Tidak Solat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku Ayu umur 30an. Sudah berkahwin dan anak seorang. Kisah aku tentang keluarga mertua yang ramai tidak solat. Aku berani cakap sebab aku pernah setahun 3bulan duduk serumah dengan mertua.

Ceritanya bermula bila aku sudah habis berpantang semasa fasa satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aku seorang guru tadika di pantai timur. Di jangka bersalin pertengah Mac 2020. Sebelum dikuatkuasa PKP tersebut aku balik ke rumah mertua sebab aku PJJ dengan suami.

Kira nak bersalin suami teman la, walaupun negeri jauh dalam tiga jam perjalanan. Lepas aku bersalin sekolah masih lagi tidak buka, terkandas di kampung la macam tu,

Jadi aku sambung saja duduk rumah mertua memandangkan rumah sewa yang aku tu dah lama tak bayar, tuan rumah ringankan beban dengan suruh bayar jika duduk sahaja. Syukur.

Pendekkan cerita anak aku dah empat bulan, aku dah pandai adapt dengan dunia seorang ibu aku banyak duduk di bahagian ruang tamu, selama ni banyak duduk dalam bilik.

Jadi bila dah lama duduk ruang tamu, mula dari bangun tidur lepas Subuh aku buat rutin kemas, masak mana patut la kan duduk rumah mertua, dia pun jenis tak kisah, sebab anak dara dia dua orang pun jenis bangun lambat.

Daripada situ la aku mula perasan asal Subuh bilik air kering saja daripada aku dan suami orang pertama masuk bilik air sampai dah pukul 7.30 pagi suami pergi kerja tiada seorang pun keluar masuk bilik air.

Sebelum tu aku ceritakan kedudukan ruang di rumah mertua aku ni. Mertua dua-dua dah umur 68 tahun. Suami duduk dengan mertua sejak kami PJJ dan tempat kerja dia dekat dengan rumah mertua, jimat. Aku sewa rumah dengan kawan-kawan.

Rumah mertua ni ada empat bilik yang mana keluar saja bilik terus ruang tamu. Nak pergi ke bilik air kena lalu dapur. Master bedroom saja ada bilik air tapi tiada orang duduk sebab bilik tu bilik arwah nenek suami.

Dia macam ada vibe hormat la bilik tu, tapi guna saja bila semua serentak balik. Nama saja master bedroom tapi terletak paling dekat dengan dapur. Jadi aku boleh perasan saja kalau siapa-siapa masuk masterbedroom nak guna bilik air, sepanjang aku duduk tak pernah buka bilik tu pun.

Baiklah, nak jadikan cerita kenapa aku syak ada ahli keluarga suami yang ada kat rumah semasa aku duduk PKP 1 tu tidak solat adalah sebab pertama aku sentiasa ada di ruang tamu atau dapur yang mana boleh nampak sesiapa saja keluar masuk bilik dan pergi bilik air untuk ambik wuduk.

Kedua pili bilik air tu ada bunyi pump air kat luar tau kalau buka air dalam bilik air. Jadi bila masa mak, ayah mertua, kakak dan adik ipar perempuan aku ambil wuduk. Tayamum dalam bilik ke? Ke mereka dah siap kendi air dalam bilik? Aku usha juga tiada. Husnuzon lagi waktu tu.

Siapa saja yang aku rasa solat? Masa umum PKPP yang bagi kelonggaran boleh rentas negeri, semua adik beradik suami aku balik. Semua ada tujuh orang. Lima lelaki dua perempuan. Yang aku nampak solat full time hanyalah abang ipar kedua, ketiga, suami dan adik ipar lelaki aku saja.

Sebab abang ipar kedua aku ni agak alim dan tegas tau, jadi dia akan berjemaah bila balik rumah mak mertua aku ni. Masa ni la baru aku nampak ayah dan mak mertua aku acah tarbiah ke anak yang lain untuk solat jemaah, solat lima waktu jangan tinggal.

Oh ya, lupa aku nak bagitau, ayah mertua aku sakit paru paru lemah aku tatau nama sakit tu apa, hehe, dia cepat penat dan juga pernah kena cerebal palsy sebelah kanan, jadi pergerakan belah kanan dia terbatas dari bahu ke pinggang.

Jadi pernah aku dengar abang ngah aku ni tegur ayah mertua aku bab solat, alasan dia, dia mengah nak pergi ambil wuduk, mengah nak baca bacaan dalam solat. Kerap kejang tangan yang pernah cerebal palsy. Allahu, alasan tak masuk akal. Salah dia juga yang merokok tu kenapa. Haih.

Mak mertua aku pula aku rasa mungkin masa muda dia baik, solat elok sebab arwah datuk suami guru mengaji, jadi macam pelik sikit la kalau dah tua jadi tidak solat. Aku rasa semua ni permulaan daripada ketua keluarga iaitu ayah mertua aku.

Sebab anak perempuan dia pakai seksi pun dia tak kisah. Pakai macam bukan orang Islam, singlet dan skirt pendek. Paling elok seluar jeans skinny dengan kemeja dedah bahu. Kalau berbaju raya tak sah tak belah kain sampai peha.

Aku pernah dengar cerita daripada sepupu mak mertua aku, jiran belakang rumah mertua ni saja. Masa kahwin ayah mertua aku sewa baju kahwin Dusun ke Iban tah (sorry ye bangsa ni) yang macam berkemban bajunya dan skirt parat lutut tu saja.

Arwah datuk suami punya marah sampai dia ada masa majlis kahwin tu untuk akad saja, masa sesi tukar baju tu dia lari ke rumah sepupu mak mertua aku ni. Terbukti ya aku tengok gambar kahwin.

Nak halang tak boleh sebab katanya tahu bila hari nak akad tu. Kenapa datuk tak kenal ke perangai menantu dia sebelum kahwin? Aku pun tiada jawapan untuk itu.

Macam mana ya aku nak tegur. Aku dah beritahu suami, suami memang malas layan sebab dia pernah kena label ustaz jadian sebab masa lalu suami aku pun dia tak solat penuh. Jadi kalau dia tegur mesti dibidas balik. Perkara yang buat aku rasa puas hati bila kakak kepada mak mertua aku,

Mak Nah tegur depan aku dan suami perangai mak mertua aku yang tidak utamakan solat. Dia bila masa ada kenduri kahwin, kan sekarang dah boleh buat kenduri, dia suka sangat gerak ke kenduri 10-5 minit lagi nak azan Zohor. Dah ke kenduri tak sah kalau tak berjam-jam!

Pernah sampai ke Asar baru balik.

Itu baru beberapa situasi aku ceritakan. Banyak lagi terutama jika ada tetamu bertandang, tidak pernah nampak dia solat. Kadang tetamu bertandang waktu Zohor ke Asar. Dah bila masa dia solat, mak mertua aku kuat borak tau, dua tiga jam berborak tak ingat dunia la.

Memalukan bila tetamu yang tanya nak tumpang solat, tuan rumah buat tak concern saja bab ni.

Cukuplah aku luah, rasa macam mengumpat keluarga mertua sendiri pula. Tapi korang tak tahu siapa aku. Haha. Cukuplah sekadar luahan panjang dah ni. Sesiapa ada idea nak tegur, atau ajak mereka yang tidak solat ni, boleh drop di komen tak.

Awal tahun 2022 haritu aku dah dapat tukar ke tempat sama negeri dengan suami means sama negeri dengan rumah mertua la kan, tapi kami menyewa di daerah lain. Aku risau makin rancak mereka lalai. Aku pun tak baik mana.

Tapi kalau dah tiang rumah pun tak dibina, rasa rasa apa akan jadi lepas ni. Dalam rumah tu tak sah tak bertengkar sehari ya, salah satu asbab tak solat kot tu. Tolong ye. Nak bantu tapi buntu.

Yang benar,

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *