Tak nampak ke semua burnout sekarang?

To KPM, aku terfikir apa yang kau bangga-banggakan sangat ya sedangkan boleh kata SEMUA guru veteran tak sabar-sabar nak pencen, KEBANYAKAN guru baru/ muda pula tak mahu terus/ tak berminat jadi guru? Kau berbangga-bangga dengan apa sebenarnya?

– Perantau Melaka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *