Salam semua. Bila beberapa kali terbaca perkongsian dekat sini, aku terpanggil untuk berkongsi cerita aku dekat sini.
Kenalkan diri aku sebagai Fira, seorang suri rumah dengan 3 orang anak. Usia aku pertengahan 30-an dan telah berkahwin selama 11 tahun.
Suami aku bekerja dalam sektor swasta. Dengan pendapatan isi rumah dalam kategori M40 , Alhamdulillah kehidupan kami 5 beranak serba serbi cukup walaupun tak kaya. Cukup makan pakai dengan kehidupan sederhana.
5 tahun lepas, aku adalah seorang ibu berkerjaya. Bekerja dalam bidang Architecture, kerjaya aku ketika itu agak stabil.
Sejak tamat ijazah, aku tak pernah mengangur. Rezeki aku masa tu mudah dapat kerja. Alhamdulillah aku suka kerja aku. Walaupun kehidupan aku sangat sibuk.
Pergi kerja lepas subuh dan balik pun ketika senja. Aku tak pernah terfikir untuk berhenti kerja dan jadi suri rumah.
Prinsip aku masa tu, perempuan kena kerja, cari duit sendiri, harta sendiri. Tak boleh bergantung sepenuhnya pada suami. Lagipun aku dibesarkan dalam keluarga yang ibu bapa bekerja.
Tetapi siapalah kita nak menolak takdir yang Allah dah tetapkan.
Disebabkan masalah kesihatan anak sulung aku masa tu, hidup aku agak kelam kabut. Aku selalu ambil cuti jaga anak yang sakit di hospital dan prestasi kerja aku makin merudum.
Walaupun majikan memahami tetapi banyak kerja yang tertangguh dan menyusahkan banyak pihak.
Kalau yang bekerja dalam bidang ni mesti faham. Walaupun datang kerja sewaktu giliran suami aku jaga anak yang sakit, jujur hati aku tak ada lansung di tempat kerja.
Aku risau. Sakit anak aku takla serius mana tetapi mungkin antibody dia tak kuat dia mudah jatuh sakit.
Kami pula merantau sendirian di ibu kota. Keluarga dan saudara mara semua jauh di kampung. Tiada sesiapa yang boleh minta tolong.
Hasil perbincangam bersama dengan suami, aku ambil keputusan untuk berhenti kerja dan jaga sendiri anak-anak aku. Biarla aku fokus dengan anak-anak aku.
Ketika itu kami mempunyai 2 orang anak. Anak nombor 2 baru 5 bulan masa tu.
Suatu perkara yang bercanggah dengan prinsip aku dulu. Berhenti kerja dan jadi housewife.
Walaupun masa tu takut dan risau sebab ada komitmen bulanan yang wajib dibayar tetapi aku tekadkan hati. Aku serahkan pada Allah swt yang Maha Memberi rezeki. Semoga diberi kecukupan buat kami.
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, after setahun aku jaga anak-anak aku mereka jarang sangat sakit. Makin sihat. Aku ada buat bisnes online masa ni. Pendapatan dari bisnes akupun Alhamdulillah cecah 4 angka juga.
Walaupun tak sebanyak gaji aku masa kerja dulu tapi cukupla buat lepas bayar hutang-hutang aku dan belanja.
Alhamdulillah, lepas berhenti kerja rezeki kami sentiasa cukup. Perbelanjaan rumah suami dah tanggung semua. Duit nafkah pun suami bagi tiap bulan.
Tapi, biasala bila dah pernah bekerja dan ada duit sendiri, akan rasa juga kelainan bila duduk rumah.
Baru aku tahu tak mudah rupanya jadi housewife. Aku dah tak ada kawan-kawan office nak berborak. Kurang bergaul dengan orang luar.
Suami dan anak-anak saja peneman hari-hari aku.
Bila datang keinginan nak bekerja semula tu, aku mulala survey kerja kosong. Masa ni aku fikir okla anak-anak dah makin besar dan sihat bolehla aku bekerja semula.
Suami pun izinkan. Dia tak pernah memaksa aku. Walaupun masa ni ikutkan suami mampu tanggung.
Tetapi, belum sempat aku nak hantar resume, anak kedua aku pulak sakit, kena jangkitan kuman dekat paru-paru.
Masa tu kami baru balik dari kampung. Kenduri adik aku kahwin. Doktor suspect mungkin dia dapat jangkitan kuman dari situ.
Bila ramai-ramai orang berkumpul masa kenduri berhari-hari pulak tu, memang mudah la nak berjangkit kalau ada yang tak sihat masa tu. Baby kan orang suka nak cium2 gomol semua (zaman sebelum covid). Budak2 kan fragile.
Anak aku terlantar dekat hospital selama 2 minggu. Kena on oxygen 14 hari. Luluh hati aku tengok anak terlantar sakit macam tu. Sedih sangat. Paru2 dia ada jangkitan kuman. Bernafas pun laju.
Ada 1 malam tu dia agak kritikal hampir saja nak transfer masuk icu tapi Alhamdulillah tak jadi lepas dia stabil.
Masa ni aku menangis cakap dekat suami takpela aku taknak cari kerja dah. Nak jaga anak-anak aku. Aku nak jadi surirumah je.
Entahla… tiba-tiba aku jadi trauma dan takut. Biarla aku berkorban sikit untuk anak-anak asalkan mereka sihat.
Tahun berganti tahun, tahun ni genapla 5 tahun aku jadi housewife. Anak sulung akupun dah 9 tahun. Yang nombor 2 dah 6 tahun.
Lepas kejadian 4 tahun lepas Alhamdulillah anak-anak aku sihat. Tak pernah dah masuk hospital. Syukur Alhamdulillah. Anak ketiga aku sekarang dah 1 tahun lebih.
Bila datangnya covid, salah satu bisnes aku terjejas sedikit. Aku sekarang bergantung dengan satu lagi bisnes online aku. Jualan baju budak-budak. Itupun dah tak berapa ok sekarang.
Entahla…. sebabkan baju-baju ni dari china, dan banyak sangat permainan harga di s***ee , bisnes yang awalnya sangat banyak sambutan dah makin kurang sales sekarang.
Aku tak mampu nak jual harga murah dari modal macam dekat platform tu sebab harga aku beli dari supplier pun mahal dari tu.
Tapi takpe aku redha. Aku kena usaha lebih lagi nanti untuk naikkan balik bisnes aku.
Disebabkan masa ni aku baru melahirkan anak ketiga kami (insha Allah ikut plan aku dan suami ini anak bongsu kami), so aku takla fikir sangat pasal bisnes ni. Sebab aku makin busy uruskan anak-anak.
Jadi cikgu diorang hari-hari (pdpr) almost 2 tahun so bila dapat income sikit-sikit dari bisnes pun aku dah cukup bersyukur.
Makin lama, aku dah jadi serasi dan suka dengan life aku sebagai surirumah. Suami pun banyak bagi semangat dan rajin tolong aku uruskan hal rumah dan anak-anak.
Banyak hikmah yang aku dapat selepas jadi suri rumah ni lebih-lebih lagi bab masa. Honestly aku pernah je rasa sedih, down, stress, penat ya amat, menangis semua sepanjang jadi housewife ni, tapi aku anggap semua ni cabaran hidup.
Aku dah gagal jadi seorang Architect yang berjaya macam yang aku impikan masa aku belajar dulu. Tetapi aku taknak gagal jadi seorang suri rumah. Inila kerjaya dan tugas aku sekarang. Aku nak jadi suri rumah yang berjaya dalam skala aku sendiri.
Aku nak jadi isteri dan ibu yang terbaik buat suami dan anak-anak aku. Melihat anak-anak aku membesar dengan baik pun aku dah rasa bersyukur dan tenang hati. Bukan senang nak besarkan anak-anak zaman sekarang.
Sangat mencabar. Mungkin aku tak dapat menyumbang apa-apa pada masyarakat dan negara seperti waktu aku bekerja,
Tapi aku harap aku dapat membantu melahirkan “generasi yang baik” untuk masyarakat. Dapat didik anak-anak aku menjadi anak yang berbakti pada agama dan negara. In sha Allah.
Aku sebenarnya ada impian untuk ada bisnes sendiri yang lebih stabil tetapi memandangkan kekangan masa dan komitmen pada masa ni, aku terpaksa tangguhkan dulu hasrat aku.
Anak no.3 aku pulak jenis high demand dan jujur aku sukar nak fokus pada bisnes sangat pada masa sekarang.
Mungkin orang cakap aku banyak beralasan tetapi mereka tak ada dekat tempat aku.
Jadual harian aku dah cukup padat dengan ambil hantar anak sekolah pagi petang, hantar ambil anak mengaji, uruskan hal-hal rumah, hal pembelajaran anak2 dan baby yang tak nak berenggang sikitpun dengan aku kemudian hal bisnes kecil-kecilan aku.
Aku masih buat bisnes cuma kekangan masa untuk “fokus lebih” atau kembangkan lagi. Priority buat masa ni adalah family tapi tak bermaksud aku tak ada masa untuk diri sendiri. Aku ada je masa untuk diri sendiri .
Masa untuk aku rehat2 dan melayan hobi aku. Benda ni penting untuk “kesihatan mental” aku.
Lepas tu, aku teringin sangat nak join mana-mana NGO yang terlibat dalam kegiatan amal dan bantuan, join aktiviti luar, program usrah atau kemasyarakatan dekat luar tetapi buat masa ni aku tak dapat lagi nak tinggalkan anak-anak.
Sekarang mereka lebih perlukan aku. So aku harap bila mereka dah besar sikit dan semua dah bersekolah, dah boleh berdikari aku boleh slowly tunaikan impian aku pula.
Mungkin masa tu umur akupun dah hujung 30-an tapi aku harap aku tak terlewat untuk fokus pada minat aku pula.
Setiap orang dugaan hidup, ujian tak sama. Perjalanan hidup kita juga berbeza. Kita boleh rancang apa saja perjalanan hidup kita tapi yang menunaikan semua tu Allah swt.
Aku yakin dan percaya perancangan dan aturan Allah tu yang paling baik. Aku redha, gembira dan bahagia dengan cara sendiri.
– Fira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit