Assalamualaikum semua. Dah tak tahu nak meluah dekat siapa, so saya tulis lah di sini.
Hari ni baru sahaja letak surat berhenti kepada majikan.
Puncanya, tempat kerja yang toksid dan suka blame orang, dan saya adalah orang yang terakhir meninggalkan department tersebut. Maksudnya department kami lepas ni kosong.
Masalahnya, saya berhenti sebab saya dah tak tahan, tapi dalam masa yang sama saya tak secure kerja baru.
Macam-macam perasaan ada sekarang, dan saya sangat TAKUT. Takut dengan uncertanties. Takut macam mana kalau tak dapat kerja lain ? Macam mana kalau duit simpanan habis.
Sebelum ini hanya dengar cerita kawan-kawan dan orang terdekat sahaja yang kena berhenti kerja. Tak pernah menyelami perasaan tu.
Saya sendiri bujang, commitment cuma kereta, tak ada anak-anak, adik-beradik, ibu ayah yang bergantung harap. Hanya diri sendiri, dan perasaan takut tu masih ada.
Kalau balik kampung nanti apa orang kata. Nak kahwin nanti, bf cakap kalau orang tanya takkan I nak cakap you tak kerja. Bf pulak jenis golongan T20, gaji 5 angka.
Saya faham mungkin dia pun nak kenalkan dekat saudara mara, mesti lah dia nak at least orang yang dia tak malu kalau nak perkenalkan.
Kalau orang tanya, dia boleh jawab kerja sekian-sekian. Mungkin cuma tak terluah di mulut sahaja.
Itu pun majlis nikah dengan kawen nanti dia asyik ulang kita buat dekat KL je, entah lah mungkin dia malu kut saya orang kampung, macam mana nak kenalkan dekat saudara mara T20 dan kawan-kawan golf dia.
Dah kalau bf kaya, buat apa kerja kan? Bf kaya pun, mereka pun nak perempuan yang ada wawasan hidup, yang cantik, ada pendidikan.
Walaupun ye lepas kawen dia cakap nanti duduk rumah je. But still, kita kena ada class and same level.
Setiap kali dengan dia, selalu rasa saya not good enough, sekarang tak ada kerja lagi lah rasa inferior complex tu datang berganda-ganda. Nth la.
Ada jugak pergi interview, tapi banyak tak nak alasan sebab dorang tak nak offer jawatan executive je dengan experience yang saya ada. Gaji saya yang sekarang dah RM5K+. Untuk company lain offer gaji yang sama tinggi payah.
Bila saya pejam masa, perasaan takut tu makin bertambah. Saya harap saya ingat perasaan ni, supaya nanti kalau saya dapat kerja, bila saya jumpa orang yang tak kerja dan ada tanggungan, saya akan jadi insan yang lebih memahami.
Dulu saya selalu hutangkan pada kakak duit disebabkan suami dia kehilangan pekerjaan semasa pandemik.
Sekarang saya terbayang ini ke perasaan abang ipar masa tak ada kerja dulu? Dia lagi lah dengan ada kereta, rumah, anak yang perlu dibayar dan ditanggung.
Mohon pembaca doakan saya cepat dapat kerja lain yang bersesuaian dan baik untuk saya, dan dapat bantu orang lain yang dalam kesusahan jugak. Mungkin ada hikmahnya semua ni. Aamiin.
– Insan Yang Mencari Kerja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit