Takut Dengan Penyakit Ini

Assalamualaikum. Terima kasih admin seandainya cerita aku disiarkan. Aku cuma harap sangat pembaca dapat bantu aku dengan kata2 semangat dan beri harapan dan sinar buat aku.

Aku Mawar (bukan nama sebenar) berusia 27 tahun, dah berkahwin dan ada 2 orang anak. Straight to the point, penghujung tahun lepas adalah ujian amat berat Allah beri pada aku. Aku didiagnose dengan kanser payudara stage 4.

Terkejut bukan kepalang. Masa dapat tahu tu aku nangis macam drama. Siapa tak sedih dengar doktor sahkan macamtu.

Pada awal aku rasa ketulan tu muncul bulan 4 tahun lepas, kemudian aku ke klinik jela sebab aku tengah menyusukan anak aku masa tu baru 3 bulan jadi normalla ibu ibu ada ketulan bengkak susu apa semua kan, tu pada awal pemikiran aku la.

Long story short ketulan tak berubah dan makin membesar, then bulan 8 aku pergi hospital swasta buat fine needle biopsy. Masa tu dapat result galactocele which is beningn. Hanyalah susu tersumbat. Masa tu aku lega sangat.

Tapi nak dipendekkan cerita ketulan tu makin besar dan masa bulan 10 aku pun cuba nak hentikan susu badan pada anak aku mana tahu asbab tu ketulan makin kecik. Alih2 ketulan tu start naik atas kulit dan makin bertambah obvious masa bulan 11.

Aku pun ambil tindakan pergi hospital swasta lain dan buat biopsy. Beberapa hari lepastu dapat result malignant iaitu cancer.

Allah… berat sangat aku rasa sebab aku langsung tak sangka pada usia muda tengah menyusukan anak dan takda keturunan kanser tapi Allah uji aku pada saat ni.

Untuk pengetahuan korang bukan aku tak usaha dari awal tau tapi sebab tengah menyusu doktor pun susah nak detect pada awalnya sampaila waktu ketulan aku dah obvious naik atas kulit dan breast muka menegang sampai ke nipple.

Dan sekarang, aku dah lalui kimo nak masuk kali ke 5. Aku syukur kehidupan aku semuanya sempurna baik dari keluarga sahabat dan semua orang sekeliling aku support. Aku juga syukur dapat dekatkan diri pada Allah dengan ujian ni.

Walaupun doktor cakap penyakit ni incurable sebab dah stage 4, tapi kalau korang di tempat aku mestila korang pun mengharapkan Allah beri keajaiban kesembuhan kan? Begitula aku, hari2 aku doa pada Allah.

Tapi saban hari aku takut tengok breast aku dah makin besar ketulan tu lebih besar dari telur ayam. Ketulan lain pun mula muncul malahan di nipple naik banyak biji kecil dah tak rupa macam nipple lagi.

Aku rasa sedih…..dan kadang2 semangat aku naik turun. Aku tak nak mati lagi hmm…

Adakah ada pejuang kanser stage 4 yang Allah beri dia sembuh di dunia ni?

Aku tak nak dengar orang yang cita pasal mati, aku dah banyak dengar dan down. Tolong jangan komen cerita pasal kematian kat aku ok.

Lepas ni, aku akan makan ubat hormon yang harganya 4k sebulan tu memang harga hospital kerajaan ye jangan ingat aku berubat di swasta.

Sebab aku pun baru keja jadi insurans baru je buat and sekarang takdapat cover. Agent kata tunggu dua tahun lagi baru boleh cover kalau tak nak risiko kena terminate sebab penyakit kronik.

Jadi soalan aku, ada ke bantuan dana yang boleh bantu aku? Sejujurnya aku sungguh taktau dengan masa depan aku, macam mana cara nak bayar 4k sebulan.

Aku dahla berenti keja sekarang untuk fokus penyakit aku. Suami aku pun keja gaji tak sampai 4k. Macam mana la nak bayar kos perubatan macamtu ye.

Aku bangun pagi kekadang terasa down bila tengok ketulan tu masih belum mengecut. Aku mohon sangat Allah panjangkan usia aku untuk aku didik anak2 aku yang masih kecil tu dengan agama, nak berbakti pada suami dan ibu bapa.

Guys, bantu aku dengan motivasi dan cerita inspirasi please. Kalau ada yang tau dari mana nak dapatkan dana perubatan tolong komen juga ok. Aku sangat perlukan semangat, aku sedih…

Doakan aku kuat dan Allah beri keajaiban kesembuhan ya. Terima kasih.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *