Salam haii sedikit intro, aku Miza berumur 27 this year bujang nak share mengenai kesunyian hidup. Tidak pasti ada salah ke dalam routine harian atau perlukan teman. Aku masih tertanya2 dan mencari punca dari segala rasa ni.
Kadang rasa sedih time drive tggu traffic light sempat merenung, kenapa hari2 yang berlalu terasa sunyi dan bosan dengan routine harian.
Weekday macam biasa kerja sebagai secretary.. sebelumnya hanya admin kerja yang busy, hari2 busy.
Tapi sekarang bertukar kerja baru banyak pula masa terluang hingga tiada kerja dari awal masuk sehgga balik. Balik rumah dari office cuma ambil masa 10 min saja.
Jadi sekejap saja dah sampai rumah tidak sempat sangat nak menikmati driving yang lama2. Sampai rumah masak sebab aku duduk sendiri bujang jauh dari family.. Masak santai2 dan makan waktu magrib, malam rehat.
Semua routine ni termasuk juga la kewajipan sebagai umat islam solat 5 waktu membaca al-quran alhamdulilah aku boleh melaksanankan semua tuh.. jadi punca segala rasa mgkin bukan datang dari kewajiban yang aku tinggalkan.
Tapi routine ni kadang terasa sunyi, tiba2 rasa sedih, kadang rasa bosan dengan hal yang sama hari2.. Perkara lain aku terfikir mungkin tiada yang menarik dalam routine aku contoh hobi, kawan, or pasagan.
Berkenaan dengan hobi, pada hari berkerja aku dah sibuk kerja, petang masa berlalu pantas after magrib biasanya akan tunggu terus ke isyak,,
Waktu itu saja dah hampir 9 lebih ke 10 after tuh biasa hari2 waktu untuk call mak, berbual sampai ke 11 sudah ke waktu malam time tuk prepare barang esok kerja pulak then tido..
Next “kawan”… kawan di office hanya dia office tak banyak bercerita sangat hal2 lain cuma bercerita hal2 kerja sahaja.
Jarang la share shopping itu, masalah ini, isu semasa jarang.. dia orang tidak menunjukan minat untuk topic2 macam tu.. pada aku aku ok sahaja. So kawan kolej or kawan sekolah pula..
Kawan kolej masing2 dah jauh di negeri masing2 sekarang hanya chat sikit2 dah membalas story.. Alhamdulilah semua berjaya.
Kawan sekolah ni pula yang sekampung yang dekat.. Semua dah kawin yup kawan sekolah aku semua dah kawin kecuali aku.. Tapi nak buat chat2 dan berkongsi cerita bertnya khabar, aku dah tiada tmpat pada dia orang.
Last pada bulan 1 aku berbunyi dalam group ws. Aku rindu kawan aku, jadi aku bertnya kabar semua yang ada dalam tuh.. Semua sudah ada berita gembira ke (berbadan dua)?? Tiada bunyi satu pun dari semua.
Jadi aku faham dari situ semua dah busy dengan rumah tangga masing2. Memng tiada la aku nak share cerita kebodohan aku atau topic2 menarik.
Kalau bab pasangan seumur hidup ni, buat masa sekarang belum lagi terlintas sesiapa dalam fikiran siapa yang aku suka atau orang yang suka pada aku.
Dulu ada 2 orang yang ingin memasuk meminang aku, tapi aku masih mudah baru sahaja habis diploma, jadi aku tolak.
Aku juga belum pernah ada hubungan yang serius atau cinta monyet lagi sejak sekolah mahu pun time sambung study.
Bukan tidak pernah orang suka pada aku, pernah tapi aku sendiri tidak yakin kita ni layak untuk orang yang suka aku tuh.
Jadi aku tidak la memberi harapan yang sama, kira hubungan tuh memng tidak kemana la. Kalau betul, kau tak layan pun dia akan usaha lebih untuk tarik perhatian kita.
Jadi dari manakah punca perasan kosong dan sunyi ini, memng ini perasaan yang normal ke? Terasa macam ada perkara yang tidak selesai.
– Miza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit