Salam sejahtera buat semua. Jika disiarkan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat IIUM Confession.
Berbalik pada tajuk saya; “Trauma Jodoh”. Ya, memang itu perkataan yang sangat tepat menggambarkan diri saya sekarang ni. Tambahan pula usia saya yang menghampiri 40 tahun.
Saya pernah berkahwin, dan jodoh tidak panjang. Hanya bertahan selama 2 tahun dan kami berpisah kerana saya didera mental dan fizikal, serta masalah dengan mertua dan ipar duai.
Jodoh yang datang secara tiba-tiba waktu tu tanpa melalui alam percintaan mahupun pertunangan.
Salah satu kesilapan terbesar saya yang hingga kini saya masih ralat, menerima jodoh yang tiba tanpa usul periksa lalu memakan diri serta membazirkan masa (bukan hanya masa, membazir duit pun ya).
Selepas berpisah, sudah 5 tahun saya hidup sendirian tanpa cinta. Saya trauma, untuk berkenalan apatah lagi nak membina satu perkahwinan lagi sekali.
Trauma terlalu mendalam sampaikan saya menganggap semua lelaki dan keluarga mertua itu sama seperti sebelum ini.
Pernah singgah seorang jejaka dalam hidup ini. Usianya jauh lebih muda dari diri saya. Tapi kami tetap nampak sepadan sebab saya tidak kelihatan seperti usia saya.
Orangnya nampak baik, dia yang menghulurkan salam perkenalan waktu kami bertembung di satu tempat organisasi.
Kami bertukar instagram dan tak terfikir yang kami akan senang dengan satu sama lain. Tetapi, timbul rasa was-was dengan jejaka itu, memang wajahnya elok rupa paras berkulit cerah, tutur katanya lembut.
Namun hati kecil ada rasa ragu-ragu.
‘Red flag’ pertama adalah bila si dia sering mengatakan dia jenis suka berkawan dan aktif dengan ‘dating apps’; jadi dari situ dah boleh agak jenis yang tak akan berhenti mencari. Yelah, rupa paras tampan, ramailah yang suka.
‘Red flag’ kedua; banyak dia berkongsi segalanya tentang mak, maksud saya di sini, segala keputusan dibuat mesti semuanya mak yang buatkan. Dari situ dah boleh agak, mesti drama mertua akan dilalui lagi kalau saya teruskan.
Apatah lagi awal-awal perkenalan pun mak si dia tidak bersetuju dengan persahabatan kami kerana usia saya.
Dan ‘red flag’ yang terakhir ni; aduh… hati kecil kuat mengatakan dia ni ‘gay’. Sebab bila keluar, ada saja dia mengomel katakan lelaki itu, lelaki ini nak berkenalan.
Dan lagi menguatkan bila saya tunjuk gambar si dia pada rakan baik (yang sememangnya gay); jadi terus dia kata “He’s not straight!”. They will definitely tahu cara nak ‘detect’ who is who.
Trauma bukan?
Lagi pula nampak jenis tak bersungguh walau salam perkenalan permulaan tu si dia yang hulurkan. Saya tamatkan persahabatan itu walau si dia dah ucap “I love you” pun.
Sebab saya tahu jika spesies ‘gay’ biasanya sebab terdesak bila ibubapa suruh berkahwin, sedangkan mereka tak tahu anak mereka bernafsu songsang.
Jadi mungkin mereka ‘random’ pilih perempuan untuk dijadikan isteri hanya sebagai ‘cover up’. Mujur saya tak terjerumus.
Nak berlandaskan konsep “perigi cari timba”? Hmm… itu pun fobia sebab kisah seterusnya ni.
Datang pula seorang jejaka. Permulaan dengan berkawan, kami sama aktif NGO. Muda berbelas tahun dari saya. Nampak baik, sentiasa bersama saya, banyak membantu dan ringan tulang.
Kami bersahabat baik hinggakan pada satu saat saya terdetik perasaan kepada si dia.
Pada mulanya hanya memendam; tapi satu hari saya memberanikan diri untuk meluahkan isi hati.
Sepanjang berkawan dia hanya tahu status saya; tapi saya tak pernah bertanya hal peribadi si dia. Maklumlah, kalau tengok dari pergaulan dan cara kami berkawan; hati kecil mengatakan si dia masih belum berpunya.
So, bermula episod “perigi cari timba”; tetapi hanya setakat episod meluahkan perasaan sahaja. Kerana rupanya si dia sudahpun mempunyai kekasih. Aduh… menyesal saya meluahkan isi hati.
Sejak tu saya terus berhenti dari NGO dan secara perlahan “ghosting” kan si dia. Dan persahabatan tu terhenti begitu sahaja.
Trauma hadir dan terus hadir.
Orang keliling asyik katakan tak percaya bila saya katakan saya masih tak bertemu jodoh lagi. Masing-masing asyik melontar kata;
“Awak tu cantik, takkan takde boyfriend”
“You cantik, pandai, kerja bagus takkanlah masih tak bertemu pengganti?”
Perit sungguh.
Siapa yang mahu hidup bersendirian? Tapi andai jodoh-jodoh yang hadir rupanya bukanlah jodoh itu, mungkin satu hari akan datang juga jodoh saya. Cuma mungkin belum waktunya.
Para pembaca doakan saya bertemu jodoh yang sebetulnya. Semoga segala trauma, ketakutan dan kerisauan saya akan menjadi kebahagiaan tak terhingga pada masa akan datang.
– Puteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit