Adik Ipar Bipolar

Salam dan hi, terima kasih sudi baca. Saya pun tak pasti nak start dari mana. Yang pasti mungkin cerita ni akan jadi panjang.

Saya anak perempuan seorang, dan yang terakhir dalam adik-beradik. Ada abang-abang saja. Saya dah kenal dengan suami saya dari 5 tahun yang lepas, dan dah kahwin baru setahun. Alhamdulillah, suami sangat baik dan kami tak ada masalah antara kami.

Cuma nya, adik perempuan suami. Suami ada seorang adik perempuan, dan yang lain lain lelaki. Suami anak sulung.

Ceritanya berkisar tentang perangai adik ipar perempuan, kita panggil A saja lah ye. Berumur 3 tahun muda dari suami dan saya. A ni, pada pandangan saya dan kawan kawan yang dah dengar kisah A ni, merumuskan yang A ni ada penyakit bipolar.

Bipolar, macam ada masa dia okay, ada masa dia tak okay.

Contoh, kalau okay, dia akan tegur, senyum, salam. Kalau tak okay, tengok kita pun sekilas saja, saya sampai rumah mertua pun, dia buat tak tahu, tak salam, tak tegur ke apa. Langsung tak ada. Cara dia bercakap pun, tak manis di dengar.

Dalam erti kata lain, biadab. Suka menyuruh-nyuruh orang, walaupun mak ayah sendiri. Melawan kata mak nya kalau disuruh benda yang dia tak nak buat.

Paling saya terasa bila dia buat suami saya macam suami saya ni bukan abang dia yang patut dia hormat, antara wali dia juga. Boleh bergaduh gaduh dengan nada biadab, selalu dalam whatsapp group jadi medium bergaduh.

Mula mula saya kenal keluarga suami, saya faham yang mak ayah suami ni bekerja dalam bidang professional. Tak macam mak ayah saya, berasal dari kampung dan berpindah ke bandar semasa tahun 80-an.

Ayah saya bekerja di bidang profesional juga, tapi mak saya hanya suri rumah. Mak ayah saya kan asal kampung, jadi apa yang saya faham, lifestyle mak ayah saya ni sederhana saja sebab dah biasa susah.

Tapi, anak anak nya dimewahkan. Kata saja nak makan apa, ayah mesti beli sebab gaji ayah pun tinggi.

Berbalik pada mak ayah mertua saya, mereka berdua mungkin lagi muda dari mak ayah saya, lagi 2 tahun nak pencen.

Jadi lifestyle mereka agak ke arah modern sikit, cuma tak adalah dalam kategori kaya raya. Boleh kata, mak ayah mertua dua dua bergaji total berdua dalam RM15k sebulan.

Mak ayah mertua saya sangat baik dengan saya. Tak ada masalah tentang itu. Cuma adiknya A, seorang yang berkawan dengan anak anak orang kaya. Pada saya, masalah yang saya akan katakan ni tak patut pun terjadi.

Sebab ramai saja anak orang kaya yang baik budi pekertinya, hormat orang. Tapi suami saya selalu katakan yang masalah perangai adiknya ini berpunca dari circle kawan kawannya. A ni ada sifat berlagak/sombong atau apa pun yang saya sampai la ni tak faham.

A seakan cuba mengikuti lifestyle kawan-kawannya yang semua anak-anak orang berada. Nak pakai baju, yang mahal-mahal. Tentulah kena guna duit mak ayah mertua.

Nasib lah mak ayah mertua ni modern, mungkin diorang pun faham kot kenapa anak nya nak pakai baju mahal.

Kalau mak ayah saya, hahaha dulu beli lah dekat Hari-Hari ke, Giant ke, paling mahal pun pergi The Store. Itu pun dah seronok!

Alhamdulillah, sekarang saya pun bekerja di bidang profesional dan bergaji besar, dapatlah balas balik kebaikan mak ayah.

Berbalik semula pada kisah tadi, saya kata pada suami, tak kisah lah circle kita ni macam mana pun. Tapi, perangai kita adalah atas diri kita sendiri. Kita dah besar untuk tahu cara layanan kita pada orang lain. Suami pun kata dia dan mak ayah mertua tak boleh nak tegur dah.

Nanti kalau tegur, habis bermasam muka. Suami saya ni soft-hearted. Pernah masa sekolah menengah dulu, A kata “b*bi” pada suami. Suami pun sedih, sampai suami tampar mulut adiknya. Suami terus menangis sebab sedih adiknya kata macam tu pada dia.

Tapi ada masa A nak baik, kata suami, A akan datang usik-usik suami. Kalau time macam tu, baru lah suami akan bergurau. Kalau tak, memang tak sebab takut A ni tak suka.

Faham tak, kita kena ikut mood dia. Kalau nak kata sebab dia seorang saja anak perempuan, saya pun seorang saja anak perempuan. Lagi lah saya anak terakhir. Tapi tu lah kan, perangai manusia ni lain-lain.

Saya tahu perangai dia ni dari sejak saya kenal suami. Tapi, saya tak sangka lah bila dah kahwin, dah jadi kakak ipar pun dia masih dengan perangai macam tu.

Kalau saya lah, saya happy nya dapat kakak ipar. Macam saya bila dapat kakak-kakak ipar saya, kami sangat rapat. Hua sedihnya bila fikir balik.

Saya cuba macam-macam untuk ambik hati. Cuba nak sembang dengan dia. Belikan barang-barang mahal. Cuma tulah, time saya bagi hadiah tu saja lah dia akan extra mesra dengan saya hahaha. Time tu baru lah dia akan post story and bergambar dengan saya.

Kalau time family outing ke apa, tak pernah pun. Jarang dia nak bersembang dengan saya.

Contoh macam pergi bercuti luar negeri. Tak ada langsung dia nak duduk sebelah saya ke apa ke. Saya pernah cuba banyak kali untuk dekat dengan dia, dia jadi janggal dengan saya. Huaaa sedih lagi.

Sampai kawan kawan saya pun tegur pasal benda ni. “Time kau bagi hadiah saja eh dia bergambar dengan kau” hahaha tak tahu nak gelak ke nak nangis. Kadang kadang saya tag dia dekat gambar pun, dia seen saja. Begitu sedih ye hidup saya hahaha.

Last-last suami saya kata, “You buat tak tahu saja lah dekat dia, tak payah fikir pun pasal dia. Kalau you fikir, you yang terasa. Dia memang takkan berubah.” Since then, memang saya buat tak tahu, buat pekak, buat hal saya sendiri.

Kalau saya sampai rumah mertua, saya dah tak kisah dia nak salam saya ke tak, pandang saya ke tak, tegur saya ke tak. Saya diam saja, atau saya sembang dengan mak mertua, atau dengan adik-adik lelaki suami.

Adik-adik lelaki suami semua okay dengan saya, rapat dengan saya. Apa apa mesti cari saya. Atau saya main lah dengan kucing kat rumah suami tu atau melekat saja dengan suami haha. Saya ni peramah orangnya, jadi rasa janggal kalau duduk diam saja.

Bila dah buat tak tahu ni, saya mula start rasa tenteram saja jiwa. Sebab saya tak berharap. Tapi masih sedih lah, sebab tak ada hubungan rapat dengan adik ipar perempuan satu-satunya.

Bila dia tegur, saya layan macam biasa. Dia punya tak biasa sembang tu sampai bila duduk berdua, rasa janggal sangat sangat.

Macam orang asing rasanya. Tapi time dia okay, dia okay lah. Tapi mostly cakap pasal diri dia, pasal persiapan tunang dia ke, pasal proses nak nikah ke apa ke. Tapi pasal dia saja lah hahahaha. Eh ya Allah sedih ek.

Sebenarnya banyak lagi kisah kisah yang tak sedap. Mungkin saya terlalu berharap untuk ada hubungan dengan A macam hubungan saya dengan kakak ipar saya yang sangat rapat macam adik beradik sendiri. Hm tapi A tak akan jadi macam tu kot dengan saya.

Saya memang teringin nak ada adik, yang boleh saya jalan sama sama. Tapi apakan daya, ini semua takdir saya hahahaha. Sebab, kalau A dengan adik-beradik sendiri pun macam tu, apa tah lagi dengan saya yang orang luar ni.

Rasa bersalah tau bila mengadu pasal A dkt kawan kawan saya, sebab mesti saya akan cerita dalam keadaan terasa hati. Tapi ada kala, dia okay. But most of the time, tak okay hahahaha.

Tapi saya cuma nak luahkan, tak apa kan haha. Apalah yang saya boleh buat lagi. Itu lah cerita saya.

Ada ke yang situasi sama macam saya ni. Boleh lah kita sedih sama sama. Lepastu nangis together-gether.

Kalau ada persoalan lain nanti saya cuba lah jawab dalam kesedihan ni hahahaha ok see you!

– Matahari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *