Selalu sangat kita dengar cerita dari pihak yang dibuli. Jarang sekali atau pun tak pernah lagi aku jumpa cerita side dari seorang pembuli.
Jadi dekat sini aku ingin share cerita, experience, opinion, ataupun kisah dari seorang pembuli.
Pada zaman sekolah dahulu, aku, Hakim (bkn nama sebenar) adalah seorang pembuli. Ya, aku mengaku aku pembuli. Kenapa aku membuli?
Adakah semua pembuli ada alasan mereka sendiri untuk membuli?
Bagi aku, aku membuli sebab aku rasa superior, aku rasa aku entitled as a senior, suka-suka, aku rasa aku patut membuli pulak sebab aku pun pernah dibuli.
Sangat biasa isu buli ni lagi-lagi waktu zaman sekolah. Apa ja aku tak pernah buat? Suruh junior gosok baju? Urut? Pukul tanpa sebab? Prank sampai menangis? Ugut? Semua aku pernah buat dan semua aku pernah kena.
Pada waktu sekolah, aku fikir buli ini bukan satu isu. Lembiklah kalau tak tahan kena buli sbb aku tak pernah report kat parents aku bila dibuli.
Pengaruh kawan-kawan pun memainkan peranan sebagai pembuli sebab kawan aku juga ada membuli atau enabler.
Setakat main pukul-pukul, sparring dengan senior/junior (even tanpa consent dr mangsa buli) itu semua common.
Waktu tu aku rasa buli atau dibuli ni bakal buatkan aku lebih kuat di dunia luar. Aku hanya fikir tentang diri aku je. Aku sahaja. Aku tak pernah fikirkan apa mangsa buli aku rasa.
Sampai hujung zaman sekolah aku, aku tak pernah fikir tentang mangsa-mangsa buli aku.
Fast forward hari ni, sering kali kita dengar kes-kes buli yang mana ada sampai mendatangkan maut seperti kes arwah Zulfarhan, atau kes buli sehingga mendatangkan cacat tubuh badan,
Yang terkini maut disebabkan RM4 dicuri dan banyak lagi kes buli yang media siarkan.
Jadi, aku sebagai seorang pembuli dulu, apa perasaan aku apabila membaca kes-kes seperti ni? Jujur sejujur jujurnya, aku rasa sangat keji budaya membuli ni. Damage done dari membuli tersangatlah banyak.
Bukan kepada mangsa sahaja, tetapi keluarga, kawan-kawan pun sama terpalit.
Aku pun terbayang, bagaimana apabila aku ada anak nanti, anak aku dibuli, aku sebagai seorang ayah, adakah aku biarkan dia dibuli (atas alasan buli itu biasa, mental kena kuat) atau aku lawan pembuli?
Sudah tentu aku akan lawan pembuli. Aku rasa malu dan bodoh sebab lambat sedar akan keburukan membuli ni, memang tidak mendatangkan satu pun faedah atau kebaikan.
Aku rasa sangat bodoh dan sangat keji dengan diri aku pada zaman sekolah dahulu. Aku rasa sangat malu kerana pernah membuli. Serba salah? Tak pernah satu hari aku tak terfikir kan perasaan atau emosi mangsa buli aku.
Aku terasa sangat jijik, keji, marah, menyampah dengan diri aku sendiri sebab pernah membuli. Aku rasa malu untuk minta maaf kepada mangsa-mangsa buli aku sebab aku malu dengan diri aku sendiri.
Aku masih dihantui rasa serba salah, malu kerana pernah membuli sampai sekarang. Aku tak rasa perasaan ini akan hilang walaupun mangsa-mangsa buli aku sanggup memaafkan aku. Sebab membuli ni sangatlah keji.
Jadi, pada semua pembuli, berhentilah. Tidak ada satu sebab yang munasabah pun yang membenarkan kita untuk membuli.
Untuk mematangkan mangsa? Latih emosi mangsa jadi kuat? Buli sebab pernah dibuli? Suka-suka? It’s all bullshit. No valid reasons to bully others.
Tolonglah berhenti membuli, ia tidak menampakkan anda hebat, cool di mata orang lain. Buli ni akan bagi kita, pembuli satu tamparan dan penyesalan seumur hidup sebab pernah membuli. Percayalah ia takkan hilang.
Kepada yang dibuli, seek help. Reach out for help. Jangan simpan atau sorok hakikat kau dibuli. Jangan takut.
Tolonglah hapuskan pembuli-pembuli dengan report kepada orang yang sepatutnya.
Dan, please, jangan melepaskan dendam dibuli dengan membuli orang lain. Rantaian buli dan dendam ni tak akan putus selagi membuli masih wujud.
Akhir kata, aku memohon maaf kepada semua pembaca andai kata posting ini membuatkan semua marah.
Aku sedar tiada apa yang aku boleh ubah atas kesilapan aku dahulu, dan percayalah, aku akan pikul perasaan serba salah ni sampai aku mati.
Aku mohon jasa baik pembaca untuk mendoakan aku diberi kekuatan untuk meminta maaf kepada semua mangsa-mangsa buli aku dulu…
– Hakim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit